fungsi sistem brek untuk kenderaan

PENGENALAN.
            Sistem brek berfungsi untuk memperlahankan kenderaan, memberhentikan kenderaan dan juga mengawal kenderaan. Kenderaan moden sekarang menggunakan 2 sistem brek iaitu, sistem ‘Lining Brake’ dan sistem ‘Disc Brake’. Kedua-dua brek ini akan memberikan kesan untuk menghentikan kenderaan ketika berlaku kecemasan. Di dalam kenderaan kereta terdapat pemijak bagi pengguna kenderaan untuk menekan brek bagi mengawal kenderaan melebihi had laju. Apabila brek ditekan ia akan memberikan kesan ataupun impak untuk menghantar cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder) untuk menghasilkan geseran untuk memperlahan kenderaan. Selinder Induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan (parking) atau membrek dalam kecemasan. Satu penggalak kuasa (servo) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek. Sistem brek adalah penting bagi sesebuah kenderaaan dan hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.






SISTEM BREK YANG BAIK :
a) Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
b) Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
c) Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
d) Tidak berkehendakan larasan yang kerap.
e) Sesuai untuk segala kelajuan, berat dan suhu.

KOMPONEN SISTEM BREK.
1) Disk Brek/ Drum Brek
2) Pelapik Brek (break Pad)
3) Saluran Minyak
4) Vakum pam
5) Tabung minyak enjin
6) Pedal brek (tempat meletakkan kaki untuk brek)






JENIS-JENIS KEMALANGAN.
1) HILANG KAWALAN.

            Kemalangan hilang kawalan ini selalu berlaku kepada kenderaan yang ringan ataupun kereta yang melalui jalan raya yang basah. Oleh hal yang demikian ia akan mengakibatkan air hujan akan menganggu sistem brek untuk berfungsi dengan baik. Sistem brek disc sebenarnya di reka untuk berfungsi dengan cekap dalam keadaan kering, jadi ketika keadaan basah memang ada sedikit kelemahan. Tayar kenderaan juga adalah salah satu faktor cengkaman terhadap di atas permukaan jalan raya yang basah. Akan tetapi oleh kerana cengkaman brek agak kuat, maka tidak begitu sesuai digunakan pada kereta yang ringan kerana ia boleh membuatkan kereta hilang kawalan jika brek ditekan terlalu kuat dan akan mengakibatkan brake lock atau terlekat. Secara tidak langsung ia boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan akan mengakibatkan kenderaan terbabas dan hilang kawalan lalu akan menyebabkan kemalangan yang serius hingga meragut nyawa.
2) KEMALANGAN BERTEMBUNG.

            Kemalangan yang bertembung ialah kemalangan yang berlanggar antara satu lain secara bertentangan. Faktor kemalangan ini selalunya akibat sikap pemandu yang membawa kereta secara tidak fokus. Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Brek yang tidak berfungsi dengan baik dapat dikenal pasti dengan pedal ditekan dengan terasa keras. Ia mungkin disebabkan oleh kebocoran atu tersumbat. Geseran yang kedengaran juga disebabkan oleh brak pad yang sudah haus atau sudah lama tak diservis brek pad atau brek shoe akan mengeluarkan habuk dan habuk ini adalah puncanya brek berbunyi bila ditekan. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka
           
3) KEMALANGAN DARI SISI.

            Kemalangan dari sisi banyak terdapat di sekitar bandar raya kerana ia berlaku di persimpangan jalan. Selalunya kemalangan ini pemandu yang melanggar isyarat lampu merah dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Brake secara mengejut akan mengakibatkan kenderaan bergesel dalam jarak yang jauh. Penggunaan sistem brake ABS dapat membantu kenderaan membrek dengan keadaan yang selamat kerana ia memberi cengkaman tidak melekat. ABS direka untuk menghalang roda kereta daripada terkunci ketika membrek mengejut. Jika roda kereta terkunci (berhenti berputar), ia akan hilang kawalan stereng kerana tayar hanya boleh dikawal apabila berputar. Jika tayar terkunci dan kehilangan kawalan, sudah pasti pergerakan kereta hanya akan berakhir atau berhenti apabila menghentam sesuatu objek seperti penghadang jalan atau kenderaan lain .Oleh itu. Penggunaan Master pump sangat digalakan untuk diguna kepada kereta kerana ia lebih mudah untuk diservis dengan hanya menukar minyak brek dan memastikan kabel minyak tidak bocor.
4) KEMALANGAN DARI BELAKANG.

Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Pemandu harus mengambil berat tentang kenderaan di hadapan. Sesuatu kemungkinan kenderaan di hadapan akan membrek dengan mengejut bagi mengelak sesuatu atau lubang di jalan raya. Pada saat ini, sitem brek ABS sangat membantu bagi kenderaan di belakang untuk mengelakkan kedenderaan daripada perlanggaran berlaku. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.



            5)         KEMALANGAN.

            Kemalangan yang boleh menyebabkan kenderaan ini terbalik selalunya disebabkan oleh kenderaan bergerak terlalu laju hingga tidak dapt mengawal kenderaan. Sistem brek tidak mampu untuk mengawal kenderaan bagi tahap yang maksimum. Apabila brek ditekan kenderaan dibawa kekiri atau kekanan. Masalah yang berlaku mungkin disebabkan oleh alignment dan tayar balancing. Jika ketika membrek dan kenderaan dibawa kearah kanan ini bermakna brek kiri mempunyai masalah. Kes begini hendaklah berjumpa dengan mekanik di periksa sama ada minyak tersumbat. Brek di tekan tetapi brek tak mencengkam kebiasaannya masalah ini berpunca dari sistem brek sudah dimasuki udara. Apa yang harus dilakukan adalah berjumpa dengan mekanik untuk dibuat bleeding iaitu mengeluarkan udara dalam sistem brek. Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya di lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Oleh itu, sistem brek yang baik dapat membantu pemandu untuk mengelak dari bahaya di hadapan.
KESIMPULAN.
            Oleh itu, setiap pengguna kenderaan wajib mengambil berat terhadap sistem brek bagi mengelak perkara yang tidak diigini berlaku. Ia boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa manusia. Servis yang baik terhadap sistem brek mesti mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan bagi melancarkan sistem brek daripada tidak berfungsi. Bagi memastikan brek berfungsi dengan baik pengguna boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki, kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan dalam kawalan pemandu setiap masa dan tidak boleh kehilangan kuasa brek.

            

Comments