PENGENALAN.
Sistem brek berfungsi untuk
memperlahankan kenderaan, memberhentikan kenderaan dan juga mengawal kenderaan.
Kenderaan moden sekarang menggunakan 2 sistem brek iaitu, sistem ‘Lining Brake’
dan sistem ‘Disc Brake’. Kedua-dua brek ini akan memberikan kesan untuk
menghentikan kenderaan ketika berlaku kecemasan. Di dalam kenderaan kereta
terdapat pemijak bagi pengguna kenderaan untuk menekan brek bagi mengawal
kenderaan melebihi had laju. Apabila brek ditekan ia akan memberikan kesan
ataupun impak untuk menghantar cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek
(caliper) dan silinder roda (wheel cylinder) untuk menghasilkan geseran untuk
memperlahan kenderaan. Selinder Induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak
oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan
brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan
brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang
pusingan gelendong brek. Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya
menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya
digunakan untuk mengunci roda kenderaan (parking) atau membrek dalam kecemasan.
Satu penggalak kuasa (servo) digunakan keatas selinder induk untuk menambah
kuasa ketika membrek. Sistem brek adalah penting bagi sesebuah kenderaaan dan
hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.
SISTEM
BREK YANG BAIK :
a)
Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
b)
Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
c)
Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
d)
Tidak berkehendakan larasan yang kerap.
e)
Sesuai untuk segala kelajuan, berat dan suhu.
KOMPONEN
SISTEM BREK.
1)
Disk Brek/ Drum Brek
2)
Pelapik Brek (break Pad)
3)
Saluran Minyak
4)
Vakum pam
5)
Tabung minyak enjin
6)
Pedal brek (tempat meletakkan kaki untuk brek)
JENIS-JENIS
KEMALANGAN.
1)
HILANG KAWALAN.
Kemalangan hilang kawalan ini selalu
berlaku kepada kenderaan yang ringan ataupun kereta yang melalui jalan raya
yang basah. Oleh hal yang demikian ia akan mengakibatkan air hujan akan
menganggu sistem brek untuk berfungsi dengan baik. Sistem brek disc sebenarnya
di reka untuk berfungsi dengan cekap dalam keadaan kering, jadi ketika keadaan
basah memang ada sedikit kelemahan. Tayar kenderaan juga adalah salah satu
faktor cengkaman terhadap di atas permukaan jalan raya yang basah. Akan tetapi
oleh kerana cengkaman brek agak kuat, maka tidak begitu sesuai digunakan pada
kereta yang ringan kerana ia boleh membuatkan kereta hilang kawalan jika brek
ditekan terlalu kuat dan akan mengakibatkan brake lock atau terlekat. Secara
tidak langsung ia boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan akan mengakibatkan
kenderaan terbabas dan hilang kawalan lalu akan menyebabkan kemalangan yang
serius hingga meragut nyawa.
2)
KEMALANGAN BERTEMBUNG.
Kemalangan yang bertembung ialah
kemalangan yang berlanggar antara satu lain secara bertentangan. Faktor
kemalangan ini selalunya akibat sikap pemandu yang membawa kereta secara tidak
fokus. Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi
penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara
sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Brek yang tidak berfungsi dengan baik
dapat dikenal pasti dengan pedal ditekan dengan terasa keras. Ia mungkin
disebabkan oleh kebocoran atu tersumbat. Geseran yang kedengaran juga
disebabkan oleh brak pad yang sudah haus atau sudah lama tak diservis brek pad
atau brek shoe akan mengeluarkan habuk dan habuk ini adalah puncanya brek
berbunyi bila ditekan. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek
yang gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu
memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka
3)
KEMALANGAN DARI SISI.
Kemalangan dari sisi banyak terdapat
di sekitar bandar raya kerana ia berlaku di persimpangan jalan. Selalunya
kemalangan ini pemandu yang melanggar isyarat lampu merah dan tidak mematuhi
undang-undang jalan raya. Brake secara mengejut akan mengakibatkan kenderaan
bergesel dalam jarak yang jauh. Penggunaan sistem brake ABS dapat membantu
kenderaan membrek dengan keadaan yang selamat kerana ia memberi cengkaman tidak
melekat. ABS direka untuk menghalang roda kereta daripada terkunci ketika
membrek mengejut. Jika roda kereta terkunci (berhenti berputar), ia akan hilang
kawalan stereng kerana tayar hanya boleh dikawal apabila berputar. Jika tayar
terkunci dan kehilangan kawalan, sudah pasti pergerakan kereta hanya akan
berakhir atau berhenti apabila menghentam sesuatu objek seperti penghadang
jalan atau kenderaan lain .Oleh itu. Penggunaan Master pump sangat digalakan
untuk diguna kepada kereta kerana ia lebih mudah untuk diservis dengan hanya
menukar minyak brek dan memastikan kabel minyak tidak bocor.
4)
KEMALANGAN DARI BELAKANG.
Sebab
seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang
baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa
memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu,
pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut
pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat
banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Pemandu harus
mengambil berat tentang kenderaan di hadapan. Sesuatu kemungkinan kenderaan di
hadapan akan membrek dengan mengejut bagi mengelak sesuatu atau lubang di jalan
raya. Pada saat ini, sitem brek ABS sangat membantu bagi kenderaan di belakang untuk
mengelakkan kedenderaan daripada perlanggaran berlaku. Oleh itu, pemandu
kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan
berbahaya.
5) KEMALANGAN.
Kemalangan yang boleh menyebabkan
kenderaan ini terbalik selalunya disebabkan oleh kenderaan bergerak terlalu
laju hingga tidak dapt mengawal kenderaan. Sistem brek tidak mampu untuk
mengawal kenderaan bagi tahap yang maksimum. Apabila brek ditekan kenderaan
dibawa kekiri atau kekanan. Masalah yang berlaku mungkin disebabkan oleh
alignment dan tayar balancing. Jika ketika membrek dan kenderaan dibawa kearah kanan
ini bermakna brek kiri mempunyai masalah. Kes begini hendaklah berjumpa dengan
mekanik di periksa sama ada minyak tersumbat. Brek di tekan tetapi brek tak
mencengkam kebiasaannya masalah ini berpunca dari sistem brek sudah dimasuki
udara. Apa yang harus dilakukan adalah berjumpa dengan mekanik untuk dibuat
bleeding iaitu mengeluarkan udara dalam sistem brek. Dalam keadaan yang
sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya di lebuh raya kerana
pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba
memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan
pemandangan pemandu kabur dan terhad. Oleh itu, sistem brek yang baik dapat membantu
pemandu untuk mengelak dari bahaya di hadapan.
KESIMPULAN.
Oleh itu, setiap pengguna kenderaan
wajib mengambil berat terhadap sistem brek bagi mengelak perkara yang tidak
diigini berlaku. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa manusia. Servis
yang baik terhadap sistem brek mesti mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
pengeluar kenderaan bagi melancarkan sistem brek daripada tidak berfungsi. Bagi
memastikan brek berfungsi dengan baik pengguna boleh memberhentikan kenderaan dengan
cepat apabila dikehendaki, kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan dalam
kawalan pemandu setiap masa dan tidak boleh kehilangan kuasa brek.
Comments
Post a Comment