DEFINISI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Kata tradisional berasal dari kata tradisi yang secara etimologis istilah ini berasal dari kata latin "traditum" yang artinya diteruskan (transmitted) dari masa lalu ke masa sekarang. Masyarakat tradisional adalah masyarakat yang menjunjung tinggi leluhurnya dan memegang teguh adat istiadatnya. Pada umumnya masyarakat tradisional adalah masyarakat yang memiliki pandangan bahwa melaksanakan warisan nenek moyangnya yang berupa nilai-nilai hidup, norma, harapan, cita-cita, serta merupakan kewajiban dan kebanggaan. Melaksanakan tradisi leluhur bererti menjaga keharmonian masyarakat, namun sebaliknya apabila melanggar tradisi bererti dapat merosakkan keharmonian masyarakat.

Istilah tradisi juga sering dikaitkan dengan pelbagai perkara yang bersifat asal, lama, teradat, diamalkan sejak turun-temurun dan seumpamanya (Zulhilmi, 2010). Masyarakat tradisi pula merupakan masyarakat atau kelompok manusia yang hidup dalam nilai-nilai lama dan kehidupan mereka sangat terikat dengan budaya dan adat resam setempat. Walaupun pengertian masyarakat tradisi dikaitkan dengan kehidupan masyarakat yang terpinggir, pencapaian teknologi yang rendah dan terdiri daripada kumpulan manusia yang menghuni kawasan-kawasan tanah tinggi sebagaimana yang dinyatakan oleh Marshall (1998), masyarakat pada zaman tersebut merupakan kelompok yang telah mempunyai sistem politik, ekonomi dan sosial yang lengkap boleh dicirikan sebagai telah maju dalam erti kata pencapaian  masyarakat pada zaman tersebut. Faktor sejarah dan kebolehan mengadaptasikan diri dengan perubahan telah menyebabkan Bangsa Melayu berjaya membentuk Tamadun Melayu berbanding dengan kumpulan terawal lain.

Masyarakat secara umumnya ditafsirkan sebagai sekumpulan manusia yang hidup dalam satu kelompok, saling berinteraksi dan mengamalkan nilai hidup yang sama (Zulhilmi, 2010). Terdapat pandangan tentang maksud masyarakat yang merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama dan menggunakan satu sistem peraturan yang seragam bagi mencapai matlamat yang sama. (Ismail, 2003). Para ahli antropologi pula selalu merujuk masyarakat kepada kumpulan manusia yang buta huruf, menghasilkan pengeluaran sendiri, mempunyai adat-istiadat, mempunyai tempat tinggal khusus dan mempertahankan peraturan sosial. Koentjaraningrat (1970), berpandangan bahawa masyarakat adalah sebuah kesatuan hidup makhluk-makhluk manusia yang terikat oleh satu sistem adat-istiadat yang tertentu.













PENDAHULUAN
Apabila membincangkan atau mengambarkan masyarakat Melayu Tradisional, ianya tidak boleh dipisahkan dengan kemasyarakatan atau titik tolak permulaan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dimana, pada zaman itu merupakan zaman kegemilangan dan pembangunan struktur pentadbiran, perdagangan, dan kehidupan masyarakat kerajaan Melayu Melaka. Menurut Janes Lowe, 1820 telah berpendapat bahawa Semenanjung Tanah Melayu pernah terbahagi kepada dua iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, terdapat beberapa buah negeri yang mengusahakan ekonomi pertanian seperti negeri-negeri Kedah, Perak Patani, dan Terengganu. Janes Low tidak menyatakan negeri-negeri yang terlibat dalam ekonomi perdagangan. Akan tetapi, pada kurun ke-19, kegiatan utama masyarakat Melayu adalah pertanian iaitu penanaman padi huma dan padi sawah.
2.1 ASAL USUL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Orang Melayu Asli atau orang Melayu Persisir berhijrah dari Yunan ke Tanah Melayu pada penghujung zaman Gangsa Besi (300 SM). Kumpulan pendatang ini dikenali sebagai orang ‘Deutro-Malaya’ dan mereka ini berketuranan bangsa Mongol yang tergolong dalam bangsa Austronesia. Golongan ini memulakan perpindahan dari Yunan melalui lautan Asia Tenggara ke Filipina dan Timur Indonesia lalu tiba ke Borneo sebelum tibanya di Tanah Melayu.




Dari aspek arkeologi pula membuktikan bahawa sebelum terjadinya zaman Batu, semua kawasan Nusantara bercantum. Pada zaman ini, migrasi telah dilakukan oleh masyarakat sebelum kejadian perubahan iklim berlaku yang mengakibatkan Nusatara itu berpecah. Semasa zaman Neolitik (2500 SM), manusia yang dikenali sebagai Proto-Malaya dan Mongolid Indonesia telah wujud di Nusantara sebelum kehadiran kumpulan ‘Deutro-Malaya’
Kajian ini dikuatkan lagi dengan fakta daripada sejarah Melayu di Nusantara seperti Kerajaan Srivijaya pada abad ke-5, kerajaan Majapahit pada abad ke-14, dan Kerajaan Melaka pada abad ke-15. Kerajaan ini ditadbir oleh orang Melayu iaitu penduduk asal Nusantara. Oleh itu, masyarakat Melayu bukan sahaja bertempat di Tanah Melayu, malahan terletak di seluruh Nusantara.
2.2 LATAR BELAKANG
     Sejarah pertapakan institusi beraja dalam masyarakat Melayu mempunyai perkaitan dengan pengaruh agama Hindu-Buddha. Institusi beraja tersebut telah menerima pengaruh daripada agama tersebut yang meliputi aspek politik dan sosial orang-orang Melayu (Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa, 2011). Namun demikian, pengaruh Hindu-Buddha tersebut perlahan-lahan lenyap setelah kemunculan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Hasilnya, semua negeri di Tanah Melayu telah menerima dan mengamalkan ajaran Islam dalam sistem pemerintahan beraja yang ternyata amat berbeza konsepnya dengan agama Hindu-Buddha.




SISTEM BERAJA DAN RAKYAT

3.1 DEFINISI

Sistem pemerintahan beraja merupakan sebuah kerajaan monarki yang kuasa negaranya terletak di tangan seorang raja ( Peter Johnson, 1996 ) .Raja, ratu atau maharaja mempunyai hak untuk memerintah seumur hidup dan hak tersebut adalah hak turun-temurun. Dalam pada itu, monarki terbahagi kepada dua, iaitu monarki mutlak dan monarki berperlembagaan. Monarki mutlak merujuk kepada sesebuah kerajaan yang mana seorang raja mempunyai kuasa politik yang tidak terbatas untuk memerintah negaranya. Dalam bentuk kerajaan ini, raja memegang semua kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. Setiap undang-undang tersebut berada di bawah kekuasaan dan kelulusannya serta raja adalah sumber kedaulatan. Seterusnya, monarki berperlembagaan pula merujuk sesebuah kerajaan yang mana kuasa raja ditetapkan oleh perlembagaan. Raja yang merupakan ketua negara dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawabnya berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perlembagaan. Dengan kata lain, raja berperlembagaan perlu berkongsi kuasa kerajaan dengan wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.

     Selain itu, Ali ( 1977 ) telah menyatakan bahawa pemerintah kerajaan Melayu berbentuk feudal kerana tidak mementingkan pandangan dan hak rakyat  (Zulhilmi Paidi, 2011). Dari segi teori, dalam sistem politik yang mengamalkan sistem feudal, raja terletak di puncak kuasa. Baginda memiliki dua unsur utama iaitu kuasa dan wibawa.  Di samping itu, sistem beraja dan



rakyat merupakan sebuah sistem yang mempunyai perkaitan dengan konsep daulat ( Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1971 ). Menurut beliau, konsep daulat yang mendasari unsur spiritual terhadap kemuliaan dan kedaulatan raja merupakan kualiti yang dimiliki oleh raja-raja ataupun sultan Melayu. Dari segi undang-undang, daulat telah meletakkan kuasa raja-raja Melayu sebagai paling unggul yang bersesuaian dengan kedudukan raja dalam hierarki dalam kelas sosial masyarakat Melayu tradisi. Tambahan pula, konsep daulat amat menuntut kesetiaan yang penuh daripada rakyat jelata terhadap raja dan rakyat dilarang sama sekali untuk bertindak derhaka kepada raja dan kerajaan.
 
3.2 LATAR BELAKANG   

Sejarah pertapakan institusi beraja dalam masyarakat Melayu mempunyai perkaitan dengan pengaruh agama Hindu-Buddha. Institusi beraja tersebut telah menerima pengaruh daripada agama tersebut yang meliputi aspek politik dan sosial orang-orang Melayu  (Zulhilmi Paidi, 2011). Namun demikian, pengaruh Hindu-Buddha tersebut perlahan-lahan lenyap setelah kemunculan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Hasilnya, semua negeri di Tanah Melayu telah menerima dan mengamalkan ajaran Islam dalam sistem pemerintahan beraja yang ternyata amat berbeza konsepnya dengan agama Hindu-Buddha.







3.3 KONSEP

     Sistem pemerintahan beraja memperlihatkan sultan atau raja sebagai punca kewibawaan dalam sistem politik tradisional ( Khoo Kay Kim, 1972 ). Sultan atau raja merupakan pemerintah tertinggi dan Islam turut menyifatkan sultan sebagai Khalifah Allah di muka bumi serta menjadi pelindung agama Islam  (Zulhilmi Paidi, 2011) . Oleh hal yang demikian, konsep daulat sultan atau raja ini meliputi pelbagai aspek iaitu undang-undang, kebudayaan dan agama. Zainal Abidin bin Abdul Wahid  ( 1977 ) telah menegaskan, kedaulatan sultan atau raja dapat dilihat melalui alat-alat kebesaran diraja iaitu mahkota,keris,pedang,lembing dan cop mohor. Alat-alat kebesaran tersebut penting dalam upacara pertabalan seseorang sultan atau raja yang ingin mewarisi takhta pemerintahan. Selain itu sultan atau raja turut mempunyai ungkapan-ungkapan khusus yang tidak boleh digunakan oleh rakyat jelata. Contohnya, “ santap “, “ beradu “, “ bersiram” dan “ berangkat “.Tambahan lagi, dalam Hukum Kanun Melaka, warna kuning pula merupakan warna khas bagi golongan keluarga diraja sahaja.

Seterusnya, daulat turut berkait rapat dengan konsep derhaka. Rakyat jelata dilarang sama sekali untuk bertindak menderhaka kepada sultan atau raja kerana perbuatan akan mengundang tulah dosa yang berat ( Cheah Boon Kheng, 1985 ). Sebagai contoh, Sang Rajuna Tapa dan keluarganya telah bertukar menjadi batu setelah membelot kepada raja Singapura sehingga mengakibatkan negeri tersebut jatuh ke tangan Majapahit. Hal ini membuktikan seseorang sultan atau raja tersebut seolah-olah mempunyai keagungan yang boleh menyebabkan rakyat jelata mendapat bala bencana sekiranya bertindak derhaka kepada pemerintah.


3.4 KEPENTINGAN SISTEM BERAJA

     Sistem beraja yang kebanyakannya masih diamalkan di beberapa buah negara sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Yang di-pertuan Agong merupakan ketua utama negara. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja.

     Sistem beraja dan rakyat yang diamalkan ini mampu untuk menjadikan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia bertambah kukuh sekali gus dapat mengelakkan perbalahan antara kaum. Seperti sedia maklum, perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sememangnya membuktikan bahawa sistem beraja yang diamalkan sejak sekian dahulu tidak sekadar sia-sia. Hal ini demikian kerana, taat setia rakyat Malaysia hanya berfokus kepada raja yang berperanan sebagai ketua dalam negara. Secara tidak langsung, sifat hormat-menghormati antara kaum yang berbilang kaum ini begitu kukuh.

     Seterusnya, sistem beraja dan rakyat ini mampu untuk melindungi hak asasi rakyat serta mewujudkan kecekapan pemerintahan di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa sistem ini memainkan peranan penting dalam menjaga hak asasi setiap masyarakat Malaysia tanpa mengira sebagai ideologi atau sebagainya. Secara tidak langsung, situasi ini akan menjadikan corak pemerintahan di negara Malaysia bertambah sistematik seiring dengan negara maju yang lain. Pengasingan kuasa yang telah wujud sejak sekian lama juga dapat mengurangkan bebanan tugas badan pemerintahan di negara kita.

Tonggak negara dan ketua utama negara merupakan simbol ketuhan dan perpaduan rakyat di negara ini. Konsep berpelembagaan pula berperanan mengehadkan kebebasan sultan daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Hal ini bermaksud sultan tidak lepas dari tindakan undang-undang sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan.

Sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara sejak merdeka sebenarnya terbukti berkesan kerana telah berjaya mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Institusi beraja merupakan teras asas yang mendasari sistem tersebut sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.   

Peranan raja yang berada di atas politik kepartian telah menyumbang secara tuntas kearah proses penyatupaduan rakyat majmuk dan pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya. Ia juga menyediakan landasan yang kukuh kemarah pencapaian wawasan nasional untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Sistem pemerintahan sedia ada juga membantu pembangunan secara terancang dan tersusun dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat kearah satu tingkat sosial yang lebih tinggi dan maju.
 
Rakyat seharusnya berbangga kerana institusi beraja di Malaysia terus berfungsi sebagai payung kepada rakyat apabila terdapat banyak negara yang tidak mengekalkan kedaulatan raja pada arus kemodenan ini. Malaysia juga telah membuktikan bahawa sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen adalah sistem pemerintahan yang efisien dan progresif kerana ia telah menggabungkan barisan kepimpinan negara yang menjunjung aspirasi rakyat.


SISTEM PENTADBIRAN YANG MASIH DIGUNA PAKAI SEHINGGA HARI INI.
Pada dasarnya sistem pentadbiran Malaysia dahulu terbentuk hasil daripada dasar Malayan Union yang telah diperkenalkan pada 4 April 1946 di Tanah Melayu oleh Parti Buruh Britain. Dengan wujudnya dasar Malayan Union ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk terutama masyarakat melayu dengan sikap British yang angkuh dan bertindak sesuka hati dalam mewujudkan pentadbiran baru di Tanah Melayu. Secara tidak langsung, dasar Malayan Union itu sendiri yang telah menyebabkan orang Melayu hilang sabar dan tercabar apabila kedaulatan raja-raja dan maruah bangsa diperkotak-katikan oleh bangsa asing. Oleh sebab itu, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk iaitu suruhanjaya Reid untuk mengkaji dan memperkenalkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan untuk mencapai kemerdekaan.
Negara kita iaitu Malaysia telah merdeka selama 59 tahun apabila negara kita telah diisytiharkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh keramat bagi masyarakat di Malaysia yang merupakan tarikh kemerdekaan dan wujudnya pemerintahan baharu  iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Walau bagaimanapun, sistem pentadbiran masyarakat melayu tradisional yang dulunya diamalkan masih lagi digunakan sehingga sekarang tetapi mempunyai beberapa perubahan yang telah dilakukan dan telah wujudnya tiga badan utama dalam pentadbiran di Malaysia iaitu (Badan Perundangan, Badan Legislatif dan Badan Kehakiman). Dalam setiap badan tersebut diketuai oleh ‘Yang Dipertuan Agong’. Antara sistem yang masih diamalkan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Kampung.



4.1 PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI.
Di peringkat negeri, sultan merupakan ketua atau pemerintah yang tertinggi dalam hierarki dan mempunyai kuasa dalam negeri yang mereka perintah. Di Malaysia terdapat ‘sembilan buah Negeri’ yang mempunyai raja atau sultan contohnya; (Johor, Perak, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang, dan Negeri Sembilan). Dalam hal ini, di Negeri Sembilan paling unik berbanding negeri-negeri beraja yang lain. Rajanya tidak dipanggil sultan atau raja, sebaliknya digelar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dahulunya raja/sultan mempunyai kuasa mutlak dalam bidang ekonomi, politik dan sosial tetapi semasa dalam jajahan British, kuasa Raja telah dihapuskan sedikit demi sedikit sehinggalah Raja hanya berkuasa dalam beberapa bahagian pentadbiran sahaja. Keadaan ini berterusan sehingga kini. Walaupun Raja-raja  masih memerintah di dalam negeri masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang diperuntukkan adalah terhad dan terdapat  perubahan berbanding pada zaman dahulu. Hal ini dapat dilihat dari segi Politik, Ekonomi, dan Sosial.
4.1.1 POLITIK
            Pada dahulunya raja atau sultan ini mempunyai kuasa yang mutlak dalam negeri mereka naungi. Hal ini menunjukkan bahawa raja atau sultan ini merupakan ketua kerajaan dan perintah atau kata-kata yang dikeluarkan oleh raja atau sultan ini merupakan sesuatu undang-undang. Sultan juga merupakan ketua tentera dan mempunyai kuasa dalam menentukan hubungan diplomatik. Dalam hal ini berbeza dengan sistem yang diamalkan sekarang. Hal ini kerana, raja atau sultan telah kehilangan kuasa dalam pentadbiran negeri. Jelaslah bahawa kuasa mutlak raja atau sultan telah dihapuskan dan hanya mengamalkan raja berpelembagaan. Dalam hal ini, raja atau sultan di sesebuah negeri bertindak menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Sultan/raja juga tidak mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang.
4.1.2 EKONOMI
            Dalam bidang ekonomi pula, dahulu raja atau sultan ini mempunyai kuasa yang mutlak ke atas sumber ekonomi yang ada di negeri merek. Raja atau sultan berkuasa dalam perdagangan, hasil pertanian dan cukai. Hal ini berbeza dengan sistem yang diamalkan sekarang. Dalam sistem pentadbiran sekarang raja atau sultan tidak lagi mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi. Hal ini kerana urusan percukaian dan perdagangan atau eksport dan import telah berada di bawah kuasa Badan Eksekutif.
4.1.3 SOSIAL
            Dalam bidang sosial pula merupakan salah satu bidang yang tidak banyak berubah terhadap peranan raja atau sultan berbanding bidang ekonomi dan politik. Raja atau sultan masih lagi dianggap sebagai lambang perpaduan yang juga merupakan sebagai simbol bagi penyatuan rakyat. Raja atau sultan juga bertindak sebagai ketua agama islam dan adat istiadat melayu dalam setiap negeri. Dalam pentadbiran sekarang, raja atau  sultan juga mempunyai kuasa dalam menjaga kedudukan orang melayu yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan. Dalam bidang sosial juga, masih lagi wujud daulat yang juga telah meletakkan kedudukan raja atau sultan ini tertinggi dalam hierarki.
4.1.4 YANG DI-PERTUAN AGONG
Tambahan pula, Suruhanjaya Reid juga telah memperkenalkan atau mewujudkan gelaran ‘Yang Dipertuan Agong’ (YDPA) pada Ogos 1957. Hal ini adalah untuk memastikan institusi Raja-Raja Melayu tidak dihapuskan dan terus kekal. Secara amnya, Yang dipertuan Agong merupakan ketua Negara yang dipilih menerusi Majlis Raja-raja yang terdiri daripada raja atau sultan di setiap Sembilan negeri tersebut. Setiap raja atau sultan itu mempunyai peluang untuk menjadi Yang Dipertuan Agong dalam tempoh lima tahun yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Yang Dipertuan Agong merupakan ketua dalam tiga badan utama dalam pentadbiran negara iaitu, Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Dalam hal ini, yang dipertuan agong bertindak sebagai penasihat Perdana Menteri dan Jemaah menteri. Selain itu, Yang Di-Pertuan Agung juga merupakan ketua bagi Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan merupakan ketua agama Islam di peringkat persekutuan. Manakala raja atau sultan merupakan ketua agama islam di setiap negeri masing-masing. Yang Di-Pertuan Agung juga berkuasa dalam mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri. (Chee Khoon. T. 1985)
Kesimpulannya, apa yang dapat kita lihat adalah dengan kemasukan British ke Tanah Melayu telah menyebabkan peranan atau kuasa raja atau sultan ini berkurang. Hal ini menunjukkan bahawa kuasa raja atau sultan hanya banyak tertumpu kepada bidang sosial iaitu ke arah perpaduan berbanding dengan bidang ekonomi dan politik. Hal ini jelaslah bahawa, raja atau sultan merupakan unsur utama yang penting dalam menyatukan perpaduan negara sehingga ke hari ini.









4.2 PENTADBIRAN PERINGKAT DAERAH.
Dalam pentadbiran di daerah pula pada zaman pentadbiran tradisional masyarakat zaman dahulu telah menggunakan pembesar dalam sistem pemerintahan di bawah sultan bagi mentadbir negeri masing-masing mengikut pengkhususan kerja yang diagihkan. Pembesar empat lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan penghulu bendahari telah dibantu oleh pembesar 16, pembesar 32 dan pembesar 64. Pada zaman moden sekarang lebih dikhususkan menjadi kabinet, kementerian dan jabatan mengikut sistem berpelembagaan. Jawatan ini sama fungsinya dengan Jabatan Daerah yang ada di setiap negeri Malaysia.
Bendahara dan Perdana Menteri mempunyai peranan kerja yang seakan sama dalam pentadbiran tugas mengawal negara. Pentadbiran pada zaman dahulu bendahara merupakan menteri utama dalam pentadbiran dalam negeri contohnya Melaka. Selain menasihati raja beliau juga menjaga alat-alat kebesaran raja. Pada zaman sekarang Perdana Menteri tidak lagi menjaga alat kebesaran raja kerana mengikut perlembagaan Perdana Menteri mempunyai bidang kuasa terhad atau dikurangkan kuasa dalam mentadbir negara. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agung. Beliau juga boleh memecat ahli-ahli kabinet yang lain mengikut kuasa yang ada. Salah satu kuasa yang masih sama diguna pakai dalam pentadbiran ialah Bendahara boleh menjatuhkan hukuman tanpa perintah raja manakala bagi Perdana Menteri pula lebih dikenali sebagai ‘Pregosatif Diraja’ dimana kuasanya eksekutifnya boleh diguna pakai tanpa kebenaran parlimen. Perdana Menteri Malaysia juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Dalam



Negeri dan Kementerian Kewangan. Untuk menjadi Bendahara perlu menjadi Penghulu Bendahari dan Temenggung terlebih dahulu, jawatan Bendahara adalah seperti seorang Perdana Menteri yang ada pada masa kini.
Temenggung pula dikenali sebagai Menteri Keselamatan dan bertanggungjawab melaksanakan peraturan dan keselamatan negeri terutamanya mengenai keselamatan. Beliau boleh menangkap orang yang bersalah, memasung atau membunuh dan menghukum mereka. Beliau juga akan menjaga keselamatan dalam negeri. Temenggung akan menentukan timbangan dan kes jenayah kecil. Kini, di Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjadi satu organisasi yang menjaga keamanan di dalam negara. Melalui kes-kes jenayah yang ada seperti rompakan. pembunuhan dapat dibendung bagi menjaga kesejahteraan masyarakat dalam memaju negara kearah negara moden. Tugas antara Temenggung dan Polis Diraja Malaysia tidak lebih kurangnya dalam menjaga rakyat dan negara serta melindungi orang-orang berkepentingan di dalam negara seperti Perdana Menteri dan kerabat diraja. Kini jawatan yang tertinggi dipegang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalannya Dato Sri Noor Rasyid bin Ibrahim. Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang dan konsep ‘Sedia Berkhidmat’ turut diperkenalkan.
Selain itu, jawatan dan institusi Laksamana merupakan tugas bagi menjaga kawasan perairan laut. Semasa pemerintahan Mansor Syah lagi jawatan ini telah diperkenalkan. Pemegang jawatan tersebut pada zaman dahulu dikenali sebagai Hang Tuah yang mempunyai semangat juang tinggi dan dikenali ramai dalam menentang penjenayah di lautan. Jawatan Laksamana ini kemudiannya bertukar menjadi lebih kompleks selepas perlembagaan negara ditubuhkan. Ia ditubuhkan bagi meluaskan lagi kerja dalam menjaga perairan laut seperti menjaga kawasan tasik, melindungi garisan laut dan mempunyai kenderaan seperti kapal selam dan sebagainya di bawah kuasa Menteri Pertahanan. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.
Akhir sekali, penghulu bendahari pada zaman dahulu dilantik dari kerabat yang mempunyai darah keturanan raja sahaja dalam menjaga hal ehwal kewangan. Tambahan lagi, Beliau juga menyimpan daftar hamba raja bertepatan dengan tugasnya sebagai ketua seluruh hamba. Kini di bawah penyeliaan Menteri Kewangan kerja penyelarasan kewangan negara dikawal bertujuan untuk mengurus pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara yang saksama antara rakyat. Kementerian ini wujud dua menteri yang bertanggungjawab, iaitu Menteri I Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri II Dato' Sri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Jelaslah bahawa pentadbiran pada zaman tradisional kini telah diubah dalam kawalan yang lebih luas bagi memudahkan pentadbiran negara pada masa kini tanpa memerlukan syarat-syarat yang dikehendaki seperti berketurunan raja sahaja tetapi memerlukan golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi bersesuaian dengan tugasan yang diberi.








4.3 PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG

Kampung merupakan unit politik terkecil, ditadbir oleh seorang penghulu atau penggawa kecuali Negeri Sembilan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, penghulu memainkan peranan sebagai orang perantaraan antara pembesar daerah dengan penduduk di kawasannya. Penghulu dilantik oleh raja dan mempunyai kuasa mutlak di peringkat mukim. Jawatan penghulu dipegang oleh seseorang yang memiliki sifat gagah, berani, berharta, serta berasal daripada kerabat atau keturunan pegawai istana. Sebelum kedatangan British, penghulu tidak diberi gaji atau elaun tertentu. Pendapatannya bergantung kepada hasil cukai yang dikutip daripada penduduk kampungnya, selain hasil daripada kebun atau ladang penghulu itu sendiri. Selepas kedatangan British, peranan penghulu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Residen British.
            Peranan institusi penghulu dalam masyarakat Melayu sebelum campur tangan British. Seseorang penghulu yang dilantik mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti menentu dan mengutip hasil cukai, mengurus dan mentadbir tanah, ketua adat dan agama Islam, Penghulu diberi kuasa mengadili perbalahan serta menjatuhkan hukuman atas kesalahan jenayah tertentu dan mengawal perjalanan keluar masuk di setiap jurusan perhubungan. Penghulu berkuasa penuh kepada anak buahnya. Kadangkala, penghulu diarah untuk membekal dan menyedia tenaga buruh kepada pembesar atau sultan bagi mengendalikan kerja-kerja membuat istana, membina jalan, mengerjakan sawah dan lain-lain. Penghulu juga bertanggungjawab untuk mengerah dan mengumpul rakyat bagi tujuan peperangan.
Penghulu juga berperanan memastikan seluruh penduduk kampung di bawah jagaannya memberi taat setia kepada sultan, di samping menjaga keselamatan kampung. Sebelum campur tangan British, penghulu berasal daripada kampungnya sendiri dan beliau dikenali ramai kerana bertugas di kalangan anggota keluarganya. Perlantikan penghulu secara turun temurun. Peranan institusi penghulu selepas campur tangan British. Pentadbiran British masih mengekalkan institusi penghulu. Penghulu menjadi wakil kerajaan di kampung-kampung mereka. Penghulu menjadi penghubung di antara pentadbiran British dengan rakyat.
Penghulu yang dilantik akan diberi surat kuasa yang dikeluarkan oleh sultan atas nasihat Residen British. Pada tahun 1882, Hugh Low selaku Residen British di Perak menerangkan tugas­tugas penghulu yang penting iaitu menjalankan semua undang-undang kerajaan di dalam mukim serta mengutip cukai dengan menyimpan 10% untuk penggunaan sendiri. Selain itu, penghulu akan memberikan tanah mati kepada pemohon, mendamaikan perkelahian antara anak buahnya, menjaga keselamatan, mengadili kesalahan-kesalahan yang kurang penting dan mendenda yang salah. Selepas tahun 1890, bidang kuasa penghulu adalah mengikut yang terdapat pada surat kuasa dan juga yang dibenarkan oleh undang-undang. Surat kuasa Perak dalam tahun 1890-an terbahagi kepada sembilan bahagian.
Penghulu diberi kuasa mengutip segala hasil, menahan orang yang bersalah, menyelesaikan aduan kecil, mendaftar penduduk di kawasannya dan memberi nasihat kepada anak buahnya. Selepas tahun 1874, penghulu menerima gaji tetapi masih ada beberapa sumber yang dahulu seperti sistem cabut. Mengikut Perak Order in Counsel, Penghulu boleh menerima 10% daripada cukai yang diterima oleh pejabat kastam atas bijih timah dan daerahnya. Penghulu ditempatkan mengikut kepentingan mukim. Jika Penghulu itu dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi, beliau mesti dipindahkan ke mukim yang lebih tinggi kedudukannya. Selepas tahun 1900, Penghulu telah dihantar ke daerah yang bukan daerah asalnya, namun begitu dasar ini tidak berjalan dengan lancar. Tugas-tugas penghulu diperluaskan lagi selepas tahun 1897, iaitu mengikut Undang-Undang Tanah 1903. Penghulu dirujuk sebagai saksi yang rasmi kepada semua tanda tangan. Penghulu juga menjalankan tugas tidak rasmi. Contohnya jika pegawai daripada luar datang ke kawasannya, penghulu bertanggungjawab mengurus dan melayan pegawai berkenaan sehingga selesai. Mahkamah Penghulu dibentuk bagi tujuan membicarakan kes-kes kecil yang dilakukan oleh rakyat di kawasannya.
Kedudukan institusi penghulu telah mengalami perubahan yang jelas selepas campur tangan British. Sumber kuasa penghulu datangnya dan tangan pegawai-pegawai British. Penghulu adalah kakitangan kerajaan yang bergaji tetap dan tertakluk di bawah undang-undang negeri. (Raja Muhammad Affendi (1978).
Kesimpulannya, Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik. Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Tetapi, setelah negara mencapai kemerdekaan, sistem pentadbiran di setiap peringkat telah diubahsuai dengan lebih mendalam dalam sistem pentadbiran dengan lebih sistematik agar negara Malaysia terus berkembang maju dalam mentadbir negara sendiri.













KESIMPULAN

            Secara umumnya masyarakat Melayu Tradisional merupakan masyarakat yang telah mempunyai sistem politik, ekonomi dan social yang teratur. Ia jelas dapat dilihat melalui beberapa contoh sistem politik dan kemasyarakatan Melayu Tradisional yang telah wujud seperti Kerajaan Melayu Melaka. Kegemilangannya telah menjadi mercu tanda kepada kejayaan masyarakat Melayu pada zaman tradisional. Namun begitu dengan kedatangan rejim penjajahan Inggeris ke Tanah Melayu telah membentuk satu pertembungan budaya antara budaya tradisional dengan budaya kolonial yang disifatkan sebagai moden di kalangan masyarakat melayu. Natijahnya, ia telah mengakibatkan kelunturan nilai-nilai tradisi dalam budaya tempatan. Walaubagaimanapun kedatangan penjajah juga telah membentuk penerusan dan membawa perubahan terhadap nilai-nilai tradisi tersebut sehingga ke hari ini.
















RUJUKAN

Chee Khoon. T. (1985) Sistem Beraja Malaysia, Pelanduk Publication.


Chong, D. , and Wang, HK. (2008), Pengajian Am Kertas 1, dasar sosial dan
     pentadbiran. halaman 231. Arah Pendidikan Sdn.Bhd.).

Deraman, M. (2012, Julai Khamis). Jendela Sejarah. Retrieved from http://jendelasejarahku.blogspot.my/: http://jendelasejarahku.blogspot.my/2012/07/nota-sistem-masyarakat-melayu.html

Raja Muhammad Affendi (1978) Sejarah Baru, Kuala Lumpur, Utusan Publication
     & Distributor.

Zulhilmi Paidi, R. A. (2010). Definisi Masyarakat Melayu Tradisional. UUM Sintok.

Zulhilmi Paidi, R. A. (2011). Mlaysia Pembinaan Negara dan Bangsa. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


Comments