Isu Islamofabia melalui kartun.

PENGENALAN.
            Islamofabia ini merupakan kebencian agama lain terhadap agama islam seperti agama Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini telah melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan agama islam kerana berpendapat agama mereka mempunyai kebebasan dalam melakukan aktiviti berlandaskan agama dalam kehidupan seharian untuk mencapai kejayaan dan mendapat redho daripada Allah Swt dan Al-Quran yang diturunkan mempunyai ilmu alam yang sangat lengkap untuk dipelajari dari segi sejarahnya yang sangat tepat tentang bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Golongan agama seperti yahudi telah mengajarkan kepada anak-anak kecil di negara mereka agar tidak menyukai agama lain. Mereka takut kerana pengikut mereka akan berkurangan dan mudah mendalami agama lain untuk diamalkan serta pelbagai langkah yang telah dilakukan untuk memerangi golongan Islam tetapi golongan Islam terus bertambah untuk kali kedua di benua Eropah menurut hadis yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Pada zaman sekarang penduduk di serata Benua Eropah telah meningkat penganut Agama Islamnya. Warga Islam kini di Benua Eropah telah meningkat diantara 10 hingga 15 juta orang. Paling ramai ialah di negara Perancis, Jerman dan Britain. Bilangan kecil ialah di negeri Sepanyol, Belanda, Sweden, Denmark, Norway dan Austria. Paling ramai warga Islam di Eropah ialah di negeri Perancis yang berjumlah seramai lima juta orang. Masjid-masjid besar telah dibina di Paris dan Lyons. Bilangan warga Islam di Britain pula hampir dua juta dan lebih 600 masjid telah dibina dan pelbagai kemudahan telah disedikan kepada warga Islam di negara mereka seperti tanah-tanah perkuburan khas bagi warga Islam. Para penduduk diberikan kebebasan dalam perkahwinan dan kemudahan untuk bercuti bagi para pekerja apabila menjelma hari kebesaran Islam seperti Malam Nuzul Al-Quran dan Awal Muharram. Mereka juga bebas untuk menunaikan haji ke Mekah dan diberikan cuti khas semasa bekerja. (John L. Esposito, 2003)
Disebabkan penganut Islam semakin ramai di Eropah maka pelbagai tomahan telah diterima oleh masyarakat Islam seperti melakukan peperangan, dan merupakan penduduk yang disifatkan sebagai musuh untuk menjatuhkan sesebuah negara. Pihak media sosial seperti New York Times banyak memaparkan kecenderungan keganasan Islam yang dilakukan seperti keruntuhan Menara World Trade Centre yang mengakibatkan kematian ramai awam yang tidak berdosa dan disitulah bermulanya ramai daripada penganut agama lain yang memandang buruk serta melakukan pelbagai penghinaan seperti menghina agama islam dengan memutarbelitkan fahaman islam adalah agama yang sesat dan paling buruk sekali adalah menghina dengan melukis kartun yang melambangkan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang teruk, serta merupakan ajaran yang diterima daripada syaitan. Hal ini telah menyebabkan agama lain telah memandang hina kepada penganut agama Islam yang ada di serata dunia.











DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Agama adalah sistem yang mengatur keimanan iaitu kepercayaan dan peribadatan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa serta tata kaedah yang berkaitan dengan pergaulan manusia dan manusia serta persekitarannya. Perkataan Islam dalam Bahasa Arab merupakan kata nama kerjaan berasal daripada kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama, yang bermaksud merelakan, menyerah atau tunduk kepada Tuhan. Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah Salam yang bermaksud sejahtera. Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, bagimengelakkan syirik. Islam juga digambarkan sebagai perbuatan kembali kepada Allah SWT.
Manakala Al-Maudidi mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah SWT. Allah yang menentukan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Menurut beliau lagi negara Islam adalah bercorak theo-democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syarak.
Manakala perkataan phobia merupakan ketakutan atau kebencian yang sangat keterlaluan dan tidak rasional terhadap sesuatu. Secara konseptualnya, Islamophabia telah diterjemahkan melalui satu bentuk ketakutan yang tidak rasional atau amat kuat kebencian terhadap islam. Dalam Bahasa yang mudah ialah sifat benci terhadap pengganut agama islam, pandangan negatif dan mengangap orang islam ini jahat dan juga pengganas. Namun, kini pemahaman islamophobia lebih dari sekadar makna dan turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. (Diana Kendall, 2001)
Tradisi Islam telah menegaskan bahawa Agama Yahudi dan Kristian telah memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu atau kedua-duanya. Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan melampaui kehidupan di dunia dan akhirat untuk mencapai kebahagiaan hidup.














KONSEP      
            Sebagaimana yang kita ketahui Islam adalah agama yang Syumul yang bererti lengkap. Oleh itu setiap ajaran yang dibawa oleh para nabi yang terdahulu adalah lengkap dimana setiap ajaran yaag dipelajari tidak perlu untuk menyakiti dan menghina agama lain. Oleh sebub itu semasa pada Zaman Rasulluah SAW, Piagam Madinah telah ditubuhkan bagi memberikan kebebasan kepada setiap ajaran agama pada masa itu bebas untuk melakukan apa-apa tapi terbatas supaya tidak menganggu manusia atau penduduk yang menetap pada zaman itu. Dengan sifat keadilan yang telah diikuti oleh masyarakat pada ketika itu ia telah menjadikan sebuah negara yang bersatu padu dalam pemerintahan sehingga tiada masalah dalam hidup dalam satu negara walaupun rakyat menganuti pelbagai agama seperti agama islam dan agama nasrani yang menyembah api.
            Sifat buruk seperti membenci, menghina, mengutuk agama lain tidak dapat dilihat. Pada zaman sekarang dengan kepelbagaian teknologi moden yang ada telah membutakan mata masyarakat yang tidak mempunyai pendidikan seperti sanggup melontarkan kata-kata sesat kepada agama lain melalui media sosial, malah sikap menghormati antara satu sama lain juga tidak terlihat. Oleh itu, sikap benci yang ada dalam diri antara agama yang berlainan tidak mendatangkan kebaikan dalam menentukan kemenangan malah akan terjadi peperangan antara satu lain yang akan menyusahkan pelbagai golongan keluarga yang ada hidup di muka bumi ini.
            Peranan Agama dalam menentukan kehidupan yang harmoni perlunya mempelajari tiga konsep penting iaitu kebudayaan, sistem sosial dan keperibadian yang dapat mewujudkan norma kehidupan. Syeikh al-Azhar Syeikh Sayyid Muhammad al-Tantawi mengatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh kerana tiada perkara yang memburukkan agama lain. (Utusan Malaysia,2003).
SEJARAH
            Sejarah yang paling mengemparkan seluruh dunia adalah ketika Charlie Hebdo yang telah melakukan perkara yang mengutuk semua agama termasuk agama Islam sendiri. Selain itu agama Kristian dan yahudi ketika itu juga turut dijadikan bahan ejekan melalui lukisan yang dilukis oleh beliau. Satu demonstrasi telah diadakan di Paris bagi menyatakan kekejaman secara dalaman oleh beliau agar dibawakan ke makhamah untuk mendapatkan pembalasan ke atas apa yang dilakukan. Perkara yang paling tidak diterima oleh masyarakat Islam adalah melukis kartun Nabi Muhammad yang tidak disukai oleh ahli agama dan para ilmuwan serta masyarakat Islam itu sendiri. Menurut hadis sahih perkara yang dilarang adalah melukis benda ciptaan Allah SWT kerana beranggapan bahawa sengaja atau cuba meniru ciptaan Allah SWT dan akan mendapat dosa jika melakukan perkara tersebut. Charlie Hebdo juga telah menerbitkan kartun Nabi Muhammad dengan judul Charia Hebdo. (Islampos, 2012).
            Islam telah diiktiraf sebagai pengganas apabila berlakunya peristiwa berdarah 11 September 2001 yang menjadi titik hitam bukan sahaja kepada Amerika Syarikat tetapi juga kepada dunia khususnya masyarakat Islam kerana peristiwa tersebut telah menjadi titik tolak kepada fahaman islamofabia, iaitu mengaitkan masyarakat Islam dengan ekstrimis secara keseluruhannya. Negara besar seperti Amerika Syarikat sentiasa mengaitkan keganasan yang dilakukan adalah berkaitan dengan penganut Islam sehingga ke hari ini dengan kejadian pengganas yang dinamakan sebagai Isis, Al-Qaeda dan Taliban. Selain itu masyarakat yang duduk berhampiran telah menerima kesan seperti kejadian pembunuhan dan menconteng dinding masjid yang ada di sekitar tempat mereka contohnya di Amerika Syarikat. Peristiwa di East Yermo Road di mana seorang imam dibunuh di rumahnya sebelum rumahnya dibakar pada 27 jun lalu. Peristiwa sedih ini juga disusuli dengan balingan batu ke masjid oleh rakyat Amerika Syarikat.
OBJEKTIF KAJIAN.
Kerja kursus yang kami akan lakukan adalah berdasarkan kepada objektif kajian seperti yang berikut:
1. Mengkaji kemasukan Islamafobia melalui Kartun dan faktor-faktor berlakunya
    Islamofabia di Malaysia.
2. Perkembangan Islamofabia melalui kartun di peringkat global.
3. Mengkaji kesan Islamofabia melalui kartun kepada masyarakat sekeliling.
4. Inisiatif membasmi penularan Islamofabia.











1.0 ISLAMOFOBIA DI MALAYSIA       
Seperti mana yang kita ketahui bahawa boleh dikatakan hampir seluruh dunia kini menggangap Islam itu sebagai pengganas serta ada juga yang menyatakan Islam adalah perosak manusia. Walaupun Malaysia merupakan majoritinya adalah penduduk beragama Islam itu tidak menghalang Islamofobia daripada terus berkembang di dalam negara. Mengapa ini terus terjadi dan secara jelas Islamfobia masih lagi terdapat di negara Malaysia bahkan menjadi semakin serius di seluruh dunia terutama negara yang anti-islam. Menurut pakar sejarah (1994), islamofobia bekembang di Malaysia adalah kerana beberapa kelemahan dalam islam itu sendiri tapi kenyataan ini disangkal oleh golongan ulama dan cerdik pandai yang mengatakan ‘mereka mempunyai agenda tersendiri iaitu mungkin cuba memburukkan islam di mata orang malaysia malah menggangap islamofobia berlaku di malaysia mungkin berpunca daripada propaganda serta mesej dari pihak luar yang cuba untuk menyakinkan orang bahawa islam adalah pengganas.
 Islamfobia di Malaysia dapat dilihat jelas dengan penyebaran secara meluas di dada-dada akhbar, majalah, media elektronik dan lain-lain saluran yang digunapakai oleh pro-islam. Ketidakfahaman tentang islam tidak dibendung dan kefahaman tentang islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib akan menyebabkan umat islam tidak memahami islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat islam yang sebenar dan melaksanakan syiar islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang islam dan akhirnya mereka hanyut dengan ajaran Freemason iaitu Yahudi Israel. Terdapat beberapa faktor yang diberikan perhatian di dalam berlakunya Islamfobia di Malaysia antara ialah media sosial, kurang keberkesanan institusi agama, peranan sistem pentadbiran, salah faham syariah, pengaruh golongan fundamentalis.

1.0 Media sosial.
            Salah satu faktor yang akan diberi perhatian dalam berkembangnya Islamofobia di Malaysia adalah dari segi media sosial dimana islamofobia tersebut boleh tersebar dengan cepat dan meluas. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan islam jelas telah dipersalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk memberi gambaran negatif terhadap islam di Malaysia. Media sengaja memutarbelitkan sesuatu kenyataan seperti islam melakukan keganasan seperti membunuh walhal perkara itu tidak berlaku dan ada juga kita lihat di laman sesawang ramai orang bukan islam cuba membentuk atau melukis gambar orang islam kononnya sedang melakukan keganasan dalam bentuk animasi seperti di dalam akhbar serta juga filem-filem yang disiarkan di televisyen yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umum. Ini secara jelas akan menyebabkan orang ramai di luar sana yakin bahawa inilah realiti kehidupan islam di negara Malaysia yang seakan-akan sukakan keganasan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu seterusnya akan berkembang lagi isu Islamfobia di Malaysia. Media secara umumnya masih tidak dapat memainkan peranannya dengan sebaiknya untuk membetulkan persepsi atau pandangan orang ramai terhadap Islamofobia.







1.2 Kurang keberkesanan institusi agama.
Faktor kedua yang menyumbang berlakunya perkembangan Islamofobia di Malaysia adalah kurangnya keberkesanan institusi agama iaitu kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara islam dan semestinya terdapat banyak institusi agama yang bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah islam di Malaysia. Institusi agama di Malaysia banyak mendapat dana atau bajet yang banyak masing-masing dari kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk tujuan menjalankan aktiviti dakwah tetapi perkara ini tidak berjalan dengan lancarnya. Namun banyak aktiviti yang jelas telah melanggar undang-undang atau menyentuh sensitiviti orang islam telah berlaku seperti mempersoalkan institusi fatwa, memperleceh amalan umat islam dan sebagainya secara jelas telah menampakkan kelemahan institusi agama di Malaysia masih ketara.
Mengapa perkara masih lagi terjadi kerana adalah institusi agama tersebut tidak memandang perkara ini dengan serius malah mengambil mudah mengenai isu Islamfobia ini serta tidak mengambil atau membuat pendekatan secara tepat untuk memastikan Islamofobia tidak berkembang di Malaysia. Dengan itu, institusi agama harus melakukan perubahan segera demi memastikan peranan dan tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan berkesan. Sekiranya institusi agama ini memainkan peranannya dengan berkesan dan efisyen, sudah pastinya Islamofobia di Malaysia tidak akan berkembang serta tidak wujud di Malaysia dan penyebaran secara meluas melalui karton dan juga beberapa idea yang lain yang dapat memburukkan masyarakat Islam itu sendiri.




1.3 Peranan sistem pentadbiran.
Faktor seterusnya yang menyebabkan berlakunya Islamofobia di Malaysia ialah dari segi kurangnya kemahuan politik itu sendiri. Umum kita mengetahui bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah terdiri daripada yang beragama Islam, maka kurang perhatian diberikan bagi menangani Islamofobia di Malaysia. Kurang kemahuan politik dan menafikan keperluan untuk menangani isu Islamofobia menjadi salah satu sebab yang paling ketara dalam usaha menbendung Islamofobia di Malaysia dan kita yakin bahawa jika adanya kemahuan politik yang lebih serius dengan momentum yang jitu, berbagai program untuk membetulkan persepsi negatif terhadap Islam akan terlaksana. Contoh-contoh seperti sesi berdialog dan diskusi ilmiah boleh diadakan oleh pihak berwajib bagi menangani isu Islamofobia ini.
Kita dapat melihat banyak program yang berkaitan dengan Islamofobia dijalankan, akan tetapi program ini hanya dipelopori golongan tertentu dan mesej yang ingin disampaikan tidak sampai ke akar umbi dengan secara tepat. Peranan ahli politik amat penting sekali dalam mengatasi masalah Islamofobia ini, tetapi kecewa melihat isu utama yang sebegini tidak diberi perhatian oleh golongan ini untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Maka isu Islamofobia dijangka akan terus berkembang dan juga umat islam akan mendapat kesan daripada kelemahan kurangnya kemahuan politik itu sendiri.






1.4 Salah faham syariah.
Secara umum kita mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa. Kaum Melayu merupakan kaum yang paling besar diikuti Cina dan juga India. Apa yang boleh dikaitkan dengan masyarakat mengenai salah faham syariah ialah masyarakat tidak mempunyai kefahaman yang baik dan jelas tentang Islam dan ini juga bukan sahaja berlaku di kalangan orang islam malah golongan bukan islam juga mempunyai kefahaman yang tidak jelas tentang islam. Dalam skop yang lebih kecil, kita dapat melihat sebenarnya orang islam itu sendiri yang menyebabkan berlakunya Islamofobia.
Kita dapat melihat bagaimana orang islam memiliki sifat yang jahil serta tidak mempunyai kefahaman yang sebenar mengenai islam. Banyak gejala-gejala negatif seperti membuang bayi, merempit, sumbang mahram dan kebanyakkan pelakunya adalah orang Islam. Sepatutnya orang islam memainkan peranan dalam mempertahankan kemuliaan agama islam daripada pandangan negatif golongan bukan islam di Malaysia. Orang islam harus menjadi contoh atau menunjukkan akhlak yang baik kepada orang bukan islam seterusnya menjadi tempat rujukan orang bukan islam untuk mengetahui dan memahami tentang islam. Jika contoh tauladan yang baik dapat ditunjukkan kepada agama lain misalnya kepada agama Hindu dan Buddha yang terdapat di Malaysia ini, Islamofabia yang ditunjukkan melalui karton bahawa agama islam itu jahil dan tidak bermoral maka akan dapat ditepis dengan semudahnya oleh penganut agama lain kerana kebenarannya hanya akan terlihat jika mereka bersama dalam menjalani kehidupan seharian di dalam satu negara. Khabar berita yang dikeluarkan tanpa kesahihannya akan dapat ditapis oleh masyarakat itu sendiri.



1.5 Pengaruh golongan fudamentalis.
Faktor yang terakhir yang boleh kita berikan perhatian adalah adanya pengaruh golongan fundamentalis di Malaysia. Golongan fundamentalis ialah satu golongan yang boleh dikaitkan dengan istilah negatif seperti terrorisme, ektremisme dan juga fanatisme dan antara ciri-ciri lain adalah seperti tidak rasional, militan, radikal dan agresif. Di Malaysia, contoh-contoh golongan fundamentalis adalah seperti kumpulan dakwah Islamiyah dan juga Al Maunah yang jelas menggaburi mata ramai pihak dengan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang seterusnya akan menjatuhkan imej Islam serta pandangan negatif daripada masyarakat Malaysia. Dengan adanya golongan ini, maka secara tidak langsung akan menggiatkan atau menyuburkan lagi aktiviti Islamofobia yang boleh dikatakan semakin parah dan serius jika tidak dibendung dengan kadar segera. Dalam konteks Islamofobia, fundamentalis adalah sama dilihat dengan ativiti yang berkait rapat dengan keganasan yang melampau atau keterlaluan yang mengaitkan dengan ajaran islam. Dengan erti kata lain, pengaruh pelampau ini menggunakan islam sebagai benteng untuk melakukan penyelewangan dan hanya akan menjejaskan imej serta nama Islam.
            Pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan sengaja merosakkan keindahan tatacara kehidupan yang diajarkan oleh agama islam itu sendiri. Golongan ini melakukan perkara yang bertentangan dengan islam tetapi masih menggunakan nama islam untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Ajaran yang diajarkan ini menjurus kepada perbuatan yang sesat menyalahi perbuatan agama itu sendiri dan mendapat kemurkaan oleh Allah SWT. Jika iman seseorang tidak kuat maka mereka akan mudah untuk cenderung mengikut ajaran yang sesat seperti kejadian yang terdapat di Malaysia seperti mengaku diri sendiri sebagai Tuhan Harun dan pengikutnya harus menyembah kepada beliau. Aktiviti ini akan menyebabkan ramai golongan masyarakat lain akan menjadi lebih takut untuk mendekati agama islam kerana banyak perkara yang tidak bermoral dapat dilihat dengan mata kasar.
2.0 PERKEMBANGAN  ISLAMOFABIA DI PERINGKAT GLOBAL.
Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara faktor terjadinya Islamofobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalah kesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju. Situasi ini menyebabkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dan juga menggugat taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat Islam yang berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati budaya negara itu. Ini adalah antara faktor menyebabkan masyarakat negara itu memandang serong kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif.
Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup masyarakat termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabila ianya melibatkan hak-hak wanita dalam mempelopori kerja dan juga tidak mengiktiraf golongan wanita dalam memperjuangkan hak wanita . Islam juga dianggap sebagai negara yang mundur. Golongan Fundamentalis juga melihat negara-negara Islam semuanya mundur, tiada kemajuan dalam kebebasan hak manusia seperti pergaulan antara lelaki dan wanita. Sikap prejudis segelintir manusia yang sering mempertikaikan perintah Allah di dalam Al-Quran dan sekaligus mengatakan Islam adalah agama yang menyusahkan, tidak adil, kejam dan sebagainya dalam melakukan perintah Allah seperti solat 5 waktu sedangkan agama lain seperti agama Kritian, Buddha dan Hindu hanya melakukan 1 kali seminggu untuk menyembah Tuhan mereka dan ada kelonggaran dalam melakukan penyembahan. Golongan yang tidak suka akan agama Islam ini selalunya akan memburukkan agama islam dengan melukis karton Nabi Muhammad sebagai pemimpin yang hina dalam pemerintahan dan hanya suka berfoya-foya dengan kaum wanita. Kaabah yang merupakan tempat suci bagi umat islam untuk dijadikan sebagai kiblat dikatakan di dalamnya tempat kamar Nabi Muhammad dalam melakukan hubungan seks bersama hamba kaum wanita. Selain itu juga Nabi Muhammad memiliki isteri yang ramai untuk memuaskan nafsu semata-mata yang terpamer dalam babak karton yang dilukis oleh Charlie Hebblo. Walhal, dalam agama islam seseorang lelaki hanya boleh mempunyai empat orang isteri dalam sesuatu masa jika seseorang itu mampu dari segi zahir dan batin dalam menjaga isteri tersebut. Hasil terbitan karton di dalamnya yang terkandung cerita yang berunsurkan negatif itu akan mudah untuk meresap kepada golongan budak kecil di seluruh dunia bahawa agama islam tidak baik untuk dipelajari.
Terdapat gerakan-geralan Islamophobia yang menyokong dari segi dana dan sanggup membayar puluhan juta ringgit demi menanam ketakutan rakyat Amerika Syarikat terhadap Islam. Pengaruh media di barat juga berperanan dalam memberi kesan yang ketara supaya orang bukan Islam membenci Islam. Hasilnya, terjadi diskriminasi dan prejudis yang melampau terhadap Islam sehingga menyebabkan penindasan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam di barat. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untuk menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu. ’The Center for American Progress’ melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak 42 juta untuk menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon Scaife Foundations’, ‘Lynde and Harry Bradley Foundation’, ‘Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations’ and ‘Charitable Trust’, ’Russell Berrie Foundation’, ’Anchorage Charitable Fund’, ’William Rosenwald Family Fund’ and ’Fairbrook Foundation’. Dilaporkan juga bahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound sterling untuk menghasilkan buku ‘Satanic Verses’ yang diterbitkan oleh penerbitan Viking kepunyaan pihak yahudi. (Zulkifli Hasan, 2013)
Gerakan yang dilakukan adalah kerana kebencian yang mendalam terhadap agama islam. Selain tu mereka juga ingin menambah penganut agama mereka misalnya agama Kristian dan agama Yahudi. Mereka berpendapat dengan ramai pengikut agama mereka akan disanjung tinggi dan kepada sesiapa yang dapat meramaikan orang untuk masuk ke dalam agama mereka, pihak gereja akan membayar mereka seperti penebusan dosa dan disertakan dengan wang ringgit lagi. Pada zaman dahulu lagi kita telah lihat konsep yang diujarkan kepada masyarakat di tanah melayu sebelum merdeka iaitu berkonsepkan God, Gold, dan Glory. (Zulhilmi paidi 2011). Semua niat yang ada adalah berniat jahat dalam memerintah negara contoh sebagai negara Malaysia yang hampir 446 tahun dijajah oleh mereka. Pada zaman dahulu dalam pemerintahan Islam adalah kesemua negara yang pernah ditakluki pada pemerintahan Empayar Uthmaniyyah adalah bentuk kepada pembebasan rakyat yang ditindas oleh masyarakat Kristian. Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang tokoh islam yang banyak memberikan jasa kepada negara dalam pembebasan rakyat yang terpaksa dijadikan hamba dan sebagainya. Kesemua jasa baik yang telah dilakukan pada zaman dahulu kepada masyarakat tidak dapat diambil ikhtibar bahawa agama islam adalah agama yang benar dan tidak mengasari bangsa atau agama lain pun dalam pemerintahan.




Selain itu, negara luar juga bertambah takut dengan kemajuan negara Islam Contohnya di Iran dan Turki yang merupakan negara Islam yang kuat. Hal ini disebabkan oleh kerana negara ini mempunyai pangkalan senjata nuklear sendiri. Oleh itu negara besar seperti Amerika Syarikat sengaja mengambil peluang dalam media massa mereka untuk menjatuhkan imej negara islam bahawa senjata yang ingin dibuat adalah kerana untuk menakluk negara lain jika mempunyai kuasa ketenteraan yang kuat. Kebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi juga telah menimbulkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruh Islam. Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi negara-negara Islam seperti negara pengeluar minyak yang mula melabur dan membeli aset strategik di negara-negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan ramai terhadap Islam. Umpamanya Iran sering kali dilihat sebagai ancaman kepada kestabilan di Timur Tengah sedangkan pada hakikatnya Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia lah punca sebenar dan utama ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.
Oleh itu Amerika Syarikat telah memperkenalkan diri mereka bahawa sebagai polis dunia dalam menjaga keamanan dunia. Padahal mereka juga menyedari bahawa mereka adalah negara yang mempunyai pangkalan senjata nuklear yang terbesar dalam antara 5 negara yang mempunyai kuasa veto dunia. Hal ini menampakkan ketidakadilan dalam mereka memerintah. Mengikut piagam PBB negara yang merdeka bebas untuk mengawal negara masing-masing tanpa ada campur tangan dalam memerintah oleh negara lain. Segala perbuatan ini telah mencabuli hak negara yang merdeka. 
Negara Islam telah menjadi mangsa keganasan di mana media-media massa banyak menjadikan Islam sebagai punca keganasan sahaja tanpa menyiarkan berita mahupun isu-isu keganasan yang berlaku ke atas Negara Islam oleh Negara-negara bukan Islam yang telah sekian lama berlaku. Selain itu, kurangnya maklumat insiden Islamophobia yang berlaku dan kurangnya maklumat mengenai keganasan oleh gerakan agama lain menjadi faktor menularnya penyakit Islamofabia ini. Media-media kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif. Didapati juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap negara Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia. Media yang dimiliki institusi Islam pula pada hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurang berjaya menampilkan program-program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.


\










3.0 MENGKAJI KESAN ISLAMOFABIA MELALUI KARTUN KEPADA MASYARAKAT SEKELILING.
Islamophobia mula digunakan di dalam artikel dan jurnal sejak daripada awal abad ke 20 lagi. Sekitar tahun 1900 ke 1920-an, istilah Islamophobia kerap digunakan di dalam penulisan bahasa French dan Algeria yang lebih membawa maksud perasaan tidak senang terhadap Islam. Islamophobia pada hari ini lebih membawa maksud perasaan benci kepada Islam, muslim dan juga etnik yang dikaitkan dengan Islam contohnya bangsa Arab. Kejadian membenci islam melalui media sosial misalnya telah banyak memberikan kesan yang tidak baik kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Isu yang melontarkan keburukkan secara halus melalui bentuk kata-kata, perbuatan dan lukisan ini akan menyebabkan membawa kesan yang besar kepada masyarakat yang menganut agama islam. Kejadian ini dapat dilihat dengan masyarakat islam ditindas dengan tidak adil seperti menghancurkan kereta pemilik muslim, menconteng masjid dan sebagainya.
Kesan yang pertama ialah hak asasi manusia akan terjejas, apabila ideologi islamofabia itu diperluaskan dengan pelbagai cara oleh musuh-musuh islam, golongan yang tidak mengenali islam secara mendalam akan terus mempercayai tanpa meragui kebenaran konsep islamofabia. Kepercayaan ini akan memberikan kesan buruk kepada hak asasi umat islam. Misalnya, hak asasi umat wanita islam untuk memakai tudung ditindas dan dihalang secara terbuka di khalayak ramai. Selain itu golongan yang tidak bertanggungjawab juga cuba untuk menghalang umat islam memakai tudung emasa bekerja di beberapa negara kerana orang yang memakai tudung atau serban akan dianggap sebagai lambing keganasan. Hal ini demikian kerana masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan Islamofabia hilang rasa hormat terhadap umat islam, malah lebih buruk lagi segala hak asasi umat islam ditindas tanpa rasa belas kasihan. Keamanan untuk membela umat islam pada masa kini dilihat tiada lagi contohnya memperthankan hak asasi umat islam dan penularan keburukan imej islam melalui kartun.
Seterusnya kesan islamofabia kepada sosio-ekonomi negara islam. Islamofabia juga memberikan kepada pembangunan sosio-ekonomi. Diskriminasi terhadap umat islam terutamanya juga mengancam kepada sektor perniagaan dua hala antara negara islam dan negara bukan islam. Sebagai contoh, negara muslin yang termiskin terdapat di negara Afrika yang mempunyai ramai rakyat kebuluran. Negara maju seperti Amerika Syarikat tidak memainkan peranan yang penting sebagai negara yang maju dalam dunia perniagaan. Pertubuhan negara islam perlu membantu dengan memberikan peluang dengan memrikan dana yang cukup bagi membolehkan negara muslim yang ditindas akan mendapat bergerak seiring dengan negara maju.
Akhir sekali. Sikap keterbukaan politik dan sosiolistik umat islam dengan masyarakat negara lain akan terbatas akibat daripada sifat mentaliti yang wujud dari ideologi Islamofabia. Keterlibatan politik dan sosiolistik terjadi apabila negara islam ingin melakukan persahabatan ataupun perjanjian dengan negara bukan islam. Sudah tentu perjalinan ini tidak akan berlaku sekiranya sesebuah negara tersebut mengamalkan sikap Islamofabia oleh sebab kebencian mereka terhadap umat islam itu sendiri. Contohnya ialah, perikatan kerjasama ekonomi eksport dan import sesuatu barangan ataupun bekalan bahan mentah seperti minyak sawit dan petroleum. Hal ini akan menyebabkan terbantutnya sistem peredaran politik dan sosiolistik umat islam untuk terus maju dalam membina negara mereka sendiri berasaskan panduan agama dalam perniagaan.



4.0 INISIATIF MEMBASMI PENULARAN ISLAMOFOBIA.
            Kejadian yang menggugat agama islam oleh tindakan segelintir masyarakat dengan melalui pelbagai cabang telah membawa keburukan kepada agama islam sejagat. Oleh itu sebagai negara Islam kita perlu membangun dengan menunjukkan sifat yang positif agar diterima agar masyarakat terus cekal dan bertabah di dalam dunia yang penuh dengan fitnah yang menimpa. Di luar negara contohnya mereka mengadakan forum melawan Islamofabia dan Rasisme (FAIR). Kewujudan forum ini adalah disebabkan di negara luar mereka memperingati hari Islamofabia dalam bentuk komedi dan secara keseluruhannya hal ini akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada penduduk yang bukan islam.
           
4.1 Peringkat Institusi.
            Pada permulaan, pihak pelajaran contohnya institusi-institusi yang ada di dalam Malaysia seperti Universiti Utara Malaysia boleh melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah Islamofabia ini di dalam kampus. Pihak tenaga pengajar boleh menerapkan kepada pelajar di luar negara contohnya pelajar dari negara China, Thailand, Libya, Korea, Thailand yang bukan islam boleh mengajar mereka tentang keharmonian negara Islam. Perkara yang diajar tentang keganasan oleh pihak luar sudah semestinya akan dapat ditangkis oleh pelajar bukan islam. Untuk menghapuskan lagi isu islamofabia ini di peringkat institusi pelajar dikehendaki tidak terpengaruh dengan media sosial. Selain itu mereka perlu memperkuatkan diri bahwa setiap agama mempunyai kebaikan dan keburukan. Ancaman daripada pihak media sosial dapat di banteras oleh setiap golongan pelajar. Media sosial mestilah ditapis dengan memberikan sentimen- sentimen agama agar selaras dengan tahap pendidikan.


4.2 Peranan Negara Islam.
Islam sebagai agama samawi telah menjadi pusat perhatian dunia Barat  baik dari pelbagai sisi termasuklah dari bahagian politik, ekonomi dan sosial. Data statistik menunjukkan bahawa pemeluk agama Islam kian hari semakin bertambah. Bahkan di negara-negara barat ramai yang memeluk islam walaupun banyak perkara di media sosial yang hanya memalukan penganut islam dengan pelbagai acara. Selain itu semua negara Islam yang terbabit perlu mengambil tindakan secara keras untuk menentang perbuatan yang tidak sepatutunya dilakukan. Perbuatan yang dilakukan tesebut kerana sifat tidak puas hati mereka dengan agama islam. Agama islam berhak menegaskan hak asasi manusia, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia terutama bagi negara-negara islam.
Dengan membawa usul masalah yang dihadapi kepada pertubuhan Islam yang berpusat di Perancis diharapkan semua negara islam yang terlibat perlu mengambil langkah sewajarnya dengan menjaga rakyat islam dengan baik. Selain itu, semua negara juga dapat menjaga rakyat mereka daripada penularan dalam menghina agama seperti yang dilakukan oleh Carlie Hebdo tidak kira melakukan penghinaan dalam bentuk lukisan, perkataan dan video yang dilakukan bagi memburukkan agama lain. Malah dalam teknologi yang kita tahu sekarang mempunyai jurang tanpa sempadan yang sangat luas meliputi seluruh negara. Apabila sesuatu yang dilakukan akan dapat disebarkan dengan cepat kepada setiap penduduk di dunia ini. Jadi setiap negara boleh mengawasi penduduk mereka dengan mengawal jaringan internet tersebut daripada terus tersebar. Bagi masyarakat kelas minda pertama sudah pastinya mereka akan mengetahui perkara sebenar dengan lebih mudah tanpa ada bukti yang kukuh dalam menerima maklumat yang tidak sahih.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia boleh menubuhkan badan atau gerakan menangani dan memantau isu Islamophobia. Gerakan yang telah dilakukan oleh jabatan agama untuk memerangi isu islamofobia ini dinamakan sebagai "Malaysia Islamophobia Observatory" untuk diselaraskan dengan "OIC Islamofobia Observatory" dan seterusnya " United Nation Islamophobia Observatory ". Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah muslim, Malaysia juga harus lebih banyak menegakkan forum-forum untuk membela Islam dan menyokong Islam dan menyeru masyarakat agar segera menjauhi Islamophobia agar dunia menjadi aman dan damai. Malaysia juga perlu menyusun strategi yang tepat untuk membentuk forum menghapuskan Islamofobia dari kehidupan masyarakat yang membenci muslim. Maka dari itu perlunya ada sokongan yang kuat daripada kerajaan Malaysia dalam memerangi Islamofobia.
Semua pihak agensi kerajaan, pendakwah, pemimpin dan jentera dakwah Islam secara sistematik lagi efektif meningkatkan lagi usaha serta strategi memperjelaskan imej Islam sebenar kepada masyarat bukan Islam secara lebih proaktif dan berkesan bagi memastikan objektif dan visi dakwah tercapai. Golongan pendakwah dan pemimpin politik perlu turun padang dan mendekati golongan bukan Islam lebih kerap. Di negara kita misalnya terdapat berbilang kaum dan agama. Pendekatan secara berdailog dan bertemu secara langsung dengan penganut agama lain bagi memperbetulkan tanggapan salah serta persepsi negatif mereka terhadap amalan Islam adalah cara yang akan memberi kesan positif bagi memastikan masyarakat bukan Islam betul-betul faham perspektif Islam secara tepat. Ia boleh digunakan sebagai prasyarat misi memperbetulkan prasangka buruk masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. Golongan agama dan umat Islam khususnya di Negara kita juga tidak boleh tidur lena dan berasa selesa denga apa yang berlaku.  Mereka mesti melakukan sesuatu bagi memastikan gambaran dan ajaran Islam yangn komprehensif sampai kepada masyarakat bukan Islam denga penuh hikmah dan di fahami secara keseluruhannya. Contohnya melakukan penerangan secara langsung kepada kenalan di pejabat, sekolah ataupun di alam siber.

4.3 Negara Malaysia
Sehubungan dengan itu negara Malaysia perlu mengambil pendekatan dalam membanteras kegiatan yang tidak bermoral seperti penghinaan dalam agama. Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman telah menyeru kepada pembentukan "Gerakan Global Moden" untuk melawan islamofobia di serata penjuru dunia. Dengan ini keseimbangan antara agama Islam dan agama lain dapat dipereratkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, masalah menjadi serius apabila propaganda menjadi lebih efektif terhadap orang yang mengalami islamofabia. Situasi ini terjadi kerana pengaruh media sosial yang kuat dan mereka tidak mahu menggunakannya untuk membetulkan semula fahaman islam yang sebenarnya dengan menggunakan media sosial.
 Pemimpin perlu kerap untuk mengadakan forum berdialog dengan ahli pemimpin agama lain. Forum secara terbuka akan mendapatkan sefahaman antara dua agama yang berbeza. Dengan peningkatan fenomena Islamophobia dikalangan masyarakat barat dan dunia keseluruhannya yang semakin meruncing, umat Islam perlu bersatu dan mempunyai misi besar bagi mengurangkan salah faham dan pandangan negatif terhadap Islam. Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh  perlu berperanan menyumbang dari segi perlaksanaan kefahaman kepada masyarakat dunia dengan menekankan konsep serta perspektif ajaran Islam sebenar secara holistik yang membawa nilai sejagat selari dengan konsep permodenan serta progresif, selain menjamin hak bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam. Contoh nilai sejagat adalah membawa nilai-nilai kemanusiaan, hormat menghormati, bertolak ansur terhadap sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan agama yang di anuti. Menerima kebebasan hidup beragama tanpa menyisihkan hak dan mengelak provikasi terhadap agama lain. Mengamalkan syariat Islam secara komprehensif dalam kehidupan seharian adalah aspirasi setiap umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Dengan ini ia dapat menunjukkan contoh Islam sentiasa menuntut semua umatnya saling hormat menghormati.

4.4 Media.
            Pada masa kini Islamofabia muncul disebabkan oleh peranan media barat yang berjaya mempengaruhi penduduk dunia. Sebahagian media barat telah berjaya mempengaruhi sampai ke dunia maya yang sering disebut sebagai Jenayah Siber. Dalam hal ini, islam telah dianggap penjahat atau pengganas di mata dunia sehingga Islam difahami sebagai agama yang anti kemanusiaan. Media seharusnya memainkan peranan untuk membuat perdamaian antara umat manusia bukan untuk memecahkan perpaduan umat dunia pada masa kini. Para pemimpin perlu menjelaskan Islam dengan secara terang dan logik bahawa islam adalah agama yang anti-keganasan. Selain itu, Islam adalah agama yang damai, menghormati dan menghargai manusia tanpa memandang latar belakang agama, suku, ras, bangsa dan negara. Penjelasan ini sangat dititikberatkan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat. Peranan media massa dalam menyampaikan maklumat adalah sangat penting terhadap sesuatu maklumat yang sahih. Dengan teknologi ICT yang ada pada ketika ini serta kecanggihan internet memungkinkan Islam di terjemahkan dan erti sebenar Islamophobia dapat di sampaikan secara lebih efektif contohnya melalui laman sosial interaktif popular ketika ini seperti laman web, Blog, Facebook, Youtube  dan Tweeters sebagai medium utama dakwah yang kontemporari di samping medium sedia ada seperti media cetak dan elektronik.


KESIMPULAN.
            Jelaslah pada masa sekarang isu Islammofabia ini semakin meningkat di kalangan penduduk luar negara mahupun di dalam negara. Isu ini dapat dilihat dengan sesetengah negara mengharamkan pemakaian tudung di khalayak ramai kerana akan meningkatkan kebencian kepada masyarakat sekeliling terutamanya di Amerika Syarikat. Kaum perempuan muslim ditindas dengan sekejamnya tanpa menghiraukan hak asasi manusia. Bagi kaum lelaki pula mereka tidak mendapat kemudahan untuk bersolat sekiranya bekerja di luar negara. Ruang solat tidak disediakan jadi mereka terpaksa solat di merata tempat di dalam bangunan. Hal ini terjadi kerana kebencian agama lain untuk memburukkan agama islam melalui pelbagai cara melalai jaringan laman sesawang khusunya You Tube dan Facebook.
            Tindakan yang telah terjadi juga lebih dasyat kepada negara islam di Palestin dimana mereka telah dianggap negara pengganas kerana menubuhkan gerakan Isis, Taliban dan Al-Qaeda yang telah merobohkan bangunan tanpa ada bukti yang kukuh. Jadi tidak hairanlah jika Malaysia pada satu hari akan dianggap negara yang kejam jika melakukan hukum Hudud seperti yang diasaskan di negara islam seperti negara Brunei. Golongan media barat akan bertindak untuk memutarkan belit cerita agar semua negara akan berpandang serong terhadap agama islam. Tindakan ahli-ahli agama seperti tokoh Dr. Zakir Naik adalah seorag yang berpengaruh dan beliau merupakan satu contoh yang baik dalam menegakkan agama islam dan menerangkan sepenuhnya tentang agama islam dan perbandingan dengan agama lain yang dianggap telah menyeleweng dari tuntutan kitab mereka yang diubah oleh pihak gereja. Kegiatan forum yang dilakukan di seluruh negara telah mendapat sokongan daripada seluruh negara sehinggakan negara Malaysia juga adalah salah satu negara yang menerima kedatangan Dr. Zakir Naik untuk berdakwah di Malaysia. Oleh itu, semua golongan masyarakat tidak kira agama perlu menerima maklumat yang sahih dalam isu sebenar dan tidak patut untuk menerima sebulat-bulatnya perkara yang didedahkan oleh pihak yang tidak bertanggugjawab. Perbuatan seperti menghina agama lain terutamanya agama islam perlu ditentang dengan sekeras-kerasnya agar mereka takut dengan kesalahan yang mereka buat dalam memutar belitkan isu yang sebenar.

















RUJUKAN.
Diana Kendall, January 1, 2001, Sosiology in Our Times 9th Edition, Wadsworth Publishing,
 8 edition.
Douglas Harper (2006) . "Islam"Online Etymology Dictionary. Sumber
Dr. Yusuf Al Qaradhawy, 2009. Agama dan Politik Islam, Wawasan ideal dan
menyanggah kekeliruan pemikiran Sekular – Liberal, halaman 205.
Faliq, A. (Ed.). (2010). Islamophobia and Anti-Muslim Hatred: Causes and Remedies.
 The Arches, 4 (7).
Ibid, nota kuliah halaman 3.
Ingrid Ramberg. (2004). Islamophobia and Its Consequences on Young People,
Seminar Report. Hungary: Council of Europe.
Islam pos September 22, 2012, diperoleh
MLA style: "Kofi Annan - Biographical". Nobelprize.org. Nobel Media AB 2014. Web.
The Pew Forum on Religion and Public Life (2009). Views of Religious Similarities
and Differences: Muslims Widely Seen as Facing Discrimination.




Zulhilmi paidi, Rohaini Ab Ghani, Mohammad Idris Saleh, Islami Yusoff, Jazliza
Jamaluddin, 2011, Bab 3 Kolonialisme ms 59. Diterbitkan oleh Pearson Malaysia Sdn Bhd Level 1, Tower 2A, Avenue 5 Bangsar South, No 8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Malaysia.
Zulkifli hasan, October 5, 2013, Memahami isu islamophobia : Antara Persepsi dan Realiti.





Comments