HIKAYAT
LANG BUANA.
1)
SEJARAH KERAJAAN LANG BUANA.
Kerajaan Lang Buana sebenarnya telah
lama wujud pada satu masa dahulu. Kerajaan ini telah bermula sebelum abad ke-14
lagi dimana kerajaan ini terletak diantara hutan Jasin, Melaka, dan Tangkak.
Sebelum kedatangan parameswara lagi kerajaan ini telah wujud kerana terdapat
pembuktian sejarah dimana Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi (UPM) Dr Rohaidah Kamaruddin berkata, Lang Buana adalah
seseorang individu yang bertanggungjawab dan mertabalkan Parameswara menjadi
sultan Melaka pada tahun 1402.
Sebelum tahun 1402 lagi di Melaka
sudah terdapat kampung atau penempatan orang lama yang menduduki di kawasan
tersebut. Peninggalan sejarah di kampung Chohong dan kampung Chin-Chin di
Jasin, Melaka telah membuktikan terdapat artifak yang lama dan terdapat lebih
100 kubur lama yang terdapat di kawasan tersebut. Ini menunjukkan Kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka bukanlah yang pertama menetap di kawasan tersebut.
Walaupun kisah Lang Buana tidak banyak di ceritakan dalam fakta sejarah tetapi
kesahihanya masih menjadi tanda tanya dan orang ramai mengangap bahawa kisah
Lang Buana sebagai mitos atau donggeng semata-mata.
SINOPSIS
HIKAYAT LANG BUANA
Cerita
mengisahkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi anak kepada Raja Bahrum Dewa. Pada
suatu malam, ketika Tuan Puteri dikelilingi dayang-dayang, baginda mendengar
inang memberitahu bahawa dia bermimpi langit berpayung dan bulan dipagar bintang.
Tuan Puteri juga memberitahu bahawa baginda bermimpi diselimut oleh bunga yang
telah digubah. Sampai sekarang bau harum bunga tersebut masih terlekat pada
badan baginda. Dayang memberitahu bahawa mimpi Tuan Puteri menandakan Tuan
Puteri akan bersuami. Tuan Puteri tersenyum sambil bergurau dengan
dayang-dayang. Tuan Puteri mencadangkan kepada inang supaya mereka pergi ke
taman besok hari untuk mandi, berbedak dan mencuci badan.
Keesokan
hari, pada waktu pagi Tuan Puteri bersama-sama dengan dayang pergi ke taman.
Apabila penunggu tasik melihat kehadiran Tuan Puteri, dia meminta supaya Raja
Indera Bumaya bersembunyi di tempat sunyi. Tuan Puteri memanggil nenek
(penunggu) apabila tiba di taman itu. Dayang-dayang memaklumkan bahawa terdapat
orang lelaki yang telah tidur di rumah nenek kerana terdapat bantal dan tikar
di situ. Tuan Puteri berbedak dan mencuci badan sambil diikuti oleh
dayang-dayang. Segala perbuatan Tuan Puteri itu dilihat oleh Raja Indera Bumaya
sehingga menimbulkan rasa berahi iaitu perasaan cinta.
Ketika
Tuan Puteri sedang mandi, Raja Indera Bumaya mendekati kolam itu tanpa ada
sesiapa yang melihatnya. Raja Indera Bumaya berlindung di sebalik pokok
kemunting. Ketika itu baginda merupakan dirinya sebagai burung bayan yang
sangat indah rupanya. Sifat burung itu ialah memiliki mata daripada intan, bulu
daripada pusparagam dan kaki daripada emas. Bayan itu hinggap pada pokok
kemunting sambil mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Apabila Tuan Puteri
melihat burung bayan itu, baginda memerintah supaya inang menangkapnya. Burung
bayan itu terbang ke puncak pokok kemunting menyebabkan inang tidak dapat
menangkapnya. Tuan Puteri menyuruh dayang menangkap burung itu tetapi tidak
dapat kerana burung bayan itu terbang dari satu dahan ke satu dahan. Dayang
memberitahu bahawa burung bayan itu mungkin boleh ditangkap oleh Tuan Puteri
sendiri. Apabila Tuan Puteri hendak menangkap burung itu, burung bayan itu
hinggap di atas tangan baginda. Baginda sangat gembira.
Tuan
Puteri pulang ke rumah nenek setelah selesai mandi. Baginda gembira apabila
burung bayan itu berpantun. Tuan Puteri menanyakan asal usul burung bayan itu.
Burung bayan memberitahu bahawa dia datang dari Negeri Lela Gambar iaitu daerah
matahari hidup. Negeri itu sangat besar. Ada seorang anak raja di negeri itu
yang bernama Raja Indera Bumaya. Baginda merupakan tuannya. Baginda memiliki
budi bahasa yang baik, bijaksana dan rupanya terlalu elok. Dayang bertanyakan
burung bayan itu sama ada tuannya itu sangat tampan. Burung bayan melompat di
atas dayang sambil berpantun yang bermaksud jika dia memberitahu tentang wajah
tuannya itu, nescaya mereka akan ghairah apabila mendengarnya.
Tuan
Puteri ingin mengetahui cerita tentang Raja Indera Bumaya dan meminta supaya
bayan menceritakan dengan lebih lanjut. Bayan menceritakan perihal dia hendak
pergi berjumpa dengan Seri Maharaja Sakti dan bertemu dengan Tuan Puteri
Candera Lela Nurlela sehingga berlaku perselisihan faham dengan Raja Johan
Syahperi, iaitu tunang kepada Tuan Puteri Candera Lela Nurlela. Apabila
mendengar cerita itu, Tuan Puteri ingin mengetahui sama ada Raja Indera Bumaya
akan datang atau tidak ke situ. Bayan mengagak bahawa tuannya akan datang ke
situ. ( Fang,
L. Y. (2011).
Tuan
Puteri pulang ke mahligainya bersama-sama bayan itu. Baginda meminta supaya diperbuatkan sangkar daripada
emas bertatahkan ratna manikam dan meletakkan bayan di dalamnya apabila siap.
Apabila hari malam, bayan itu dikeluarkan daripada sangkar tersebut dan datang
mendekati Tuan Puteri. Dayang memberitahu bahawa bayan itu jinak dengan Tuan
Puteri. Bayan memberitahu bahawa dia jinak kerana dia mempunyai tuan yang
memiliki rupa paras yang baik. Tuan Puteri menanyakan masa tuan kepada bayan
itu akan datang ke situ. Bayan memberitahu bahawa tuannya akan datang pada
bulan itu juga dan dia akan memaklumkan kepada Tuan Puteri jika tuannya datang.
Bayan menukarkan dirinya menjadi nuri dan berpantun, maksudnya tuannya minta
untuk menghambakan dirinya apabila datang nanti. Tuan Puteri hairan mendengar
pantun bayan itu sambil memikirkan bahawa Raja Indera Bumaya sangat bijaksana.
Tuan Puteri bertanyakan lagi kedudukan Raja Indera Bumaya ketika itu dan bayan
memberitahu bahawa tuannya itu sudah hampir tiba. Tuan Puteri menjadi tidak
sabar untuk melihat Raja Indera Bumaya. Tuan Puteri meminta supaya nuri
membantunya menunjukkan rupa Raja Indera Bumaya. Nuri menyelit dada Tuan Puteri
dengan sayapnya menyebabkan Tuan Puteri dapat melihat rupa Raja Indera Bumaya.
Nuri bertukar pula menjadi bunga yang telah digubah dengan indah. Tuan Puteri
mengambil bunga itu lalu menciumnya.
Raja
Indera Bumaya kembali kepada rupanya yang asal sambil duduk di sebelah kanan
Tuan Puteri. Tuan Puteri dapat meneka bahawa lelaki di sebelahnya ialah orang
yang dimaksudkan oleh nuri. Tuan Puteri menjadi malu dan ingin meninggalkan
tempat itu. Raja Indera Bumaya memegang tangan Tuan Puteri tetapi sempat
ditepis oleh Tuan Puteri. Raja Indera Bumaya berpantun supaya menerima dirinya
seadanya.
Tuan
Puteri tersenyum dan menjeling ke arah Raja Indera Bumaya. Dayang-dayang sangat
suka melihat sikap Raja Indera Bumaya dan menganggap baginda sangat bijaksana.
Tuan Puteri meminta supaya dayang menyediakan makanan kepada Raja Indera Bumaya
sambil berpantun mempersilakan Raja Indera makan jika sudi dan tidak menjadi
hal jika tidak sudi. Raja Indera Bumaya tersenyum mendengar pantun Tuan Puteri
dan mengajak Tuan Puteri makan bersama-samanya. Selepas itu mereka bergurau
senda dengan dayang-dayang.
Pengawal
yang berkawal di mahligai Tuan Puteri setiap hari mendengar suara orang ketawa
di atas mahligai itu. Mereka memberitahu Raja Bahrum Dewa tentang hal itu. Raja
Bahrum Dewa sangat marah dan memerintahkan supaya mencari lelaki itu kerana
telah membuatkan diirnya menjadi malu. Pada malam itu, hulubalang diminta
supaya mengepung mahligai Tuan Puteri. Apabila dayang melihat kehadiran ramai
hulubalang, mereka memberitahu Raja Indera Bumaya dan Tuan Puteri. Raja Indera
Bumaya tidak menunjukkan reaksi takut sebaliknya berpantun dengan mengatakan
bahawa baginda tidak akan melepaskan tuan puteri meskipun seribu orang datang
mengepung mereka.
Tuan
Puteri turun daripada pangkuan Raja Indera untuk beredar daripada situ tetapi
dihalang oleh Raja Indera. Raja Indera ingin mengetahui sama ada Tuan Puteri
ingin melihat kematiannya atau tidak kerana dia menganggap Tuan Puteri adalah
nyawanya. Tuan Puteri menangis melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Raja
Indera. Baginda memikirkan bahawa jika Raja Indera mati maka dia juga akan mati
kerana tiada guna lagi hidup tanpa Raja Indera. Pelbagai cara digunakan oleh
Raja Indera untuk menghalang Tuan Puteri daripada meninggalkannya.
Apabila
semakin ramai yang datang mengepung, Raja Indera Bumaya memuja geliga daripada
Raja Johan Syahperi dan keluarlah empat jin yang lengkap bersenjata. Raja
Indera menyeru supaya jin itu menyerang Raja Bahrum Dewa tetapi diminta supaya
tidak membunuhnya. Setelah berperang ramai rakyat Raja Bahrum telah lari dan
dapat ditangkap. Hulubalang yang melarikan diri telah menghadap baginda dan
memaklumkan bahawa Raja Indera belum mati. Raja Bahrum menjadi marah apabila
mendengar berita itu. Baginda mengumpul seluruh rakyat dan memerintahkan supaya
segera menagkap Raja Indera. Setelah datang ke mahligai Tuan Puteri, Raja
Indera memujuk supaya Tuan Puteri tidak menangis dan tidak takut menghadapi
tentera ayahandanya. Raja Indera memberitahu bahawa dia mahu mati seorang diri
tetapi tuan puteri juga mahu mati jika Raja Indera telah mati. Raja Indera
memuja gemala hikmat lalu keluarlah jin empat ribu. Raja Indera menyeru supaya
jin-jin itu berperang dengan rakyat Raja Bahrum. Peperangan besar berlaku dan
banyak nyawa yang terkorba.
Setelah
tuan puteri mengetahui berita tentang hulubalang dan rakyat datang ke
mahligainya untuk mengepung dan menangkap Raja Indera Bumaya, dia berasa takut
dan sedih kerana tidak sanggup berpisah dengannya. Raja Indera Bumaya pun
menyeru geliga daripada Raja Johan Shahperi dan keluarlah empat jin yang
menyerupai manusia yang lengkap bersenjata untuk menangkis serangan hulubalang
dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu gagal
untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perkara ini menyebabkan Raja Bahrum Dewa
menjadi semakin murka dan menitahkan semua rakyatnya mengepung Raja Indera
Bumaya. Perkara itu menyebabkan tuan puteri berasa semakin takut tetapi perkara
itu membuktikan cinta dan sayangnya kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera
Bumaya kemudiannya menyeru gemala hikmat daripada Raja Johan Shahperi dan
keluarlah empat ribu jin yang akan berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa.
Dalam peperangan itu banyaklah darah yang tumpah ke bumi.
KESIMPULAN.
Secara
garis dasarnya, kisah ini menceritakan tentang perjalanan seorang pemuda
bernama Indra Bumaya dalam mewujudkan mimpinya untuk memperistri seorang puteri
yang bernama Tuan Puteri Kesuma Dewi. Keteguhan niatnya ini muncul setelah
seorang Peri dari kayangan menyisipkan gambar wajah tuan puteri itu di dalam
mimpinya. Adapun niat dari Peri ini adalah untuk membalas kekesalannya pada seorang
raja tertua di keindraan atau kayangan. Setelah bermimpi, ia bertekad untuk
mencari tuan puteri yang ada di dalam mimpinya tadi. Tuan puteri ini merupakan
anak dari salah satu raja di kayangan – iaitu anak Raja Puspa Indra.
Pada
awalnya Indra Bumaya ini dulunya merupakan seorang pemuda keturunan raja di
kayangan. semasa muda, ia telah berbuat suatu tingkah yang kurang menyenangkan
bagi Raja Lang Lang Buana sebagai penguasa tertinggi di kayangan. Maka pemuda
ini dikutuk oleh Raja Lang Lang Buana dengan menjatuhkannya kebumi. Sesampainya
di bumi, ia dilahirkan sebagai manusia yang baru dan mempunyai kemahiran
mengunakan kuasa ajaibnya bagi mempertahankan diri apabila berlaku ancaman
kepada dirinya yang tidak diduga.
RUJUKAN.
Msar, S. (2016). Lang Buana!. Harian
Metro. Diterima daripada
Fang, L. Y. (2011).
Sejarah Kesusastraan Melayu Kelasik. Yayasan Pustaka Obor Indonesia.
Comments
Post a Comment