PENGENALAN.

            Pentadbiran awam telah mengalami perubahan yang drastik di negara maju dan di negara yang sedang membangun. Masalah yang dihadapi oleh kerajaan amat komplek dalam mengurus negara untuk bersaing dengan negara maju dalam tadbir urus negara. Pembaharuan sektor awam direka dengan lebih statik bagi kepentingannya yang lebih luas agar bersesuaian dengan corak kepimpinan di sesebuah negara khususnya di Malaysia. Pentadbiran awam tradisional dilihat sebagai satu tadbir urus yang seragam dalam pentadbiran organisasi pada masa dahulu. Oleh itu, pentadbiran awam baru telah diperkenalkan kerana skop kerja yang sedikit longgar dalam pengurusan. Bagi negara yang sedang membangun ia amat sesuai untuk digunapakai dalam persekitaran global yang lebih luas dan kompleks. Sehubungan dengan itu, ia akan mendapat tindak balas yang jelas daripada pihak kerajaan dan kerjasama yang lebih erat antara agensi sektor awam di Malaysia. Menurut Wan Azmi Ramli bahawa pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, tanggungjawab, dan tugas-tugas kakitangannya itu. Peralihan pentadbiran awam lama kepada pentadbiran awam baru berlaku diantara tahun 1980 dan tahun 1990. (Dunleavy dan Hood, 1994; Denhardt and Denhardt, 2000; Osborne, 2006).









OBJEKTIF KAJIAN.

1. Mengkaji struktur pentadbiran awam lama yang dilakukan pada masa dahulu hingga    sekarang.
2. Mengenalpasti pembaharuan idea yang dilakukan dalam pengurusan awam baharu.
3. Mengkaji perkhidmatan awam baharu yang diberikan kepada rakyat di dalam       sesebuah negara.



















PENTADBIRAN AWAM LAMA.

Pendekatan pengurusan awam lama adalah berlandaskan kuasa dari atas ke bawah mengikut hierarki dalam organisasi. Ketua atau pemimpin akan menyelaraskan semua kerja kepada pekerja mereka yang berada di peringkat bawahan. Pentadbiran awam lama merupakan tadbir urus rakyat atau pengendalian urusan rakyat berasaskan model atau teori birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya diperkembangkan oleh Woodrow Wilson. Sistem ini mula digunakan pada abad ke 19 dalam organisasi kerana terdapat beberapa ciri yang utama iaitu pengawalan secara berpusat dalam organisasi, ketua akan menyelaraskan kerja kepada pekerja bawahan mengikut carta hierarki yang ada dalam sistem pentadbiran tersebut. Selain itu, pekerja juga perlu mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan. Model Birokrasi ini dianggap penting untuk memajukan perusahaan sama ada sektor kerajaan atau sektor swasta. Sistem pentadbiran awam lama dilihat telah berjaya pada suatu ketika dahulu dengan menggunakan prinsip Pengurusan Saintifik yang diasaskan Frederick Taylor. Sistem ini telah diperkenalkan semenjak tahun 1911 lagi dimana pada waktu itu merupakan kemuncak bagi kegemilangan revolusi perkilangan di Jerman. Teknik dan pengurusan beliau telah digunapakai di Amerika Syarikat dan di seluruh negara. Kejayaannya telah memberi impak yang positif kepada sistem pengurusan pada awal abad ke-20 yang menerangkan pengkhususan kerja.
            Pengawalan dalam pentadbiran awam lama terikat oleh undang-undang yang mengawal ketat tingkah laku pekerja dalam sesebuah organisasi. Ia juga dikenali sebagai “bureaucratic”. Pihak eksekutif akan memberikan arahan serta mempunyai jawatan yang tinggi. Oleh itu, setiap arahan yang dikeluarkan akan didengar oleh pekerja. Mereka akan lebih lebih suka berkerja jika pengurus dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap mereka. Peningkatan hubungan antara pekerja akan lebih terjalin diantara satu sama lain dan pembentukan kumpulan akan lebih senang. Pengumpulan idea secara kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam sesebuah organisasi dengan lebih cepat. Akauntabiliti dicapai dengan mengawal setiap tahap pelaksanaan oleh tahap yang lebih tinggi kawalannya. Jika dasar yang dikeluarkan tidak dijalankan, akauntabiliti boleh diberikan dengan memeriksa setiap peringkat proses pekerjaan. Dalam pentadbiran kerja perlu dimulakan dengan tindakan yang bijak dalam membuat keputusan dengan adanya perancangan, pengorganisasian, penstaffan, arahan, koordinasi, laporan, dan belanjawan agar menjadi lebih sistematik. Kelemahan model tradisional ini dalam pengawalan adalah maklumat agak lambat untuk disampaikan dan akan menyukarkan sesetengah pekerja mendengar arahan. Pekerja juga terikat dengan peraturan yang sedia ada dan ini akan membuatkan pekerja akan lupa misi dan visi syarikat kerana diawasi oleh majikan dan undang-undang yang dilaksanakan bagi penyelarasan untuk semua jabatan. Selain itu, pekerja juga disediakan merit untuk menandakan kebaikan dan keburukan semasa dalam pekerjaan. Sistem ini sangat membantu bagi pekerja yang ingin mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dalam kelas pekerjaan. Latar belakang pekerja juga akan diketahui oleh pihak atasan. Penglibatan pekerja dalam menyertai politik adalah tidak digalakan mungkin mengangu fokus dalam berkerja.  
Kesimpulannya, penyampaian dalam perkhidmatan awam lama ialah sistem perkhidmatan melalui agensi kerajaan dan pembentukannya juga ditumpukan kepada satu matlamat yang berorientasikan politik. Seterusnya, arahan yang diterima oleh pekerja bawahan akan dapat memingkatkan kecekapan, rasionaliti dan keseragaman dalam organisasi.










PENGURUSAN AWAM BARU.

            Pengurusan Awam Baru merupakan satu sistem yang telah dikemaskini dalam pentadbiran untuk menambah kecekapan sistem pentadbiran dengan mengurangkan kelemahan pentadbiran pada masa dahulu yang dikenali sebagai “Pengurusan Awam Lama”. Ia juga dikenali sebagai “ Entrepreneurial Government “ yang mementingkan kecekapan, kebersanan dan meningkatkan prestasi ekonomi. Pada tahun 1990 lagi pengurusan awam baru telah berkembang dan telah digunapakai di negara-negara maju seperti di New Zealand, Amerika dan Kanada kemudian dipraktikkan ke negara yang sedang membangun contohnya di Malaysia.
Pengurusan Awam Baru ini terbentuk kerana terdapat berbagai permasalahan yang tidak dapat diatasi oleh Kerajaan untuk menjaga sistem pentadbiran yang seiring dengan keadaan semasa yang berlaku pada ketika dahulu. Masalah pekerja sering dilihat sebagai seorang yang tidak produktif dalam pekerjaan dan tidak mempunyai inovasi dalam membuat kerja. Sistem kerajaan juga lembab dalam mentadbir dan seterusnya tiada hubungan antara pekerja. Pengurus juga tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Setelah berlakunya perubahan kepada sistem Pentadbiran Awam Baru ini pengurus di dalam sektor awam dilihat mempunyai sedikit kelonggaran dalam membuat keputusan dan mampu mempercepatkan lagi memberi perkhidmatan kepada rakyat. Pentadbir diberi kuasa dalam mentadbir. Pembaharuan yang dilakukan meliputi struktur, sistem dan pendekatan yang hendak dilaksanakan oleh organisasi. Pembaharuan ini dibentuk kerana berpandukan keadaan semasa yang selaras dengan matlamat pembangunan negara. Kecekapan dan kebersanan para pengawai dan kakitangan Kerajaan dalam melaksanakan kerja dengan mencapai piawaian kerja setimpal dengan usaha yang dilakukan.




            Konsep pengurusan awam baru ini meliputi 7 perkara iaitu pengurusan professional di sektor awam, mewujudkan standard kerja dan ukuran tenaga kerja di sektor awam, penekanan yang lebih besar terhadap pengendalian “output” dan “outcome”, pembahagian unit-unit kerja di dalam sektor awam, menciptakan persainagn antara sektor awam dan sektor swasta, mengadaptasikan gaya pengurusan di sektor perniagaan ke dalam sektor awam dan penekanan pada disiplin dan perkhidmatan yang lebih besar dalam menggunakan sumber tenaga kerja. Penerapan konsep pengurusan awam baru ini telah menyebabkan terjadinya perubahan dalam pengurusan sektor awam yang drastik dari sistem pengurusan yang kaku dan yang berasaskan birokratik dan seterusnya menjadi model pengurusan awam yang fleksibel hasil daripada perubahan tersebut. Penerapan konsep pengurusan awam baru dapat dipandang sebagai satu bentuk modenisasi atau reformasi pengurusan dan pentadbiran awam. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan pemerintah terutamanya dalam hal hubungan antara pemerintah yang lebih dikenali sebagai kerajaan dengan masyarakat.
            Kesimpulannya, Pentadbiran awam baru dilihat sebagai pembaharuan yang digunakan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam oleh kerajaan.











PERKHIDMATAN AWAM BARU.
            Komuniti masyarakat dan organisasi mempunyai satu hubungan yang rapat untuk membuat satu jalinan perkhidmatan awam baru. Masalah yang ada ini pihak kerajaan akan berusaha untuk mengatasi masalah penstrukturan semula dengan lebih berkesan. Kepentingan awam adalah hasil daripada perbincangan mengenai nilai-nilai bersama dan bukannya daripada keputusan seseorang secara bersendirian. Penjawat awam tidak hanya bertindak balas dengan pelanggan tetapi lebih memberi tumpuan kepada membina hubungan dan kerjasama dengan rakyat.
Pelanggan dianggap sebagai seorang yang berurusniaga dengan kerajaan dan dalam pada masa yang sama pelanggan dikehendaki mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Infrastruktur seperti air, jalanraya, dan pelabuhan merupakan sebahagian tanggungjawab yang besar kerajaan menyediakan kepada rakyat di dalam negara. Salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bermula dengan memastikan membezakan di antara pelanggan dan rakyat ( Schimidt and Strickland 1998 ).  Kerajaan membaiki perkhidmatan awam baru ini dengan mengukur sejauh mana perkhidmatan kerajaan dapat dicapai dan disediakan kepada masyarakat. Perkhidmatan yang memenuhi standard seperti ketepatan masa dan boleh dipercayai ini memberi kelebihan kepada rakyat untuk disampaikan secara adil. Rakyat mempunyai peluang dalam perkhidmatan yang mereka terima dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pikah kerajaan. Tambahan lagi, masyarakat boleh mengadu dan memberi komen kepada pihak kerajaan tentang kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan terhadap mereka yang menerima perhidmatan tersebut. Ahli-ahli teori telah mengenal pasti 5 faktor utama iaitu akses, pilihan, maklumat, keadilan dan perwakilan. Walaupun faktor ini asalnya berhubung dengan barangan dan perkhidmatan, masyarakat mempunyai beberapa cara rungutan dan aduan untuk membuat penyelesaian. Kerajaan perlu menyedari bahawa perkhidmatan awam menjadi perhatian penuh terhadap permintaan pelanggan. Perkhidmatan yang berkualiti adalah langkah pertama ke arah meluaskan usaha kerajaan untuk memperbaiki kualiti dari semasa ke semasa.
           

            Penjawat awam mempunyai peranan yang penting dalam membantu rakyat untuk menyuarakan kepentingan awam dan berkongsi nilai serta membimbing rakyat dalam membuat keputusan dalam pentadbiran awam. Rakyat boleh bersuara untuk menyatakan tidak puas hati yang diterima dalam setiap peringkat tadbir urus dalam negara kerana yang mengerakkan jentera pentadbiran kerajaan adalah dari sumber fizikal manusia yang berfikir dan melakukan kerja untuk menguruskan sesuatu masalah bagi mengecapi kemajuan dalam sistem pentadbiran pada masa kini. Perkhidmatan Awam Baru ini adalah untuk kepentingan bersama bagi menikmati kekayaan dalam negara dapat diagih bersama. Selain itu, kerajaan perlu menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat. Keputusan yang dibuat hanyalah untuk memberi pendedahan kepada semua rakyat akan bersetuju apabila sesuatu dasar digubal dalam perbincangan. Hal ini sangat sesuai dilaksanakan bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara Demokratik seperti Malaysia ini.
            Kesimpulannya, Kerajaan perlu menyediakan langkah yang strategik dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Setiap perkhidmatan yang diberikan perlu ada latihan kepada pekerja. Tadbir urus yang seragam dapat memberi perkhidmatan yang lancar supaya setanding dengan perkhidmatan dengan negara maju.











KESIMPULAN
Pentadbiran awam dilihat sebagai kunci sistem yang lebih besar dalam sesuatu pengurusan. Rakyat adalah didasarkan kepada sifat yang jujur dan bertanggungjawab dalam membuat sesuatu pekerjaan. Untuk melakukan sesuatu pekerjaan pekerja harus diberi peluang untuk melaksanakan kerja dengan sifat yang terbuka agar sesuatu masalah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kerana sifat semulajadi manusia yang mempunyai perasaan dan tingkahlaku sebagai seorang pengurus. Oleh itu, Kerajaan perlu memahami rakyat dan pekerjanya bagi mendapatkan satu sistem organisasi yang berjalan dengan lancar.



           

           
           








           

RUJUKAN.
Abonyi, G. and D. M. Van Slyke (2010). Governing on the Edges: Globalization of     
Production and the Challenge to Public Administration in the Twenty-First      Century. Public Administration Review. Special Issue on the Future of Public Administration in 2020. vol. 70, S1, ms 33-45.

David H. Rosenbloom (1997)  Public Administration : Traditional Managerial
             Approach to Public  Administration: Organizational Structure. S4, ms 18.

David H. Rosenbloom (1997) Public Administration :     The New Public
             Management (NPM), Organization Structure ms 24.

Janet V. Denhart and Robert B.Denhart: The New Public Servise Expended Edition Service,     
             M.E.Sharpe Armonk, New York, London, England, 2007. New Public   
Service and Quality Servise For Citizen. ms 60.

Phang Siew Nooi. Introduction to Public Administration: Characteristics Of (Old) Public 
              Administration. ms 12.


           

           
 

Comments