Syarikat kereta Toyota.


PENGHARGAAN


             Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah saya ucapkan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam mengumpulkan malkumat hingga terhasilnya kerja kursus saya ini mengenai campuran pemasaran bagi Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah iaitu Pengetua SMK Padang Saujana, Dr. Azman bin Uzir dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Marzian Binti Mat Jidin iaitu cikgu Pengajian Perniagaan saya yang telah banyak memberi panduan, nasihat dan bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu tersayang kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas dihulurkan semasa kajian ini dijalankan.


ABSTRAK
CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT UMW TOYOTA MOTOR SDN. BHD.
           Kajian ini dijalankan ke atas Syarikat UMW Toyota Motor. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti campuran produk berdasarkan klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk yang merangkumi kedalaman dan kelebaran produk. Selain itu, mengenal pasti pendekatan penentuan harga secara umum berasaskan persaingan dan berdasarkan tanggapan pembeli serta mengenal pasti campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam. Antara kaedah kajian yang digunakan adalah melalui sumber primer, pengkaji telah memerhati pengiklanan yang ditayangkan di saluran televisyen mengenai produk Toyota manakala melalui sumber sekunder pula daripada laman  sesawang iaitu www.toyota.com.my, pembacaan rujukan dan keratan akhbar seperti Berita Harian, Kosmo dan Utusan Malaysia.. Antara buku yang digunakan ialah buku Pengajian Perniagaan Penggal Satu terbitan Oxford Fajar dikarang oleh Mokhtar Pet, Buku Pengajian Perniagaan STPM Penggal Satu terbitan Sap Publications dikarang oleh Cg Azly, Buku Pengurusan Perniagaan Jilid 1 yang diterbitkan oleh Sabri Hj. Hussin dan daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi ketiga. Pengkaji mengkaji bahawa Syarikat Toyota Sdn. Bhd mempunyai potensi yang besar untuk berkembang kerana mempunyai banyak cawangan di seluruh negara untuk mempromosikan keluaran kereta kepada pengguna. Secara rumusannya, pengkaji dapat mempelajari tentang kepentingan produk Toyota kepada masyarakat. Pengkaji mencadangkan agar Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd perlu membina produk yang mesra alam bagi mengelakkan pencemaran yang berterusan terhadap alam sekitar. Pengkaji berharap agar syarikat ini dapat memfokuskan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi mempelbagaikan produk dari segi saiz kereta kepada keperluan pengguna di Malaysia yang mempunyai ramai bilangan ahli keluarga dan seterusnya perlu menambah produk eksesori tambahan seperti televisyen mini yang direka khas bagi penumpang di belakang untuk mengelakkan kebosanan apabila perjalanan jarak jauh.

1.0 PENGENALAN
Campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang terdiri daripada produk, harga, pengedaran, dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat dalam perancangan taktikal pemasaran. Konsep campuran pemasaran merupakan intipati kepada subjek yang ingin dibincangkan yang meliputi produk, harga, promosi dan pengedaran. Segala elemen di dalam campuran pemasaran akan diketengahkan dalam syarikat Toyota Motor Corporation. Pengkaji akan dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang campuran promosi yang digunakan oleh syarikat tersebut bagi memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan tentang produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


           Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd ditubuhkan di Malaysia pada Januari 1982 dan menubuhkan Ibu Pejabatnya di No.2, Persiaran Raja Muda, Selangor. Toyota Motor Corporation (TMC) (dalam bahasa Jepun: トヨタ自動車株式会社) adalah sebuah pengeluar kenderaan antarabangsa dari Jepun yang diasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937. Toyota Motor Corporation adalah salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia dan terkenal dengan kualiti yang tinggi dan kereta kepercayaan penuh daripada pelanggan. Toyota menghasilkan kira-kira 7,500,000 kereta setiap tahun di seluruh dunia dan telah berjaya menebusi 170 pasaran di dunia. Pada tahun 2000 Syarikat Toyota Motor Corporation telah mencapai jumlah pemasangan kenderaan sebanyak 500,000 unit. Syarikat ini membuka cawangan Parts Distribution Centre di Shah Alam, Selangor. Kemudian memindahkan ibu pejabatnya ke Shah Alam. UMWT mencapai sebanyak 100,000 unit jualan kenderaan Toyota Vios di Malaysia pada tahun 2008. Pada tahun berikutnya pula UMWT memperkenalkan Toyota Prius, iaitu kenderaan hybrid pertama dari Toyota di Malaysia . Selain itu, ia mengekalkan kedudukan pertama dalam JD Power Survey untuk CSI. UMWT mencapai 1,000,000 Total Unit Servived (TUS) untuk kenderaan Toyota di Malaysia. Pada tahun 2010  UMWT meluaskan Parts Distribution Centre di Shah Alam, Selangor dan membuka Bilik Pameran Lexus yang pertama di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang. UMWT mencapai 1,000,000 unit pemasangan kenderaan. Lexus Malaysia memperkenalkan kenderaan hybrid mewah peringkat pertama Lexus 200h dan meluaskan rangkaiannya di Johor dan seterusnya memulakan pemasangan Camry generasi ketujuh. Akhir sekali, Syarikat Toyota dapat mengekalkan kedudukan pertama dalam JD Power Survey untuk SSI pada tahun 2013.

            Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengeluarkan produk berasaskan produk fizikal kepada pengguna. Antara produk yang dikeluarkan oleh Syarikat UMW Toyota Motor ialah pelbagai jenis kenderaan yang telah dilancarkan antaranya ialah Corolla (1966), Toyota 2000GT, Miniace (1967), Lexus (1989),  dan Prius (1997) sebagai kereta hybrid yang pertama di dunia.


Berdasarkan campuran pemasaran, produk merupakan barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pasaran sasar. Ianya mesti sesuai dengan keadaan atau kehendak pasaran sedia diterima dalam pasaran. Oleh itu, pengkaji dapat menyenaraikan jenis-jenis produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Toyota. Harga pula didefinisikan sebagai nilai pertukaran barangan atau perkhidmatan dengan apa yang diperlukan dalam pasaran. Pengkaji dapat mengkaji penetapan harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Seterusnya, promosi ialah cara organisasi atau syarikat berkomunikasi dengan audien atau pelanggan mereka. Pengkaji mendapati kaedah promosi dapat disimpulkan sebagai penggalakan sesuatu produk yang dihasilkan UMW Syarikat Toyota yang dikeluarkan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dan seterusyan mendapat keuntungan yang tinggi. Akhir sekali, pengedaran ialah satu proses memindahkan barangan dari pusat pengedaran (pengeluar) kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka.
Sumber : Buku Pengurusan Perniagaan Jilid 1 yang diterbitkan oleh Sabri Hj. Hussin.





























2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Toyota Motor Sdn Bhd.

Objektif tersebut ialah :


            i)  Mengenal pasti campuran produk berdasarkan klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk.

            ii) Mengenal pasti faktor penetapan harga iaitu meliputi persaingan dan berdasarkan tanggapan pembeli.

              iii) Mengenal pasti campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi jualan dan                 perhubungan awam.
                                                     

         















3.0 LATAR BELAKANG
        
           Toyota Motor Corporation (TMC) adalah sebuah perusahaan multinasional di Jepun yang diasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937. Beliau dikenali sebagai “King of Japanese” kerana pada tahun 1950 beliau mengalami masalah kewangan tetapi juga berupaya menghasilkan keluaran kenderaan yang pertama pada masa itu berasaskan kenderaan perang dan telah mendapat galakan daripada negara Jepun untuk memajukan industri Automobil tersebut.

             Toyota Motor Corporation adalah salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia dan terkenal dengan kualiti yang tinggi dan kereta kepercayaan penuh daripada pelanggan. Toyota menghasilkan kira-kira 7,500,000 kereta setiap tahun di seluruh dunia dan telah berjaya menebusi 170 pasaran di dunia. Pada tahun 2000 Syarikat Toyota Motor Corporation telah mencapai jumlah pemasangan kenderaan sebanyak 500,000 unit. Syarikat Toyota Motor Corporation mempunyai sebanyak 51 cawangan di dunia termasuk di Malaysia. Keluaran model kenderaan Toyota telah lama mendapat sambutan hangat sejak 78 tahun dahulu lagi kerana kualiti dan reka bentuk produknya yang menarik dari mana-mana pengeluar jenama kereta yang lain.
Sumber : Zuraidah Omar, Turning Point: The UMW Story, Umw Holdings Berhad.

            Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah ditubuhkan di Malaysia pada Januari 1982 dan menubuhkan Ibu Pejabatnya di No.2, Persiaran Raja Muda, Selangor. Selain itu, Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd telah meluaskan cawangannya iaitu Parts Distribution Centre di Shah Alam, Selangor dan membuka Bilik Pameran Lexus yang pertama di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang. Syarikat Toyota merupakan pengeluar kereta yang terbesar di dunia dan merupakan syarikat automobil yang paling berjaya di dalam dunia ini. Selain itu, Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 3054 untuk menghasilkan keluaran kereta dengan lebih cekap dan menghasilkan keluaran kereta yang berkualiti. Antara produk yang mendapat sambutan di Malaysia ialah Model Toyota Camry, Toyota Innova dan model Toyota Vios. 
Berdasarkan campuran pemasaran, pengkaji dapat menyenaraikan model produk yang dikeluarkan oleh Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd seperti Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Avanza, Toyota Innova, Toyota Camry, Toyota Previa, Toyota Alphard, Toyota Hilux, dan Toyota Fortuner. Model keluaran Toyota mendapat tempat di mata pengguna selain pengeluarannya yang memenuhi spesifikasi pengeluaran produk yang tahan lasak dan selamat digunakan pada masa yang lama dengan menggunakan teknologi yang canggih. Selain itu, pengkaji dapat mengkaji tentang penetapan harga berdasarkan persaingan yang ditawarkan bagi setiap produk. Keluaran kereta Toyota terpaksa bersaing dari segi harga dengan kereta keluaran tempatan iaitu Proton khususnya di Malaysia. Selain itu pengkaji juga dapat mengkaji penetapan harga berdasarkan tanggapan pembeli. Pembeli beranggapan bahawa kereta yang diimport adalah lebih baik dari segi kualiti dan reka bentuk yang lebih menarik. Dari aspek keselamatan pula, kereta import lebih selamat kerana mempunyai ciri khusus seperti beg udara dan tali pinggang keselamatan kepada pengguna. Sistem penggera juga dilengkapi bagi mengurangkan kadar kecurian kereta yang berlaku. Pengkaji juga dapat mengkaji tentang campuran promosi seperti pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam yang digunakan oleh syarikat tersebut bagi memperkenalkan produk mereka kepada pengguna.
Pengkaji memilih Syarikat UMW Toyota Motor kerana syarikat ini berjaya mendahului pasaran daripada syarikat pengeluaran kereta yang lain seperti General Motor (GM), Alfa, Benz, dan juga BMW. Syarikat Toyota juga diiktiraf sebagai pembuat kenderaan terbesar dengan rekod jualan hampir 10 juta kenderaan pada tahun 2007 dan 2008. Produk Hybrid terbaik mereka iaitu kereta jenama Toyota Prius telah dihasilkan. Sehingga hari ini, Prius merupakan sebuah kereta hybrid paling berjaya di dunia. Ia juga menjadi penanda aras terhadap mana-mana kenderaan komersial hybrid yang ada di pasaran. Pengkaji mengharapkan agar kajian ini menjadi panduan kepada masyarakat umum terutamanya rakyat Malaysia mengenai keluaran model produk Toyota di Malaysia, harga yang ditawarkan kepada pelanggan dan seterusnya kaedah yang digunakan oleh syarikat Toyota untuk mempromosikan keluaran model kereta kepada pengguna. Kajian ini dibuat untuk memberi gambaran kepada masyarakat tentang tajuk yang dikaji iaitu campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan lebih terperinci.
  
4.0 KAEDAH KAJIAN

 Kaedah kajian adalah perkara yang amat penting untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat perniagaan yang dikaji. Kaedah kajian terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.
   
4.1 Data Primer
          4.1.1 Pemerhatian
             Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Pemerhatian mempunyai dua jenis iaitu pemerhatian kualitatif dan pemerhatian kuantitatif. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian kualitatif bagi mendapatkan maklumat tentang syarikat Toyota. Pada 24 September 2015 iaitu bersamaan dengan hari Khamis pada jam 1.30 petang, pengkaji telah melihat iklan yang ditayangkan di Astro Prima saluran 105. Pengkaji telah mencatat masa, hari, tarikh dan saluran televisyen untuk dijadikan bukti sesuatu maklumat yang diperoleh bagi rekaan kereta terbaharu yang dihasilkan serta kaedah pengiklanan melalui televisyen yang dibuat oleh syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd.


 4.2 Data Sekunder
            4.2.1 Analisis Dokumen
Laman Sesawang
Pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui internet iaitu laman sesawang www.Toyota.com.my. Laman web ini amat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat rasmi mengenai latar belakang syarikat, sejarah penubuhan syarikat, jenis produk yang dikeluarkan dan bentuk promosi yang digunakan. Pengkaji telah membuat rujukan melalui internet mengenai aktiviti campuran pemasaran yang telah dilaksanakan oleh syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan seterusya mengkaji pencapaian syarikat ini dengan lebih mendalam.


4.2.2 Pembacaan Rujukan
Buku
Pengkaji telah merujuk beberapa buah buku sebagai sumber maklumat dalam kajian ini. Buku yang digunakan ialah buku Pengajian Perniagaan Penggal Satu terbitan Oxford Fajar edisi kedua yang dikarang oleh Mokhtar Pet serta buku Pengajian Perniagaan STPM Penggal Satu terbitan Sap Publications, dikarang oleh Cg Azly, Buku Pengurusan Perniagaan Jilid 1 yang diterbitkan oleh Sabri Hj. Hussin dan daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi ketiga. Pengkaji menggunakan buku tersebut untuk mendapatkan konsep campuran pemasaran dan definisi bagi produk, harga, pengedaran, dan promosi menggunakan buku rujukan tersebut.

Keratan Akhbar
Pengkaji telah mendapatkan maklumat tambahan daripada pembacaan rujukan di dalam keratan akhbar Sinar Harian pada 18 September 2015, di halaman 5 bersamaan pada hari Jumaat. Kaedah ini digunakan demi memastikan sumber yang diperoleh oleh pengkaji adalah tepat dan boleh dipercayai bagi menyelidik produk yang dikeluarkan. Melalui sumber ini pengkaji dapat melihat produk baharu Toyota yang dihasilkan, pembuatan produk, ciri-ciri yang ditawarkan kepada pengguna dan dapat melihat promosi kepada pengguna di Malaysia yang ditawarkan daripada Syarikat Toyota.











5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN      

       5.1 CAMPURAN PEMASARAN             
Campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang terdiri daripada produk, harga, pengedaran dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat dalam perancangan taktikal pemasaran. Campuran pemasaran merujuk kepada empat pemboleh ubah yang dikenali sebagai “4Ps”, iaitu produk, pengedaran, penetapan harga, dan promosi (product, price, place, promotion.). Melalui pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaran akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan seterusnya menguasai seluruh pasaran.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


       5.1.2 PRODUK
             Menurut Kotler et al (2012) produk merupakan sebarang tawaran yang boleh memuaskan keperluan dan kehendak pengguna. Produk juga wujud dalam bentuk barang fizikal, perkhidmatan, idea, informasi, orang, organisasi, dan tempat. Pengkaji akan mengenalpasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh Toyota berdasarkan klasifikasi produk, penjenamaan serta lini produk.

         5.1.3. KLASIFIKASI PRODUK
   Klasifikasi produk merupakan pembahagian produk mengikut jenis produk tersebut. Terdapat dua jenis produk dalam pasaran iaitu produk pengguna dan produk perindustrian. Menurut Kotler et al (2012) produk pengguna ialah barangan yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan peribadi atau keluarga. Produk pengguna boleh diklasifikasikan kepada barangan mudah beli, barangan beli-belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari. Produk perindustrian pula merupakan produk yang dibeli untuk diproses atau digunakan bagi menjalankan perniagaan.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


            5.1.3.1 PRODUK PENGGUNA                
                Produk pengguna ialah produk yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan perseorangan (Kotler et al). Produk pengguna boleh dikelaskan mengikut tabiat beli-belah pengguna, iaitu produk mudah beli, produk beli-belah, produk istimewa, dan produk tidak dicari. Kesemua kategori barangan ini mempunyai aras permintaan yang berbeza dan melibatkan penggunaan strategi pemasaran yang berbeza. Bagi produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Toyota hanya melibatkan produk beli-belah dan produk istimewa.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

                      Produk beli-belah ialah produk yang tidak kerap dibeli dan pengguna biasanya mengambil masa yang lama untuk memperoleh maklumat serta membuat perbandingan sebelum membeli produk tersebut (Kotler et al). Perbandingan akan dibuat dari segi harga, kualiti, jenama, kesesuaian, dan gaya. Contoh produk beli-belah yang dikeluarkan oleh syarikat Toyota seperti model Toyota Corrola, Toyota Camry, dan Toyota Prius. Produk yang dihasilkan oleh syarikat Toyota dipenuhi dengan ciri-ciri tambahan yang menarik seperti penambahan warna kereta, seperti warna hitam, putih, dan biru yang menjadi pilihan bagi model Toyota Prius. Selain itu, ia juga dilengkapi oleh sistem brek ABS yang dapat mengawal komposisi kereta dengan lebih baik apabila pengguna melakukan brek secara mengejut di jalan raya. Ciri-ciri keselamatan yang khas seperti sistem brek ABS dapat membantu pengurangan kadar kematian apabila berlaku kemalangan. Seterusnya Model Toyota Prius menggunakan enjin yang mesra alam iaitu penggabungan bahan petroleum dan bateri yang dapat di cas semula dan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Teknologi enjin Prius menjadi penanda aras terhadap model-model hybrid di pasaran. Sesebuah kenderaan kereta Toyota akan diubahsuai atau direkabentuk mengikut keadaan sistem jalan di sesebuah negara.
     

           



               Produk istimewa ialah barangan yang amat dikehendaki dan digemari pengguna, terutamanya daripada aspek gaya, jenama dan jenis. Barangan ini mempunyai nilai sentimental dan klasik menyebabkan ia sukar dicari, sangat mahal dan sukar dihasilkan. Antara penghasilan produk istimewa yang dihasilkan oleh Syarikat Toyota ialah kereta antik iaitu kereta Toyota 2000GT yang paling mahal dalam sejarah dan dikategorikan sebagai Kereta Asia yang paling mahal pernah dihasilkan. Harga kereta ini adalah berharga US$1.200,000 juta pada setiap unit. Namun dengan harga yang demikian kereta ini masih laku di pasaran Eropah iaitu di negara Kanada. Kereta ini hanya mempunyai 351 unit yang pernah dihasilkan dan hanya 64 buah unit yang dikeluarkan mempunyai pemegang stering di sebelah kiri untuk dipasarkan di Negara Texas. Kereta Toyota 2000GT menggunakan mesin dua liter dengan teknologi dual overhead cam yang menghasilkan daya maksima 150hp dengan tranmisi 5 MT. Kelajuannya juga boleh mencecah 217km/jam. Kereta ini juga adalah kereta buatan Jepun yang pertama di dalam dunia yang direka bentuk sebagai kereta Sport.
Sumber : www.tempo.com




                  5.1.4 ATRIBUT PRODUK
                       Merupakan ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat pada sesutu produk yang boleh membezakannya daripada produk yang lain meliputi jenama, pembungkusan, label, jaminan dan produk tambahan.
      Sumber : Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi       Edtiga.

                        5.1.4.1 KUALITI PRODUK
                           Kualiti atau mutu produk merujuk kepada ciri-ciri barangan atau perkhidmatan yang boleh memberi kepuasan kepada keperluan pengguna dan merupakan keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan fungsinya dan berdaya saing dalam pasaran sasaran. Sumber daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi       ketiga. Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd merupakan pengeluar kereta Toyota yang amat menekankan aspek kualiti dari segi tahan lasak dan ketahanan kereta keluarannya. Model kereta keluaran Toyota mempunyai kelebihan dari aspek kefungsian, ketahanan, serta boleh beroperasi di dalam baik pulih yang disediakan oleh Syarikat Toyota. Kereta keluaran model Toyota Fortuner mempunyai ketahanan yang boleh masuk ke dalam kawasan yang berbukit dan mempunyai sistem pacuan empat roda yang selesa bagi pengguna yang menggunakannya. Kualiti model kereta Toyota sememangnya diiktiraf oleh JD Power Survey yang mempunyai kualiti produk yang lebih baik daripada model keluaran kereta jenama lain.

                      5.1.4.2 CIRI PRODUK
                          Merupakan strategi persaingan yang boleh meningkatkan daya saing sesuatu produk dalam pasaran sasaran. Pengeluar yang mampu memperkenalkan ciri produk yang baharu dan unik boleh membezakan produknya daripada produk pesaing yang lain. Sumber daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi Ketiga. Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd telah mengeluarkan kereta Toyota Camry yang terbaharu pada tahun 2015 yang mempunyai ciri produk yang berlainan dengan pengeluar kereta yang lain. Kereta Toyota Camry ini dilengkapi dengan sistem hybrid dan mempunyai enjin yang berkuasa besar iaitu 2.5 Litre dengan HYBRID IL4, 16- Valve, DOHC. Selain itu ciri yang dipasang oleh Syarikat Toyota ialah sistem tranmisi yang menggunakan CVT(Continious Variable Tramnmission). Sistem 2 DIN untuk Audio-Video NAVI (DVD, CD, MP3,WMA) 6 inchi touchscreen dilengkapi dengan bluetooth. New premium JBL Green Edge, headlamp Projector menggunakan LED. AC mobil 3 Zone, Rear Seat Controler, Rear Seat Relaxation System, Parking Camera, Stering Switch Control dan GOA Body. Kesemua ciri tersebut adalah rekaan yang terbaharu yang mengalahkan mana-mana pengeluar kereta yang lain. Selain itu, Toyota juga telah melancarkan keluaran kereta Toyota yang mampu digerakkan tanpa pemandu di jalan raya selain keluaran kereta hybrid yang pertama di dunia.
      Sumber : www.newmalaysianpost.com.

                     5.1.4.3 REKA BENTUK PRODUK
                          Reka bentuk produk meliputi gaya produk secara luaran dan fungsi atau kegunaan produk. Reka bentuk yang baik boleh menarik minat pengguna, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing produk dalam pasaran sasaran. Sumber daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi Ketiga. Syarikat UMW Toyota Motor mempunyai reka bentuk menarik yang dapat meningkatkan prestij dan status pengguna. Selain itu, reka bentuk kereta Toyota juga lebih menarik kerana mempunyai pelbagai reka bentuk seperti kereta pacuan empat roda bagi kegunaan lasak, kereta yang berbentuk SUV bagi kegunaan seisi keluarga dan ada juga yang berbentuk sederhana kecil yang sesuai bagi pengguna di rantau Asia dan setiap model kereta yang dihasilkan mempunyai lambang Toyota dan mempunyai nama gelaran yang tersendiri antaranya ialah Toyota Vios, Toyota Altis, Toyota Fortuner dan Toyota Avanza yang dapat memberi kelainan kepada pengguna apabila menggunakan kereta model Toyota.
      Sumber : www.Toyota.com.my.
      
    






















          5.1.5 LINI PRODUK             
                 Lini produk merupakan barisan produk yang ditawarkan oleh organisasi yang mempunyai ciri yang serupa. Lini produk juga merupakan strategi pemasaran untuk menjual beberapa jenis produk. Satu lini produk terdiri daripada beberapa produk dengan pelbagai jenis ukuran, warna, kualiti atau harga.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

   
                 Berdasarkan kajian ini, pengkaji akan menyenaraikan kelebaran lini produk dan kedalaman produk ke atas Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Kelebaran lini produk merupakan bilangan produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran. Sumber diperoleh daripada Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Pengkaji mengambil contoh pengeluaran Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd yang mengeluarkan kereta jenama Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Avanza, Toyota Innova, Toyota Camry, Toyota Previa, Toyota Alphard, Toyota Hilux, dan Toyota Fortuner.


                 Kedalaman lini produk pula merupakan bilangan item produk yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut. Sumber diperoleh daripada Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Antara contoh kedalaman lini produk yang dihasilkan oleh Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd ialah keluaran model Toyota Alphard iaitu Toyota Alphard 2.4g (AT) dan Toyota Alphard 3.5G (AT).







Rajah 3.
 

 
Antara Kelebaran Produk Toyota.

 
Kedalaman Produk Model Toyota Alphard.

      5.2 PENETAPAN HARGA
             Perletakan harga ialah proses menentukan apa yang bakal organisasi terima sebagai balasan kepada faedah yang dinikmati oleh pengguna kerana penggunaan atau pemilikan sesuatu produk. Harga pula secara mudah dapat ditakrif sebagai nilai dalam bentuk wang yang dikenakan ke atas produk yang ditawarkan oleh pemasar (Kotler et al).  Harga ditentukan setelah produk tersedia untuk dipasarkan. Secara umumnya, perletakan harga dibuat untuk mencapai keuntungan maksimum. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga produk Toyota ialah persaingan dan tanggapan pembeli.

   5.2.1 PENENTUAN HARGA SECARA UMUM BERDASARKAN PERSAINGAN.
          Harga ditentukan berdasarkan harga yang ditawarkan oleh pesaing. Persaingan kos dan harga produk yang dikenakan oleh pesaing juga mempengaruhi penetapan harga. Pengeluar perlu membandingkan harga dengan kualiti produk pesaing. Jika kualiti produk pesaing adalah lebih tinggi, maka harga yang ditawarkan harus lebih rendah daripada harga pesaing. Contoh pesaing bagi Syarikat Toyota adalah Syarikat Proton. Syarikat Toyota telah mengeluarkan model kereta Vios 1.5 TRD Sportivo (AT), manakala syarikat Proton telah mengeluarkan model Inspira 2.0 premium (AT). Harga kereta Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) yang ditawarkan adalah lebih mahal berbanding Inspira 2.0 Premium (AT). Harga kereta Vios 1.5 TRD Sportivo adalah RM 93,200,00 lebih mahal daripada harga kereta Inspira iaitu RM 92,062.65. Syarikat Toyota wajar meletakkan harga yang mahal sedikit berbanding Syarikat Proton kerana mempunyai kelebihan dari segi aspek keselamatan. Hal ini dapat dibuktikan dengan keluaran kereta Toyota Vios mempunyai Auto rain sensor, Front Fog Light, dan Tinted Film berbanding kereta Proton Inspira 2.0 premium yang tiada dari aspek keselamatan tersebut.
Sumber : www.CarBase.my.
Rajah 4.
 
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo.                            Model Proton Inspira 2.0 Premium.
 5.2.2 PENENTUAN HARGA SECARA UMUM BERDASARKAN TANGGAPAN PEMBELI.
                      Harga ditentukan berdasarkan tanggapan pembeli tentang nilai produk tanpa mengambil kira kos pengeluaran. Contoh produk yang dihasilkan oleh syarikat Toyota ialah keluaran model Toyota Hiace High Roof WV 2.5 (D). Kereta ini hanya dipasangkan di syarikat induk Toyota iaitu di Jepun kerana pemasangannya yang rumit serta memerlukan tenaga pakar yang berkemahiran dan berpengalaman. Cawangan Toyota di Malaysia terpaksa mengimport kereta ini dari syarikat induk untuk dipasarkan dengan harga RM 105,638 walaupun harga sebenar adalah RM 69,320 di Negara Jepun. Kereta ini dikenakan pelbagai cukai seperti cukai import dan duti kastam yang ditanggung oleh Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Kereta ini ditujukan khas bagi pengguna kelas atasan kerana harganya yang mahal serta teknologinya yang canggih seperti pemasangan ciri keselamatan beg udara, kamera cermin sisi, dan enjin automatik yang memudahkan pengguna menggunakannya di jalan raya. Pengguna di Malaysia beranggapan bahawa kereta yang diimport mempunyai kualiti yang lebih baik dan teknologinya yang lebih canggih. Hal ini seterusnya menyebabkan model Toyota Hiace High Roof WV 2.5 (D) dibeli oleh pengguna di Malaysia kerana beranggapan bahawa kereta import adalah lebih baik dari segi kualiti keselamatan dan reka bentuk yang lebih menarik.
Sumber : http;/ / en.m.wikipedia.org/wiki/Toyota_Hiace

Rajah 5.

Toyota Hiace High Roof WV 2.5 (D)



       5.3 CAMPURAN PROMOSI
               Promosi merujuk kepada cara yang akan digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, memberi penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk. Setiap pemasar akan berusaha untuk mengetengahkan imej produk dan menyatakan kelebihan yang ada pada produk melalui promosi. Malah, promosi merupakan salah satu cara untuk melariskan penjualan terus produk kepada pengguna. Pengkaji memilih campuran promosi yang terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

            5.3.1 PENGIKLANAN
                    Pengiklanan didefinisikan sebagai satu proses komunikasi secara tidak langsung yang dikenakan bayaran kepada pihak pemasar. Tujuan pengiklanan ialah memperkenalkan, menyedari, merangsang pembelian, dan mengekalkan ingatan penguna terhadap produk yang dikeluarkan oleh pihak pemasar. Pengiklanan mampu menyampaikan maklumat produk dengan cepat dan mempunyai sasaran pengguna yang ramai.
Sumber : Mokhtar Pet, 2015. Teks STPM Pengajian Penggal 1 Edisi Kedua, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

                    Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd menjalankan pengiklanan melalui laman sesawang rasmi mereka iaitu http://www.toyota-global.com/company/history_of_toyota. Kaedah ini digunakan bagi memperkenalkan produk mereka kepada seluruh dunia tentang penghasilan keluaran kereta tersebut. Di dalam laman rasmi tersebut Syarikat Toyota menyatakan tentang maklumat syarikat, visi, misi dan matlamat tujuan organisasi tersebut ditubuhkan. Selain itu, Syarikat Toyota juga menerangkan keluaran produk mereka mengikut peredaran masa. Contohnya, pada zaman 2015 Syarikat Toyota telah menerangkan reka bentuk keluaran kereta Camry, kaedah penghasilan, sistem keselamatan yang digunakan contohnya brek ABS, warna yang ada di pasaran seperti warna hitam, putih dan putih silver yang ada dipasarkan.


                  Syarikat Toyota juga turut menggunakan pengiklanan melalui surat khabar Sinar Harian sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan keluaran baru model Toyota. Syarikat Toyota mendedahkan jualan mereka di dalam surat khabar tersebut kepada rakyat Malaysia dengan menyatakan pameran kereta yang boleh dilihat oleh pengunjung di Atrium, Pavilion, Kuala Lumpur pada 5 hingga 11 October. Wilayah Utara pula bertempat di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada 11 hingga 13 September. Wilayah Selatan pula akan bertapak di Tanah Lapang, Bandar Utama, Segamat pada 10 hingga 12 September dan akhir sekali wilayah timur yang akan bertempat di Atrium, East Coast Mall, Kuantan pada 8 hingga 11 Oktober. Antara model Toyota yang akan dipamerkan adalah Toyota Vios, Toyota Hilux , Toyota Corolla Altis, Toyota Camry, Toyota Avanza dan Toyota Innova. Pengguna akan mendapat peluang untuk memenangi rebat tunai yang mengagumkan dan pakej aksesori kereta dengan nilai tambahan secara percuma.
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian pada 18 September 2015, Jumaat, halaman 5.

                 Syarikat Toyota turut menggunakan kaedah pengiklanan melalui televisyen mengenai produk baharu yang dihasilkan iaitu memperkenalkan keluaran model Toyota Camry yang menggunakan enjin hybrid. Iklan ini bertujuan bagi memperkenalkan produk yang dihasilkan bagi pengeluaran yang terbaharu yang memiliki ciri-ciri yang baru bagi menarik minat pengguna untuk membeli produk tersebut. Pengiklanan dijalankan pada waktu perdana kerana ia adalah masa yang paling sesuai untuk mengiklankan produk kerana pada masa ini hampir kesemua golongan penonton akan berada di hadapan televisyen. Pengkaji telah melihat iklan yang ditayangkan di Astro Prima saluran 105 pada 24 September 2015 iaitu bersamaan dengan hari Khamis pada jam 1.30 petang.











            5.3.2 PROMOSI JUALAN
                Promosi jualan merujuk kepada sebarang aktiviti yang menawarkan intensif jangka pendek dan diberikan kepada pengguna untuk mendorong mereka membeli produk. Menurut Nickles (1998:279), promosi penjualan didefinisikan sebagai penjualan perseorangan, publisiti yang mendorong pembelian dengan menggunakan alat-alat seperti peragaan, pameran, demonstrasi dan sebagainya. Secara umumnya fungsi promosi jualan adalah untuk menghubungkan pengguna dengan lebih rapat dengan barang yang dipromosikan. Antara promosi yang dijalankan oleh Syarikat Toyota adalah potongan harga atau diskaun. Kaedah potongan harga adalah kaedah promosi yang paling popular bagi tujuan meningkatkan volum jualan secara mendadak. Sumber daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM Penggal 1 Edisi ketiga. Syarikat Toyota telah menjalankan kaedah potongan harga bagi setiap pembelian kereta keluaran Toyota pada hari raya untuk menggalakkan pembeliannya produknya kepada seluruh penduduk di Malaysia pada bulan September. Potongan harga yang ditawarkan kepada pelanggan ialah dapat membuat bayaran pendahuluan dengan harga yang rendah iaitu dari RM 2000 sehingga RM 5000. Selain itu, pelanggan dibenarkan mengunjungi siri jelajah untuk menikmati cabutan bertuah dari Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd untuk memenangi sebuah kereta model Toyota. Potongan harga ini bertujuan untuk meningkatkan jualan syarikat dan memperkenalkan jenama produk Toyota tersebut.
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian pada 18 September 2015, Jumaat, halaman 5.

            5.3.3 PERHUBUNGAN AWAM
                Perhubungan awam adalah aktiviti yang dibentuk bagi mewujudkan serta mengekalkan hubungan yang baik antara perniagaan dengan masyarakat umum termasuklah pihak-pihak berkepentingan seperti pelanggan, pembekal dan kerajaan. Sumber daripada Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi ketiga. Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengembangkan program sosial dalam bidang pendidikan sejak tertubuhnya di Malaysia pada Januari 1982. Pemberian dalam bentuk biasiswa kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi merupakan salah satu cara syarikat Toyota meningkatkan imej perniagaan di dalam negara. Sebanyak 2700 pelajar telah menerima bantuan daripada Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd pada tahun 2015. Kaedah ini bagi membantu pelajar tempatan Malaysia dalam melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara. Selain itu, sebanyak 13 unit Toyota Vios telah disumbangkan kepada beberapa Institut Perguruan Tinggi di Malaysia bagi memudahkan pelajar menjalankan kegiatan praktikal. Kemudahan yang diberi akan menyunting semangat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Pemberian 13 unit Toyota Vios ini diharapkan dapat memberi pengenalan terhadap produk yang dihasilkan dan selamat digunakan oleh pelanggan.
     





























6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pengkaji mendapati ketiga-tiga objektif kajian ke atas Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd telah tercapai kerana pengkaji telah memperoleh maklumat berkenaan tentang campuran pemasaran Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd tersebut.
           
            Bagi objektif yang pertama iaitu mengenal pasti campuran produk berdasarkan klasifikasi produk, atribut produk dan lini produk, pengkaji mendapati bahawa Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd telah menghasilkan pelbagai jenama Toyota kepada pelanggan. Antara produk pengguna dalam Syarikat Toyota ialah barangan beli belah dan barangan istimewa. Antara barangan beli belah ialah pelbagai model kereta Toyota iaitu kereta Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Avanza, Toyota Innova, Toyota Camry, Toyota Previa, Toyota Alphard, Toyota Hilux, dan Toyota Fortuner. Bagi barangan istimewa adalah kereta model Toyota 2000GT iaitu kereta “sportcar” yang pertama di hasilkan di dunia. Selain itu, kereta ini adalah kereta yang lama dan merupakan kereta yang pertama dihasilkan. Ia merupakan barangan yang bernilai dan mempunyai harga yang tinggi iaitu US$1.200,000 juta pada setiap unit.
           
            Objektif yang kedua pula ialah mengenal pasti faktor penetapan harga iaitu meliputi persaingan dan berdasarkan tanggapan pembeli. Bagi penentuan harga berdasarkan persaingan, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Toyota menentukan harga yang lebih tinggi daripada persaing iaitu syarikat Proton kerana mempunyai kelebihan dari aspek keselamatan seperti Auto Rain Sensor, Front Fog Light, dan Tinted Film bagi kereta Vios 1.5 TRD Sportivo berbanding kereta Proton Inspira 2.0 Premium. Penetapan harga bagi tanggapan pembeli pengkaji mendapati bahawa pengguna di Malaysia beranggapan bahawa kereta yang diimport mempunyai kualiti yang lebih baik dan teknologinya yang lebih canggih. Hal ini seterusnya menyebabkan model Toyota Hiace High Roof WV 2.5 (D) dibeli oleh pengguna di Malaysia.






            Objektif yang seterusnya ialah mengenal pasti campuran promosi berdasarkan pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam. Pengkaji mendapati antara kaedah promosi yang kerap dijalankan dan mendapat sambutan daripada pengguna adalah kaedah promosi jualan melalui potongan harga yang kerap dijalankan pada hari raya ataupun pada hari cuti sekolah. Selain itu, Syarikat Toyota menjalankan perhubungan awam dengan mengembangkan program sosial dalam bidang pendidikan. Selain itu, pemberian dalam bentuk biasiswa kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi dan sebanyak 2700 pelajar telah menerima bantuan dari Syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Akhir sekali, Syarikat Toyota telah menyumbangkan sebanyak 13 unit Toyota Vios kepada beberapa Institut Perguruan Tinggi di Malaysia bagi memudahkan pelajar menjalankan kegiatan praktikal.

            Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd amat mementingkan kesan terhadap alam sekitar. Misalnya Syarikat Toyota telah membina enjin kereta yang menggunakan bateri iaitu dikenali sebagai sistem hybrid. Pembinaan enjin Hybrid dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti mengurangkan penipisan lapisan ozon. Oleh itu, pengkaji berharap pengeluaran model Toyota lebih menumpukan kesan terhadap alam sekitar. Operasi pemantauan perlu dilakukan dengan lebih kerap supaya dapat memantau proses pengeluaran produk dengan cekap dan berkesan agar produk yang dikeluarkan dapat memuaskan kehendak pengguna. Selain itu Syarikat Toyota perlu melakukan penyelidikan yang berterusan terhadap model kereta yang dikeluarkan.

            Elemen campuran pemasaran amat penting terhadap Syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Sehubungan dengan itu, pengkaji bercadang agar Syarikat Toyota dapat menjalankan promosi di seluruh negeri yang terdapat di Malaysia bagi memperkenalkan keluaran model kereta yang terbaharu kepada pengguna. Selain itu, dari aspek keselamatan pula Syarikat Toyota harus meningkatkan kualiti beg udara kepada pemandu di hadapan dan penumpang di bahagian belakang bagi mengurangkan kadar kematian jika berlaku kemalangan. Produk tambahan seperti televisyen mini dan Global Positioning System (GPS) dapat memudahkan pengguna berasa selesa bagi jarak perjalanan yang jauh dan dapat menuju ke destinasi mengikut jalan yang telah ditetapkan.




7.0 SENARAI RUJUKAN  


1.         Buku Pengajian Perniagaan Penggal Satu terbitan Oxford Fajar edisi kedua yang dikarang oleh Mokhtar Pet.
2.         Buku Pengajian Perniagaan STPM Penggal Satu terbitan Sap Publications, dikarang oleh Cg Azly.
3.         Buku Pengurusan Perniagaan Jilid 1 yang diterbitkan oleh Sabri Hj. Hussin.
4.         Zahari bin Mahamad, 2015, Pengajian Perniagaan STPM penggal 1 Edisi ketiga.
7.         Zuraidah Omar. Turning Point : The UMW Story: UMW Holdings Berhad
10.       www.toyota.com.
12.       www.tempo.com.my.
13.       www.imagetoyota.com.my.
14.       www.malaysianreport.com.
15.       www.CarBase.com.my.
17.       www.otopos.net/2015/09/uns.
18.       Keratan Akhbar Sinar Harian pada 18 September 2015, Jumaat, Halaman 5.













Comments

  1. Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.

    ReplyDelete
  2. Titanium Mean | Tithon | the Tithon
    Tithon. mens wedding bands titanium The world's most powerful microtouch titanium weapon. titanium framing hammer The pure titanium earrings ultimate resource. titanium spork Titanium, the world's most powerful weapon. The ultimate

    ReplyDelete

Post a Comment