Contoh forum.

TAJUK FORUM : INTERFAITH DIALOG. OH MY GOD : LIVING WITH FAITH.
Moderator Dr Aminurrasyid : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ialah “Oh My God Living With Faith.” Bersama saya adalah 4 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mendengar ulasan-ulasan yang baik mengenai agama yang berlainan iaitu agama Buddha, Islam, Hindu dan Kristian. Baiklah di sebelah kanan saya ahli panel pertama, saudara yang bernama Brother Shah Kirit wakil dari Agama Islam yang merupakan pendakwah agama yang terkemuka. Brother Shah Kirit juga merupakan Presiden Global Network. Selamat datang saudara. Seterusnya ahli panel kedua, ialah Dr. M. Bala Tharumalingam wakil dari agama Hindu, Beliau dari Kementerian Kesihatan dan juga merupakan bekas presiden Hindu. Beliau sekarang melakukan pencarian tentang ubatan tradisi yang digunakan oleh rakyat Malaysia selain menggunakan perubatan secara moden untuk merawat pesakit di hospital. Dan di hujung sana, di sebelah kanan kiri saya nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudara yang bernama Mr. Jonathan wakil dari agama Kristian yang berasal dari Pahang. Beliau merupakan Ketua Paderi dan turut menyertai majlis belia Malaysia dan juga telah menerima Anugerah Ahli Mampu Negara kerana penglibatan dalam wakil dari agama Kristian di Malaysia. Akhir sekali saudara di hujung belah kanan saya yang bernama Mr. Wong Choon Tat wakil dari agama Buddha. Beliau sangat fasih tentang agama Buddha, pada tahun 1981 lagi beliau telah membincangkan isu agama Buddha dan sering diajak untuk mengadakan forum di luar untuk membincangkan atau mengupaskan isu dengan lebih mendalam. Beliau merupakan seorang yang hebat dengan latar belakangnya sebagai ketua pentadbir di negeri Kedah ini. Selamat datang juga buat saudara. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita fahami tentang agama Buddha, Islam, Kristian dan Hindu.
PUSINGAN PERTAMA : MAKSUD AGAMA.
1) Mr Wong Choon Tat : Agama Buddha ini sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa ia berasal daripada negara India. Perkembangannya telah dibawa ke negara China. Agama ini telah dimulakan oleh Putera Khapilasdatu. Beliau hanyalah seorang manusia yang ingin mencapai kesedaran penuh. Agama Budhha juga merupakan agama yang tiada konsep iaitu penganut ini percaya tiada siapa yang mencipta alam semesta. Kebenaran ada dua tahap dalam agama ini yang pertama adalah kebenaran biasa dan yang kedua adalah kebenaran muktamad. Oleh itu, Budhha ialah agama yang wujud bergantung kepada unsur-unsur untuk wujud. Semua yang wujud ada sebab dan ada unsur tersendiri. Mempercayai konsep ‘ultimate truth’. Dalam anutan ini mereka percaya tiada pencipta atau dikenali sebagai ‘non taste religion’. Budhist tak sembah patung atau berhala kerana keagungan binaan itu tetapi menganggap patung atau berhala itu sebagai satu simbol dan tanda penghormatan mereka. Dalam agama ini, mereka percaya kepada banyak dewa atau dewi iaitu orang yang diagungkan dan dipercayai telah mati didunia seterusnya dilahirkan kembali di syurga.
2) Brother Shah Kirit : Maksud Islam iaitu yang terdiri daripada perkataan ISLAM ialah “I Should Love a Mankind”. Dengan bergelar penganut Islam, mereka menyerah diri kepada Tuhan dengan cara yang betul (authentic). Islam berasal daripada Bahasa arab iaitu salam yang bermaksud selamat, sejahtera dan harmoni. Assalam bermaksud taat secara rela hati. Salima pula ialah mencapai keselamatan. Muslim mesti boleh menjadi muslim yang membezakan kita adalah dengan iman. Sebagai manusia kita boleh memilih agama yang betul kerana kita diberikan akal yang bijak untuk berfikir. Di dalam Surah Al-Raq ayat 11 iaitu untuk mengubah nasib kaum sendiri dan berusaha untuk membetulkan haluan hidup dalam beragama.


3) Dr. M. Bala Tharumalingam : Agama Hindu merupakan agama yang paling tua yang telah wujud di dunia ni. Agama Hindu merupakan maksud (sanatiadharma) iaitu satu kehidupan yang membawa kebenaran dalam kehidupan. “Vidas” ada pelbagai teori dan falsafah bagi ajaran agama Hindu. Ia merupakan penjelasan yang muktamad iaitu percaya kepada satu tuhan. Sifat tuhan dalam agama Hindu merupakan nama dan rupa. Sebagai contoh bagi kaum Islam melihat kaum Hindu menyembah patung tersebut hanya sifat tuhan bukan Tuhan sebenar dalam penyembahan. Nama juga ada banyak nama tuhan dalam kitab Veda. Oleh itu penting untuk hidup secara dharma. Oleh itu sesiapa yang hidup secara Dharma takut untuk melakukan dosa. Salah satu sebub golongan Hindu untuk tidak memakan lembu kerana takut untuk mendapat dosa apabila membunuh dengan sengaja. Oleh itu mereka hanya makan sayur-sayuran sahaja.

4) Mr. Jonathan : Perkataan Kristian berasal dari Greek iaitu bermaksud Cristianos (pengikut Yesus Kristus). Mereka percaya bahawa Yesus Kristus diangkat ke syurga dan percaya tuhan yang menjelma kepada manusia. Kematian di atas salib merupakan satu pampasan atau untuk menebus dosa semasa hidup di atas muka ini. Agama mereka bersifat monoism iaitu percaya kepada satu Tuhan. Beliau menyangkal agama Kristian bersifat 3 tuhan tetapi sebenarnya ia bermaksud penyatuan tuhan dalam 3 keperibadiaan. Penganut agama ini percaya hanya Yesus Kristus yang mampu mengampunkan dosa manusia. Penganut agama Kristian percaya bahawa kitab Bible sabagai buku suci dan percaya kepada Jesus.




PUSINGAN KEDUA. KONSEP KETUHANAN.
1) Brother Shah Kirit : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa."Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" Konsep ketuhanan Islam berpandukan Al-Quran, Wahyu. Manusia tidak boleh merangkumi minda manusia. Dalam agama islam Tuhan hanya ada satu sahaja, tidak merangkumi dua, tiga dan empat. Oleh itu Tuhan disebub di dalam Bahasa arab iaitu “ahad” yang bermakna satu. “Somad” pula merujuk kepada tuhan tidak dilahirkan dan tidak ada mula, tidak makan dan tidak minum. Di dalam surah Al-Ikhlas juga banyak menerangkan tentang kewujudan tuhan. Oleh itu agama islam adalah agama yang dibawa daripada pencipta yang benar.

2) Dr. M. Bala Tharumalingam : Bagi konsep ketuhanan dalam agama Hindu pula mereka hanya percaya kepada satu Tuhan. Tuhan yang bernama Brahman. Mereka tidak boleh memahami Tuhan secara keseluruhan tetapi boleh mengenali dengan lebih dekat dengan mengenali sifat tuhan seperti maha kuasa dan maha menyanyangi. Agama hindu bersifat simbolisme iaitu setiap sifat tuhan mempunyai simbol tersendiri. Hindu kena hidup secara Dharma. Tuhan Brahman boleh dikenali dengan dua cara iaitu sifat dan nama. Penyembahan patung di kuil itu hanyalah sifat tuhan sahaja untk mereka menyembah dan itu bukanlah mereka menyembah patung tersebut secara dasarnya. Patung di dalam kuil tersebut hanyalah salah satu sifat tuhan dan sifat tuhan ada banyak seperti dalam nama-nama yang baik iaitu 99 nama seperti dalam islam. Ia seakan sama tetapi mempunyai beberapa kelainan yang lain dalam sifat tersebut.

3) Mr. Jonathan : .Konsep ketuhanan di dalam agama Kristian pula adalah mereka faham agama ialah satu kehidupan yang kekal dan akan timbul kesan buruk jika sesuatu fakta dikaji dengan lebih mendalam kerana akan berlaku kekeliruan berikutan maklumat tidak sahih terlalu banyak berlegar di internet. Beliau beranggapan agama masih lagi relevan dan sentiasalah ingat pada yang Maha Esa. Oleh itu kita perlu mengasihi orang lain kerana Tuhan telah mengasihi kita terlebih dahulu.
4) Mr Wong Choon Tat : Konsep ketuhanan dalam agama budha adalah mereka tidak percaya tentang kekuasaan sang pencipta. Agama Budha lebih kurang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Alam semesta yang ada ini hanyalah unsur unsur sahaja yang mencipta dan terjadi dengan sendirinya. Agama Budha juga tidak menyembah patung, mereka hanya meletakkan buah, makanan dan sebagainya sebagai perantara bagi tuhan untuk mengambil atau memakannya secara batil. Contoh yang lebih ringkas yang dapat saya berikan adalah dengan kita untuk berhubung dengan emak kesayangan adalah dengan menelefon menggunakan telefon bimbit. Oleh itu kita dapat berhubung dengan emak kita di kampung. Sebagaimana yang terdapat dalam contoh tersebut, adalah patung tersebut merupakan sebagai pengantara untuk menyembah tuhan.
5) Moderator Dr Aminurrasyid. Sungguh baik pembentangan oleh kempat-empat peserta kita dalam memberikan pengucapan walaupun telah diberikan amaran untuk bercakap dalam masa 5 minit sahaja setiap pusingan. Pemberian yang dapat kita dengar sangat mantap dan huraiannya cukup jelas sekali. Kini tibalah masa untuk pusingan yang terakhir dengan beberapa soalan yang boleh ditanya jika menimbulkan keraguan di dalam taman ilmu ini nanti di akhir ucapan. Ok mari kita dengarkan pusingan ketiga ini dengan fokusnya.

PUSINGAN TERAKHIR : CABARAN GLOBALISASI TERHADAP AGAMA MASING-MASING.
1) Mr. Jonathan : Agama Kristian selaras dengan dunia zaman sekarang sangat baik untuk membawa pengikut untuk menuju ke jalan yang benar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa itu maksud dan ajaran Kristian maka kita hendaklah berguru dengan paderi yang terkemuka di dalam negara Malaysia ini. Pada zaman penuh teknologi iaitu pada zaman sains ini kita perlu faham adakah agama membawa kemajuan dalam ilmu sains dan teknologi pada masa akan datang. Adakah kebaikan yang dibawa akan memberi kebaikan kepada manusia atau sebaliknya. Kesimpulan dari beliau ialah mencari titik persamaan antara agama dan jangan cari titik perbezaan.
2) Dr. M. Bala Tharumalingam : Untuk mengatasi cabaran dalam agama masing-masing bagi masyarakat Hindu kita haruslah merujuk sentiasa kitab-kitab agama bagi tidak berlaku penyelewengan hal keagamaan dalam hal duniawi. Kita juga perlu percaya kepada kekuatan tuhn dan jika melakukan kesilapan maka kita juga akan dihukum oleh dosa apa yang kita lakukan sebelum ini. Ilmu sains sudah ada dan diceritakan dalam kitab agama Hindu. Tafsiran dalam mengkaji ilmu agama secara mendalam dapat mengelakkan berlakunya ekstremis agama. Seterusnya patung atau berhala merupakan alat rujukan sifat tuhan dan mereka percaya jika melihat patung atau berhala tersebut, mereka akan ingat kepada Tuhan. Beliau juga sempat memetik satu surah iaitu surah Al Hujurat ayat 13 :“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
3) Brother Shah Kirit : Dalam mengharungi cabaran globalisasi ini Islam dapat mengatasinya dari zaman dahulu kala lagi, Seperti mana yang kita tahu saya mengambil contoh tentang bagaimana ilmu bintang, membuat jadual masihi dan pengiraan bulan serta di dalam pendidikan pun kita dapat lihat bahawa sejarahwan ramai yang terlahir daripada golongan agama islam. Ilmu-ilmu itu kita dapat lihat ia telah ditulis di dalam al-quran sejak sekian lama. Tentang maklumat sejarah kita juga boleh merujuk al-Quran. Kalau mengikut secara teorinya kalau mengikut agama kita akan mundur dan kalau kita mengikut sains kita akan maju. Tetapi untuk mempelajari ilmu sains tersebut kita perlu mengetahui sedikit tentang agama bagi tidak berlaku penyelewengan yang membawa kehancuran kepada ilmu tersebut. Ilmu-ilmu di dalam Al-Quran telah ada sejak 1400 tahun yang lalu. Oleh itu kita harus tahu bagaimana untuk membina sains bagi kemudahan masyarakat.
4) Mr Wong Choon Tat : Dalam ajaran agama Budha nilai agama sangat dititikberatkan dan bagaimana dia diadaptasikan oleh manusia untuk kehidupan di zaman seba moden ini. Untuk mencapai kesedaran yang penuh kita mesti membuat ‘put it into practice’. Mereka juga percaya dapat mengelakkan penyakit minda. Mereka juga percaya untuk mencapai kesedaran penuh, mereka perlu amalkan kehidupan yang betul dan bermoral. Masyarakat perlu berkerjasama di daam satu negara tanpa berbilang bangsa dan agama bagi mencapai kesejahteraan. Dalam bidang politik juga kita tidak boleh menunding jari kepada orang lain tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Oleh itu pengunaan teknologi seperti ‘Facebook’ kita tidak boleh percaya kepada maklumat yang tidak sahih. Untuk itu kita perlu percaya kepada pemimpin negara untuk memajukan negara dengan harmoni tanpa ada konflik yang berlaku. Sebagai penutup, beliau berpesan supaya menghormati pegangan agama lain serta amalkan nilai murni. Seterusnya hidup bersatu selaras dengan petikan lagu Negaraku iaitu “Rakyat hidup bersatu dan maju”. Beliau percaya dengan perpaduan dapat memajukan negara.


5) Moderator Dr Aminurrasyid : Terima kasih kesemua panel yang hadir pada mala mini. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita. Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa agama bangsa amat perlu untuk dititikberatkan dalam soal kehidupan. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan ilmu agama bagi yang berbilang agama tidak memandang serong antara satu sama lain. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai manusia dalam berbilang bagsa di dalam negara Malaysia ini. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati. . Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa perpaduan, Negara kita tidak akan maju atau berjaya untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara yang telah maju. Terima kasih kepada anda semua yang sudi mendengar. Salam. Sekian saja forum kita pada mala ini. Saya sudahi dengan assalamualai’kum. Sehingga kita berjumpa lagi di kemudian hari.

Comments