Nuzul Al-Quran.

PENDAHULUAN   
      Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Nabi SAW. Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini seharusnya beriman dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap isi-isi kandungan Al-Quran. Sebagai seorang muslim, beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Nuzul itu sendiri diertikan sebagai turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
     Allah berfirman yang bermaksud “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesame sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88).
     Pada dasarnya, tiada sesiapa pun sama ada dalam kalangan manusia mahupun jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud “dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (dalam kalangan) orang yang benar.” (Al-Baqarah, ayat 23).
     Al-Quran merupakan petunjuk jalan kepada kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah, ayat 22)
DEFINISI
Nuzul Al-Quran antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul Al-Quran. Ianya dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
            Penurunan Al-Quran adalah sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaan-nya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ianya merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama selain daripada sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang kini dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani.
             Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Penggunaan istilah Nuzul Al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan Al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian darjat Al-Quran itu sendiri.
            Secara teknikalnya Nuzul Al-Quran bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam Al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

KONSEP
Al-Quran diturunkan oleh Allah yang mempunyai sebab tertentu yang terjadi pada Nabi SAW dan ianya juga diturunkan kerana sebab tertentu dan merupakan sebagai penghantar kepada umat manusia untuk dijadikan panduan di dalam kehidupan seharian, mengkaji ilmu seperti sains, geografi, sejarah dan sebagainya. Al-Quran dikatakan sebagai panduan yang sangat lengkap dan fakta yang tepat mengenai seluruh isi di dalam dunia ini. Pembahasan Nuzul Al-Quran ini adalah pembahasan mengenai sebab-sebab yang berlatar belakangkan turunnya sebahagian ayat Al-Quran.
Seterusnya, perlu ditekankan di sini ialah hanya sebahagian ayat Al-Quran yang turunnya kerana sebab tertentu, sedangkan yang lain turun tanpa sebab tertentu yang membelakanginya. Terdapat seorang tokoh Islam yang terkemuka iaitu Al-Jabari ada mengatakan bahawa Al-Quran diturunkan dalam dua kategori iaitu yang turun tanpa sebab dan yang turun kerana sesuatu peristiwa atau pertanyaan bagi umat islam yang selepasnya hidup di dunia akhir zaman ini supaya tidak tersesat dalam mengejar hidayah Allah dan mengikuti jalan yang lurus untuk ke syurga. Bagi merungkai kata-kata di dalam ayat Al-Quran tersebut kita hendaklah belajar dengan memahami setiap kata-kata yang terdiri daripada Bahasa Arab agar kita mengetahui sebagai umat Islam untuk terus mencari kebenaran dalam mengejar cinta akan Al-Quran tersebut.





SEJARAH
            Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW dilantik menjadi rasul atau khalifah Allah SWT. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
            Al-Quran bererti bacaan ataupun himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata Al-Quran mukjizat akhir zaman atau Al-Quran yang mempunyai mukjizat. Maka inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran.
            Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar dan Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil manakala al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail adalah surah Al-Alaq ayat 1-5.



OBJEKTIF KAJIAN
Kami dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kebudayaan, keagamaan dan perayaan. Aktiviti keagamaan telah dipilih oleh kami iaitu bertajuk Nuzul Al-Quran. Kajian merangkumi objektif-objektif berikut;
1. Mengenalpasti adab-adab sebelum membaca Al-Quran.
2. Mengenalpasti hikmah penurunan Al-Quran secara berperingkat dan sejarah
    pembukuan Al-Quran dijalankan.
3. Mengkaji fadhilat Al-Quran terhadap pembacanya pada malam Nuzul Al-Quran.
4. Mengkaji aktiviti musabaqah Al-Quran yang diadakan apabila menjelang malam
    Nuzul Al-Quran.










1. MENGENALPASTI ADAB-ADAB SEBELUM MEMBACA AL-QURAN.
            Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang menggariskan panduan hidup atau perlembagaan yang telah memberi suatu kejayaan besar kepada umat Islam, secara amnya kepada umat manusia di dunia ini. Al-Quran dapat membimbing seluruh umat manusia   mengenal Allah SWT, Tuhan yang sebenar bagi menjurus kepada suatu kehidupan dalam mencari erti sebenar kebahagiaan, kedamaian, keputihan, kejernihan, dan kesucian hidup di dunia dan akhirat. Al-Quran dikatakan mempunyai darjat yang tinggi di samping Allah dan oleh itu kita mesti menjaga dan mempunyai adab yang baik sebelum memegang dan membaca isi kandungan tersebut. (Yusuf, 2010)
            Pertama sekali dalam menjaga adab-adab dalam membaca Al-Quran adalah kita dikehendakkan untuk membaca Al-Quran dengan mengambil wuduk atau air sembahyang. Keadaan ini akan membolehkan seseorang akan sentiasa dipelihara penjagaan diri oleh malaikat dan membuang segala kekotoran dan najis yang ada sekirannya terdapat di kaki ataupun di tangan. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala selepas itu menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran. Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam dalam masjid kerana masjid adalah dianggap sebagai rumah Allah SWT. Selain itu juga kita mudah untuk membaca menghadapkan kearah kiblat.
            Sebelum membaca Al-Quran, kita disunatkan juga untuk mensucikan diri dengan memberus gigi dengan menggunakan kayu sugi, lebih baik juga kita menjaga bau badan dan pakaian hendaklah terhindar daripada kekotoran. Aurat bagi lelaki dan perempuan adalah diambil kira dalam adab membaca Al-Quran. Sebagai pembaca kita tidak boleh melakukannya dengan perkara yang mudah seperti tidak menutup aurat dengan sempurna jika membacanya di dalam bilik. Selepas itu kita harus juga membaca doa seperti disunatkan untuk membaca Ta'awwudz iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca Ta'awwudz. Semasa membaca Al-Quran mestilah niat dengan ikhlas dan hanya melakukan perkara tersebut hanya kepada Allah SWT dan bukannya menunjuk-nunjuk pembacaan tersebut kepada orang lain untuk mendapatkan perhatian yang menunjukkan kita pandai dalam membaca Al-Quran.
            Seterusnya, ketika membaca Al-Quran kita hendaklah dalam keadaan yang tenang dan memahami maksud yang terdapat dalam pembacaan tersebut. Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca. Disunatkan juga membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut. Ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah dibaca sampai habis tanpa ada tergantung ayat yang dibaca kerana akan menimbulkan maksud yang berlainan. Perkara ini telah didedahkan oleh Para Mufti Negeri yang melarang penggunaan nada dering dengan menggunakan ayat Al-Quran. Perkara ini adalah dilarang sama sekali kerana akan mengubah maksud asal penggunaannya terhadap pendengar. Ketika membaca Al-Quran juga mestilah khusyuk sambal mengharapkan keredhoan daripada Allah SWT. Para pembaca ditegah untuk membaca sambal berbual-bual, ketawa dan bermain-main kerana kesucian Al-Quran hendaklah di jaga. Menerusi dengan penghayatan pembacaan ayat Al-Quran tersebut, para pembaca perlu sentiasa berdoa supaya diberi kefahaman untuk faham apa yang Allah perintahkan melalui ayat Al-Quran tersebut.



            Semasa membaca Al-Quran juga kita mesti berusaha untuk menangis untuk mendapatkan keikhlas hati apabila membacanya. Suara juga memainkan peranan yang penting ketika membaca agar tidak menganggu orang lain di tempat awam ataupun di dalam masjid. Suara untuk membaca hanya sekadar untuk telinga kita sendiri dapat mendengar dengan jelas bagi mengelakkan berlaku kesilapan dan boleh mengesan kesilapan tajwid dan hukum yang lain ketika membacanya. Dari semasa ke semasa pembacaan hendaklah fasih iaitu tiada tersekat dan dapat membaca dengan lancar. Untuk lebih memudahkan lagi digalakkan untuk memperlajari Bahasa Arab ataupun mengikuti kelas-kelas agama yang telah disediakan contohnya di peringkat sekolah terdapat kelas mengaji Al-Quran yang digelar sebagai KAFA. Selepas habis membaca Al-Quran, kita hendakah berdoa pada Allah SWT dengan doa untuk memberikan perlindungan di dunia mahupun di akhirat,
            Kesimpulannya ialah kita sebagai makhluk mestilah menghormati kalam Allah SWT yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malakat Jibril. Al-Quran merupakan mukjizat yang patut dipelihara sehingga ke akhir zaman. Oleh itu, kita mesti mengetahui beberapa langkah seperti sebelum, semasa dan selepas dalam membaca Al-Quran agar setiap apa yang dibuat adalah untuk mendapatkan pahala dan keredhoan daripada Allah SWT.

           




2) MENGENALPASTI HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERPERINGKAT DAN SEJARAH PEMBUKUAN Al-QURAN DIJALANKAN.
            Al-Quran merupakan satu himpunan mesej yang dinamakan wahyu daripada Allah kepada utusannya, Nabi Muhammad bagi menyampaikan kepada seluruh manusia. Al-Quran merupakan kitab dan siri terakhir rangkaian wahyu daripada Allah kepada manusia. Allah menentukan Nabi Muhammad adalah utusannya yang memikul tanggungjawab menyampaikan Al-Quran kepada manusia. Istilah yang digunakan dalam bahasa Arab adalah nuzul yang bermaksud penurunan. Penurunan ialah sesuatu yang turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Ia bermaksud turun dari langit ke bumi. (Fadzil, Anatomi Al quran, 2007)
             Waktu Al-Quran diturunkan ada ayat-ayat Al-Quran yang diperkuat dengan adanya hadis-hadis nabi SAW, dinyatakan bahawa Al-Quran turun dari Lauh Mahfudz ke Baitul I’zzah dengan cara sekaligus pada malam yang penuh berkat pada bulan Ramadhan. Nabi SAW menerima wahyu pertama kali ketika bersendirian atau berdiam diri di dalam Gua Hira’ pada 17 Ramadhan bersamaan dengan 06 ogos 610 Masihi. Sebelum kedatangan malaikat Jibril, Nabi Muhammad sering mendapat mimpi yang baik. Mimpi itu juga dianggap sebagai wahyu dan tidak ada ayat yang diturunkan dalam mimpi tersebut. Mimpi inilah yang mendorong Nabi SAW untuk bergegas ke Gua Hira’. Kemungkinan ini merupakan isyarat Al-Quran akan segera diturunkan. Al-Quran disampaikan dari langit kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat yang mengambil masa selama lebih kurang 23 tahun. Mengikut pendapat al-Sya’bi iaitu ilmuwan mazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa al-quran mula-mula sekali turun pada malam lailatulqadar. (Fazdil 2007). Al-Quran tidak diturunkan secara sekaligus tetapi ianya diturunkan secara berperingkat-peringkat. Surah-surahnya juga diturunkan berperingkat mengikut peristiwa-peristiwa yang berlaku. Hal ini kerana untuk memudahkan umat Islam menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Inilah yang menyebabkan malam ini dikatakan istimewa. Terdapat tiga peringkat turunnya Al-Quran ke muka bumi. Pertama ialah menerusi Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz. Kedua menerusi al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Terakhir ialah dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah SAW.
Penurunan ayat Al-Quran ini telah menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliyah pada zaman tersebut. Masyarakat pada masa itu mengamalkan upacara penyembahan berhala sebagai salah satu upacara suci mereka telah mula berubah sedikit demi sedikit apabila turunnya kitab Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum salasilah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Inilah yang mengakibatkan akidah masyarakat Arab mula berubah daripada zaman jahil kepada zaman kegemilangan Islam. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai panduan hidup bagi seluruh umat Islam dan umat manusia untuk menyelesaikan semua permasalahan hidup yang dihadapi. Sememangnya di dalam Al-Quran sudah terkandung penyelesaian yang sebenar-benarnya dapat memenuhi fitrah manusia. Kemampuan Al-Quran dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan manusia telah menjadikannya sebagai sebuah mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi ini. (Syafi-q, 2011).
Antara  hikmah yang dapat diperolehi melalui penurunan al quran secara berperingkat-peringkat kepada Nabi kita Muhamad SAW iaitu dapat menguatkan atau memantapkan  hati Rasulullah SAW, dengan mendapat tantangan dan mukjizat. Selain itu juga akan mempermudahkan dari segi hafalan dan kefahamannya, kesesuaian dengan maha terpuji ayatnya yang mudah dihafal kerana penggunaannya sama dengan percakapan daripada masyarakat pada zaman Nabi Muhammad. Kejadian-kejadian yang berlaku dan penerapan dalam penetapan hukum dan bukti yang pasti bahawa Al-Quran diturunkan dari sisi Allah SWT yang Maha Bijaksana dan tidak dapat mentandingi oleh mana-mana buku yang dihasilkan selepasnya.
Selepas berlaku penurunan Al-Quran tersebut Nabi Muhammad SAW telah diuji dengan pelbagai rintangan yang tidak dapat dibayangkan. Peristiwa tersebut adalah untuk mencekalkan jiwa dan mencekalkan hati Rasullullah SAW. Seperti yang terdapat di dalam peristiwa sejarah baginda selalu meminta pertolongan daripada Allah AWT dari semasa ke semasa untuk mendapatkan Ayat Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat. Baginda pergi ke gua Hirak kerana di disitulah tempat baginda bertemu dengan malaikat Jibril bagi perantaraan Al-Quran diturunkan. Nabi Muhammad juga telah diajar untuk membaca Al-Quran dengan surah pertama diturunkan iaitu surah Al-Alaq iaitu bermaksud bacalah. Baginda merasakan pertolongan Allah s.w.t sentiasa ada dengan kedatangan jibril. Dalam pada itu, penurungan Al-Quran secara berperingkat juga telah menjadi mendorong kepada Rasullullah untuk terus menegakkan kebenaran selain memudahkan Rasullullah s.a.w menghafal dan memahaminya.
Selain itu, Al-Quran diturunkan bagi memudahkan proses pendidikan ke atas manusia. Orang-orang Arab pada masa dahulu adalah kebanyakannya buta huruf. Penurunan secara berperingkat-ringkat memudahkan mereka menghafal ayat-ayat Al-Quran di samping itu mereka akan mengetahui tentang ajaran yang sebenar dalam menjadikan mereka menuntut agama yang benar bagi mencari keredhoan Allah SWT. Pada masa dahulu orang Arab begitu kuat dengan penyembahan berhala dan mempunyai akhlak yang amat keji seperti menanam mayat bayi perempuan dan menjadikan sebagai orang perempuan tiada nilai dalam kehidupan mereka. Dengan penurunan Al-Quran secara beransur-ansur ini diharapkan dapat mengajar mereka sedikit demi sedikit kelapangan dalam membuat pilihan dalam mengamalkan kehidupan yang betul mengikut panduan dan ajaran yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran tersebut.

Seterusnya, Al-Quran diturunkan sebagai tahap dalam mensyariatkan hukum-hukum agama Allah kepada umat manusia. Segala undang-undang, peraturan-peraturan, hukum-hukum, surahan-surahan dalam Al-Quran diturunkan mengikut peringkat agar manusia dapat mengikut dan mematuhinya. Dengan itu, manusia tidak akan berasa berat dalam melaksanakan perintah Al-Quran dan mematuhi hukum-hukum Al-Quran. Penurunan mengikut situasi dan keadaan ini bagi membolehkan manusia tidak berlaku kejutan atau paksaan bagi umat manusia untuk mengikuti. Contoh dalam sistem penghambaan, masyarakat pada Zaman Jahiliah telah melakukan sewenang–wenangnya terhadap golongan hamba tanpa ada perasaan dalam melakukan kerja. Dengan Turunnya Al-Quran ini semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
Tambahan lagi, kitab Al-Quran juga diturunkan agar dapat menentang orang kafir dalam membuat ajaran sendiri. Setiap amalan, undang-undang teah dimasukkan ke dalam Al-Quran agar manusia dapat beramal dengannya. Dengan begitu Allah menentang mereka untuk membuat perbandingan dengan kata-katanya kerana Allah adalah sebagai Sang pencipta sekalian makhluk di atas muka bumi ini. Dalil Al-Quran juga adalah muktamad dalam kata-kata Allah untuk mengikutinya. Al-Quran itu datang daripada Allah SWT dan bukan rekaan Nabi Muhammad. Jika rekaan Baginda, Baginda tentu boleh menerbitkan sebuah Al-Quran yang lengkap sebagaimana pengarang-pengarang buku harian yang lain. Dengan cara penurunan Al-Quran secara beransur-ansur ini, ia menjadi dalil untuk mematahkan dakwaan orang-orang kafir pada zaman sekarang mahupun pada zaman kini bahawa Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah SWT dan bukannya rekaan Nabi Muhammad SAW.
Kitab suci Al-Quran ini banyak dicatatkan sebagai salah satu kitab yang paling lama dan isi kandungannya masih kekal tanpa ada sedikit pun perubahan dari segi makna dan tafsirannya. Bahasa yang digunakan di dalam kitab ini sepenuhnya bahasa Arab di mana ia mempunyai keunikan, keindahan dan kecantikan bahasa sastera yang tidak dapat ditandingi kehebatannya. Susunannya adalah bersistematik, teratur dan mudah dirujuk. Pada zaman Khalifah Uthman himpunan dan susunan surah yang terdapat di dalam Al-Quran telah dilakukan pada zaman para sahabat lagi. Pada asalnya, kedudukan kitab suci ini tidak seperti kitab suci yang ada sekarang ini. Mengikut sejarah, Al-Quran dijadikan sebagai suatu amalan untuk diingati serta dihayati di dalam amalan seharian dan bukan untuk dibukukan. Pembukuan ini tidak terlintas semasa zaman para sahabat dan Rasulullah SAW pada dahulunya untuk membukukan serta usaha dalam mengumpulkan.
            Pada mulanya, Al-Quran diturunkan secara lisan iaitu melalui perantaraan Jibril kepada Nabi Muhammad. Proses ini dilakukan secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun. Namun proses pembukuan ayat-ayat suci Al-Quran ini telah diamanahkan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq kepada seorang pemuda yang cerdas dan tajam ingatannya. Lagipun beliau merupakan teman setia Nabi Muhammad SAW sepanjang baginda hidup. Baginda sering meminta pemuda ini yang bernama Zaid bin Tsabit menulis ayat-ayat wahyu apabila wahyu baru diturunkan kepada baginda. Proses himpunan ayat-ayat suci Al-Quran dilakukan beliau dengan penuh teliti dan berhati-hati. Walaupun beliau merupakan salah seorang penghafaz Al-Quran, beliau juga memanggil para sahabat untuk menjadi saksi di dalam kerja-kerja pembukuan Al-Quran. Selepas berjaya mengumpulkan ayat-ayat suci tersebut, himpunan kesemua ayat-ayat Al-Quran yang lengkap dan sedikit pun tidak tertinggal mengenai ayat-ayat  suci Al-Quran malah ianya tersusun mengikut susunan yang teratur kemudian diserahkan kepada khalifah (pemerintah) bagi tujuan simpanan (Yusuf, 2010). Himpunan ini dipanggil suhuf yang bermaksud helaian-helaian tulisan. Selain itu, penggunaan perkataan suhuf yang menunjukkan kertas-kertas yang digunakan bagi menghimpunkan Al-Quran ini berbeza saiz dan bentuk penulisan yang digunakan oleh Zaid berdasarkan seni penulisan penduduk Madinah. Akhirnya, ilmuwan Islam menamakan himpunan Al-Quran sebagai pengumpulan kedua. (Fadzil, 2007)   
            Kesimpulannya, Al-Quran mempunyai cara yang diturunkan oleh Allah secara berperingkat. Kepentingannya adalah untuk membimbing manusia untuk beramal kepada Allah dan bukannya membuat undang-undang manusia dengan penuh ketidakadilan dalam membuat undang-undang, menganuti agama dan sebagainya. Oleh kerana kepentingan Al-Quran diturunkan selepas kewafatan Baginda Rasullulah, sahabat baginda telah mempunyai kesedaran dalam membukukan Al-Quran tersebut sahabat agar dapat menikmati dan menghayati wahyu tersebut. Selain itu, kitab ini dapat menyatukan umat Islam dari segi bacaan, ejaan dan tulisan. Dengan adanya pembukuan ini dapat memudahkan lagi kaedah hafalan, bacaan dan penghayatan kepada orang-orang Islam ketika itu dan generasi sekarang. Oleh itu, kita sebagai umat manusia perlu berasa bersyukur dengan menyambut malam Nuzul Al-Quran dengan meriah agar kita sentiasa mendapat keampunan dari Allah SWT apabila membaca ayat-ayat tersebut.


            






3) MENGKAJI FADHILAT AL-QURAN TERHADAP PEMBACANYA PADA MALAM NUZUL AL-QURAN.
Berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Aku telah tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan dua perkara tersebut nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Dua perkara tersebut ialah Al-Quran dan Sunnah ku". Berdasarkan hadis tersebut jelas Al-Quran dan Sunnah adalah dua perkara yang mampu membimbing kita ke jalan petunjuk dan kebenaran. Tanpanya amat sukar bahkan mustahil bagi seseorang itu dapat mengikuti jalan kebenaran dan petunjuk. Inilah yang berlaku sekarang ini. Sambutan ini amat penting untuk diadakan di mana -mana di negara ini. Ini kerana kita perlu memperingati sejarah penurunan Al-Quran sebagai mukjizat agong kepada Rasulullah S.A.W. di samping sambutan ini membolehkan kita menyedarkan umat Islam akan kepentingan beramal dengan Al-Quran. (Syarie, 2012)
Kelebihan malam Nuzul Al-Quran ialah akan mendapat syafaat di akhirat kepada pembaca Al-Quran. Oleh itu, kita perlu sentiasa membaca Al-Quran sekurang-kurang sehelai pada setiap hari bagi memastikan diri sentiasa beramal dengan ayat Allah SWT tersebut. Di samping itu di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat yang bererti cahaya petunjuk dari Allah SWT untuk menuju ke Syurga. Selain itu, sesiapa yang beramal dengan ayat Al-Quran kita akan diangkat tinggi darjat oleh Allah SWT. Inilah yang akan membezakan kita dengan manusia yang lain dan merupakan satu kelebihan kepada kita untuk berlumba mendapatkan darjat yang lebih tinggi. Orang yang suka membaca Al-Quran juga akan sentiasa terpelihara daripada kecelakaan kerana dipelihara oleh malaikat yang menjaga pembacanya dan raut wajah akan lebih berseri. Oleh itu, kerana kita perlu sentiasa dalam keadaan yang berwuduk untuk membacanya. Kitab Al-Quran merupakan kitab suci yang perlu dipelihara agar menampakkan keagungan tentang tingginya darjat sesebuah kalam Allah SWT tersebut.
Selain itu, Allah SWT akan menjaga hati orang yang membaca Al-Quran dengan penuh ketakwaan. Perasaan iri hati juga tidak akan muncul untuk memusuhi saudaranya yang berlainan agama. Keistimewaan ini akan dapat dirasai jika seseorang umat manusia itu benar-benar bertawakal terhadap Allah dan selalu mendampingi Al-Quran sebagai kawannya semasa dia hidup di atas muka bumi ini. Selain itu, pembaca Al-Quran juga akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda. Dalam satu hadis, dari Ibnu Mas'ud berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia mendapat satu kebaikan. Setiap kebaikan itu nilainya bersamaan sepuluh kebaikan. (Mohamad Mohshin)
Bagi umat Islam, sudah pati tidak asing lagi dengan perkataan Malam Nuzul Al-Quran dan Malam Lailatul Qadar. Dalam satu pertiga bulan ramadhan ini, kita akan menghadapi Malam Nuzul Al-Quran di mana pada malam itulah kitab suci umat islam iaitu Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT Melalui nabi kita Nabi Muhammad SAW. (Rafi Muhamad, 2015). Seperti yang telah kita ketahui selama ini bahwa Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling agung bila dibandingkan dengan mukjizat yang lain yang dimiliki oleh para Nabi sebelum nabi Muhammad SAW. Sehingga pada hari kiamat nanti, kitab suci umat Islam ini masih terjaga keasliannya dan mustahil jika ada satu orang pun yang merubah atau memalsukan ayat-ayat Al-Quran apatah lagi menyaingi keindahan kalam-kalam Al-Quran. Malam Nuzul Al-Quran ialah menggalak umat Islam untuk membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya. Selain itu, membaca Al-Quran adalah satu ibadat dan merupakan Sunnah yang patut dicontohi. Maka peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat Al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap.

Seterusnya, malam nuzul Al-Quran ialah merupakan ibadat tambahan untuk umat manusia untuk dibawa sebagai bekalan di hari akhirat kelak. Hal ini demikian kerana, seperti yang kita sedia tahu Allah SWT menjanjikan ganjaran pahal yang sangat besar bagi pengamalnya. Justeru itu, kita sebagai hambanya haruslah menggunakan kelebihan ini dengan sebaik-baiknya. (Syafiq, 2011). Al-Quran juga dikatakan sebagai undang-undang umat Islam agar dapat mengawal dan menjadikannya panduan terhadap segala sesuatunya. Di dalamnya tertera apa-apa saja yang diperbolehkan, apa-apa saja yang tidak diperbolehkan, apa-apa saja yang dihalalkan dan diharamkan, semua di kupas tuntas melalui kitab suci Al-Quran. (Rafi Muhamad, 2015)
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Apabila setelah kematian seseorang pengamal Al-Quran kelak. Al-Quran akan sentiasa menemaninya sebagai kawan dan apabila dikapankan Al-Quran akan menjaga di bahagian kepalanya, apabila mayat itu dikafankan, Al-Quran juga akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, Al-Quran akan menemaninya dengan membantu memberi cahaya yang terang dan kesempitan kubur juga akan diluaskannya. Al-Quran juga akan membantu sehingga pengamal tersebut akan ke syurga. Syafaat Al-Quran adalah sangat tinggi, Oleh kerana kita sudah mengetahuinya maka kita perlu mendekati dan merebut syafaat tersebut. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur Al-Quran akan menemani dan memberi bantuan kepada kita selain dengan bantuan amalan-amalan yang baik dilakukan ketika waktu hidup di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar bagi orang yang mempercayainya. Mendekati Al-Quran adalah jalan yang terbaik dengan membaca, menghafal serta memahami maksudnya apabila membaca dan jadikan teman di dunia kerana Al-Quran mampu memberi syafaat di akhirat kelak.
Kesimpulannya, Al-Quran sangat memberi kelebihan kepada pembaca sekiranya pembaca tersebut membaca dan boleh menghafalnya dengan baik. Selain diberikan kelebihan ketinggian darjat, jasad pengamal Al-Quran  apabila di alam kubur juga tidak akan reput apabila ditanam di dalam tanah. Oleh itu kita sepatutnya mengingatkan kepada diri sendiri bahawa pada hari yang lain selain malam nuzul Al-Quran juga kita digalakan untuk membacanya. Pada malam 17 Ramadhan, semua umat Islam perlu menyambut malam ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Peristiwa ini juga diharapkan sebagai satu langkah dalam terus mengamalkankannya pada setiap hari untuk membaca Al-Quran  Hal ini demikian kerana menurut sejarah umat Islam, pada malam tersebut buat pertama kalinya telah diturunkan Al-Quran yang merupakan kalam tuhan dan yang akan menjadi petunjuk bagi semua umat yang lahir agar sentiasa dapat beramal dengannya.








4) MENGKAJI AKTIVITI MUSABAQAH AL-QURAN YANG DIADAKAN APABILA MENJELANG NUZUL AL-QURAN.
Malam Nuzul Al-Quran merupakan salah satu peristiwa yang luar biasa kerana peristiwa ini menjelaskan bagaimana sebuah kitab suci Al-Qur’an diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda Rasulullah SAW bertepatan dengan Malam Lailatul Qadar, Al-Qur’an juga merupakan salah satu mukjizat beliau yang berisi berbagai risalah dan pedoman bagi ummatnya. Malam Nuzul Al-Quran juga terdapat pelbagai hikmah atau dikenali “malam seribu bulan” bagi penganut agama Islam.
Dari segi sejarahnya aktiviti yang dilakukan pada zaman dahulu adalah dianggap janggal semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. Masyarakat pada zaman dahulu melakukan aktiviti menyambut dengan membunyikan gendang yang terdiri daripada alat musik dan dimainkan dengan beramai-ramai sehingga ke larut pagi, membuat pesta makanan dan majlis tari menari yang diadakan. Tokoh Islam yang ditulis dalam hadis yang bernama Qatadah As Sadusi mempunyai sifat yang baik untuk diikuti oleh umat islam bahawa dengan cara mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu, akan tetapi bila bulan Ramadhan telah tiba, Beliau mengkhatamkannya setiap tiga malam sekali. Dan bila telah masuk sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, Beliau sentiasa akan mengkhatamkannya setiap malam sekali. Dengan ini jelaslah bahawa beliau adalah seorang yang sangat menghargai malam Nuzul Al-Quran dengan melakukan perkara yang betul di samping membaca Kalam Allah serta memahami maksudnya.
   



4.1 MUSABAQAH DI PERINGKAT MASJID.
      Permulaan aktiviti pembacaan Al-Quran pada biasanya bermula 17 Ramadhan. Sebelum jatuhnya 17 Ramadhan, umat islam akan melakukan aktiviti sebelum Nuzul Al-Quran. Aktiviti yang diadakan ini untuk menyedarkan umat islam betapa pentingnya sambutan ini diadakan kerana hanya setahun sekali sahaja penurunan Al-Quran yang dipanggil sebagai Nuzul Al-Quran. Bagi menyedarkan umat islam betapa pentingnya Nuzul Al-Quran, sebelum itu  pihak-pihak tertentu akan menampal poster, majalah ,menyiarkan iklan di televisyen serta dicorong-corong radio dan mengedarkan poster kepada orang ramai. Hal ini akan menyedarkan umat islam betapa pentingnya hari nuzul al-quran buat kaum beragama islam. Selain itu, sebelum sambutan ini diadakan, ahli-ahli jemaah akan mengunjungi rumah ke rumah untuk mengingati umat islam untuk keluar menyertai program-program yang diadakan semasa hari Nuzul Al-Quran.
          Selain itu, sebelum tibanya hari nuzul al-quran umat islam telah menjalankan aktiviti membaca Al-Quran pada hari pertama bermulanya ramadhan. Umat islam akan mengadakan membaca Al-Quran setiap malam selepas solat tarawih. Aktiviti tersebut hanya mengambil masa selama 1 jam bergantung kepada si pembaca yang berpontensi untuk membacanya. Musabaqah Al-Quran akan diadakan di masjid, surau dan markas agama. Musabaqah ataupun tadarus Al-Quran ini juga akan membentuk satu kumpulan dimana pembaca yang lain akan mendengar dengan teliti untuk membimbing pembaca lain daripada membaca dengan salah dengan melanggar hukum Tajwid dan hukum2 yang banyak terdapat di dalamnya. Dan apabila hukum ini dilanggar sudah tentunya banyak dosa yang akan di terima kerana maksud asal Al-Quran sudah lari dan sudah tentulah Al-Quran akan melaknatnya balik. Satu kumpulan akan terdiri daripada 6 hingga 10 orang bagi mempercepatkan aktiviti musabaqah ini dijalankan. Pembaca sudah semestinya ingin membaca dengan laju bagi membolehkan mereka menghatam Al-Quran dengan cepat. Musabaqah ialah sama ertinya dengan pertandingan membaca Al-Quran. Tadarus Al-Quran pula dijadikan satu tradisi dimana ia mesti dihabiskan apabila berakhirnya puasa Ramadhan.
4.2 MUSABAQAH DI PERINGKAT SEKOLAH.
Aktiviti yang dilakukan di peringkat sekolah pula akan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyeragam aktiviti tersebut dilaksanakan dengan teratur oleh murid-murid sekolah. Pelbagai persiapan akan dilakukan seperti menyediakan Al-Quran untuk setiap murid bagi membolehkan mereka membaca bersama-sama dengan guru yang terlibat. Guru di sekolah yang mempunyai ilmu yang lebih dalam bidang agama khususnya guru yang mengajar Pendidikan islam akan menjadi ketua dalam mengemudi pembacaan tersebut. Lazimnya, guru tersebut akan membaca surah pilihan seperti surah Al-Khafi kerana ayatnya yang mudah untuk diingat oleh murid serta pelajar juga diberi penekanan dalam menghafalkannya. Selain dari kelebihan yang terdapat dalam surah tersebut pembaca akan dilindungi dari fitnah Dajjal Al Masih. Seterusnya, pelajar yang dilatih dan mempunyai kelebihan dan fasih dalam pembacaan Al-Quran akan ke pentas bagi membaca di hadapan khalayak ramai yang terdiri daripada guru-guru, ibu-bapa dan ahli PIBG sekolah. Acara tersebut kebiasaannya berlangsung di dewan sekolah yang boleh menempatkan orang ramai dalam sesuatu masa. Pertandingan menghafal ayat-ayat Al-Quran turut dijalankan bagi membolehkan pelajar mengambil tempat dalam pertandingan tersebut. Bagi membolehkan penyertaan tersebut berjalan dengan lancar pihak sekolah akan menyambut tetamu kehormat seperti Ketua PIBG dalam menyempurnakan majlis.
Selepas itu, penceramah agama akan membuat satu ceramah yang menunjukkan kebaikan meraikan malam nuzul Al-Quran. Inisiatif ini adalah untuk membentuk akhlak pelajar dalam sentiasa membaca nashkaf Al-Quran dan dijadikan sebagai peneman hidup dalam kehidupan seharian.  Selepas upacara semua selesai ialah aktiviti pengagihan hadiah akan dilakukan oleh tetamu kehormat untuk menyampaikan kepada peserta yang bertanding dan menyerahkan hadiah yang merupakan sebagai sumbangan kepada ahli penceramah. Dengan adanya aktiviti seperti ini sekaligus dapat meningkatkan perhubungan silaturrahim di kalangan umat islam.
4.3 MUSABAQAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
            Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa adalah sebuah program majlis tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun di Malaysia. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961. Kali pertama diadakan ialah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian. Dahulunya dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa.
Pada tahun 1985 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa itu telah diubah lokasinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pertandingan yang diadakan ini akan memberikan kepada peserta di seluruh pelosok dunia untuk menyaksikan aktiviti pembacaan ini diadakan. Aktiviti yang diadakan ini akan memberikan tauladan kepada masyarakat supaya lebih mencintai Al-Quran untuk dibaca pada setiap hari. Dalam pertandingan tersebut, peserta akan membacakan Al-Quran dengan penuh tajwid supaya dapat memenangi acara pembacaan tersebut. Sedikit kelainan yang berlaku di peringkat sekolah ataupun masjid peserta akan membacanya dengan berkumpulan tetapi di peringkat antarabangsa peserta akan membaca dengan berseorangan dan akan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran supaya soalan dan jawapan yang ditanyakan juri akan dapat diwab. Satu usaha program yang diadakan ini adalah satu usaha yang sangat baik dilakukan kepada golongan umat Islam kerana sambutannya yang sangat menggalakkan. Para penganjur juga terlibat malah kerjasama antara negara Islam di Asia seperti Indonesia, Singapura dan lain-lain lagi akan lebih erat. Masalah yang dihadapi sebagai sumber kewangan juga akan dapat diselesaikan kerana bersama-sama dalam menganjurkan program tersebut. Acara yang diadakan setiap tahun ini memang tidak dinafikan bahawa kita dapat melihat ramai ahli pembaca Al-Quran yang berbakat dari seluruh pelusuk negara.  Sebanyak 76 buah negara secara keseluruhan telah dijemput untuk menyertai  Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa. 29 buah negara pula dijemput bagi kategori Tilawah Al-Quran di mana setiap negara berpeluang menghantar seorang Qari dan seorang Qariah yang akan membaca Al-Quran secara berteranum yang akan mempersonakan pendengar apabila mendengarnya.
Manakala bagi kategori Hafazan Al-Quran pula, sebanyak 27 buah negara dijemput menyertainya di mana kebanyakkannya terdiri dari negara-negara Timur Tengah, Afrika dan beberapa negara yang lebih kepada bacaan secara tadwir iaitu tanpa tarannum. Sementara itu, sebanyak 20 buah negara dibuka jemputan secara pilihan terbuka, dimana negara tersebut boleh membuat pilihan sama-sama untuk menyertai Kategori Tilawah atau Kategori Hafazan. Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 ini akan dihakimi oleh 14 orang jemaah hakim dari pelbagai negara. Bagi kategori Tilawah Al-Quran penghakiman akan dinilai dari aspek Tajwid, Fasohah, Tarannum dan Suara. Manakala bagi kategori Menghafaz al-Quran pula terdapat 2 aspek tambahan penilaian iaitu dari sudut hafazan dan kelancaran bacaan. Selepas acara atau program ini tamat mereka akan diberikan hadiah yang berupakan wang tunai serta sijil kepada peserta. Oleh itu, Program yang dianjurkan ini akan lebih membuka hati masyarakat Islam supaya lebih pandai dalam membaca Al-Quran dan belajar secara mendalam dari segi Tajwid dan Harakat iaitu asas dalam pembacaan Al-Quran.


Kesimpulannya, Al-Quran inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Aktiviti  yang  dilakukan ini  memberi makna kepada umat  islam sebagai  pengajaran  dan menyedarkan umat  islam betapa  pentingnya hari  Nuzul  Al-Quran.














ISU DAN CABARAN DALAM MENYAMBUT MALAM NUZUL AL-QURAN DI MALAYSIA.
Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya erti kedamaian dan berkelakuan yang baik dalam tingkah laku. Setiap ajaran agama juga mempunyai batas-batas dalam menghormati agama lain dan konsep dosa dan pahala juga ada menerangkan kepada seseorang yang melakukan kesalahan seperti meminum arak, mencuri dan sebagainya. Tetapi ada juga golongan yang menyeleweng dari agama yang dianuti untuk membawa kepada kebebasan diri dan akhirnya menggunakan agama yang suci seperti agama Islam sebagai tonggak utama dalam melakukan kesalahan dan dilabelkan sebagai agama yang tidak betul untuk dianuti bagi pandangan sesetengah pihak. Hari Nuzul Al-Quran seperti kebiasaannya akan disambut oleh setiap orang muslim di seluruh dunia pada waktu dan tarikh yang telah ditetapkan. Umum mengetahui bahawa negara Malaysia terdiri daripada lapisan masyarakat yang berbeza latarbelakang dan budaya. Situasi ini jelas memberikan sedikit konflik walaupun bukanlah pada tahap yang membimbangkan kerana sikap hormat-menghormati antara satu sama lain itu sudah wujud sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.
Isu dan cabaran di peringkat dalam negara iaitu di Malaysia sendiri kita mengamalkan negara yang demokrasi dimana rakyat memiliki kebebasan bersuara. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlu mempunyai batas-batas dalam melakukan aktiviti beragama. Walaupun telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia bahawa setiap perayaan dan aktiviti agama bebas dilaksanakan tanpa sebarang gangguan, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa amalan menyambut hari Nuzul Al-Quran adalah mengganggu aktiviti harian mereka. Sesungguhpun itu berlaku, amalan meraikan hari nuzul Al-Quran tidak kira sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran masih menjaga sensitiviti masyarakat yang berlainan agama. Sebagai contoh, kebiasaanya ketika dijalankan di surau di kawasan perumahan di bandar masyarakat yang menetap adalah berlainan agama dan bangsa antaranya ialah bangsa Cina, India dan Melayu dan beberapa banga lain seperti Bangsa Bangla yang bekerja sebagai buruh di Malaysia. Keadaan yang bising ketika membaca Al-Quran beramai-ramai mungkin akan menimbulkan ketidaksenangan sesetengah pihak. Walaupun malam Nuzul Al-Quran dilakukan hanya sekali dalam setahun ia akan memberikan impak yang besar kepada golongan agama lain. Sesetengah golongan yang kurang menghormati agama lain ini akan bersuara kepada sesetengah pihak yang berpengaruh sehingga terjadinya kurang senang antara satu sama lain dan ketegangan antara masyarakat juga akan timbul. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang berbilang bangsa harus mendalami erti kebebasan dalam beragama dan saling menghormati satu sama lain dalam membentuk sebuah negara yang harmoni.
Seterusnya, masalah modal yang tidak mencukupi untuk melakukan aktiviti contohnya aktiviti malam Nuzul Al-Quran. Terdapat beberapa kawasan pedalaman khususnya tidak mampu untuk menyediakan satu majlis yang sempurna kerana tiada dana yang mencukupi. Situasi ini seharusnya dipandang serius oleh pihak kerajaan untuk memberi bantuan dari pelbagai segi untuk memastikan golongan yang berada di kawasan pedalaman tidak terkecuali dalam menyambut hari nuzul al-quran. Mereka ini juga tidak mempunyai pendapatan yang besar dan tidak bersatu padu dalam mengeluarkan modal bagi meraikan majlis-majlis tertentu seperti majlis malam Nuzul Al-Quran. Seperti mana yang kita dapat lihat, golongan orang pendalaman lebih suka mengadakan ceramah yang diberikan oleh ustaz di sesuatu daerah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam. Mungkin pada mereka ini akan mengelakkan pemgeluaran modal yang besar. Oleh itu, untuk mengadakan majlis pembacaan al-quran mungkin jarang dibuat dan mereka hanya melakukannya hanya di rumah sahaja. Aktiviti “berteranum” juga tidak dapat dilaksanakan. Kebaikan aktiviti membaca Al-Quran beramai-ramai adalah seseorang dapat memastikan kesalahan pembacaan orang lain dan dapat memperbetulkannya serta merta. Ini kerana, setiap satu huruf yang dibaca oleh seseorang bersamaan dengan 10 kali pahala digandakan pada malam tersebut. Ajaran islam sangat indah dilakukan dan mementingkan kesederhanaan. Tetapi masyarakat sekarang memandang serius bahawa aktiviti yang diadakan perlu dilakukan dengan meriah dengan penyediaan makanan dan sebagainya kepada peserta yang ingin melakukan pembacaan Al-Quran tersebut.
Akhir sekali, cabaran untuk memeriahkan sambutan hari nuzul Al-Quran dalam peringkat  negara adalah kurangnya penglibatan dari golongan belia. Seperti tradisi, amalan meraikan hari nurul Al-Quran kebiasaannya hanya dilakukan oleh golongan yang berumur sudah melewati 50 tahun keatas. Golongan belia di Malaysia yang rata-ratanya adalah Islam seharusnya lebih banyak memfokuskan kepada sambutan yang penting seperti nuzul Al-Quran sebagai tanda memperingati hari turunnya Al-Quran di muka bumi Allah. Golongan belia pada zaman sekarang di Malaysia lebih cenderung untuk membuat aktiviti yang mempunyai keseronokan seperti berlaku gejala sosial pergaulan bebas antara kaum lelaki dan perempuan tanpa mengira agama. Maruah diri tidak lagi dijaga kerana mementingkan keseronokan. Bagi aktiviti seperti dalam ilmu agama dan pembelajaran semakin mundur akibat dari golongan orang dewasa. Selain itu, mereka juga terikat dengan kerja yang membuatkan mereka penat dan tidak sempat untuk menyertai aktiviti pembacaan Al-Quran, gotong-royong di masjid dan pembersihan di kubur. Oleh itu, ibu-bapa perlu mengambil tindakan tegas dalam mendidik anak-anak untuk mendalami ilmu agama.
Ibu-bapa boleh mengantar anak-anak mereka yang masih kecil ke kelas Kafa yang disediakan oleh pihak sekolah. Dengan adanya Kelas Kafa tersebut mereka boleh belajar untuk membaca Al-Quran bermula dengan pembacaan Iq’ra 1 hingga 6. Tujuan tersebut bagi membolehkan mereka membaca tulisan Arab dengan lancar. Sehubungan dengan itu apabila aktiviti ini dititikberatkan oleh keluarga ini secara tidak langsung akan melahirkan golongan yang bijak pandai dalam mentafsirkan ilmu agama seperti Ustaz yang mempunyai ilmu yang luas dalam ilmu agama. Kelahiran bagi golongan ini akan dilihat sebagai Khalifah Allah yang boleh menyebarkan agama Allah iaitu agama islam. Aktiviti seperti Tadarus Al-Quran di peringkat Negara dan Antarabangsa dapat dibuat dengan mudah.
            Selain itu, cabaran pada peringkat Antarabangsa pula dari sejarahnya yang kita dapat lihat telah berlaku sejak sekian lama lagi. Misalnya pada April 1992 berlaku konflik antara antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia yang menyebabkan keruntuhan sesebuah negara dengan teruk apabila tercetusnya peperangan yang dasyat. Penduduk yang beragama islam terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Rumah ibadat, tempat tinggal semuanya hancur ketika berlaku peperangan. Aktiviti Agama tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya kerana kekurangan dalam menyediakan alatan asas seperti tempat pembacaan Al-Quran dan kurangnya Al-Quran kerana dibakar oleh orang Serbia. Oleh itu Organization Islamic Organization iaitu lebih dikenali sebagai (OIC) boleh menggubal undang-undang baru bagi memastikan hak-hak orang islam terjaga dari segi aktiviti dan sebagainya selagi tidak melanggar undang-undang yang ada di dalam sesebuah negara tersebut. Konsep saling bantu-menbantu boleh diterapkan kepada semua negara Islam yang terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan negara islam. Untuk menaikkan dan menjaga maruah negara dan agama islam lebih terjaga, semua negara perlu bergiat aktif dalam membantu bagi negara yang ditindas dan seterusnya menjaga penghinaan agama yang dilakukan oleh orang barat seperti penghinaan Rasullulah S.A.W melalui media sosial dengan cara melukis karton.
Kesimpulannya, kita perlu mengakui bahawa Malaysia mempunyai empat agama besar dunia iaitu agama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu ditambah dengan agam-agama lain yang turut mencorakkan warna kehidupan beragama. Kebebasan beragama memberikan ruang yang secukupnya kepada rakyat untuk melakukan kesemua aktiviti yang ada bagi memeriahkan sesuatu aktiviti bagi pengamal sesuatu agama. Di Malaysia terdiri daripada pelbagai anutan, fahaman dan amalan maka tidak hairanlah jika masih terdapat lagi masalah kecil yang timbul daripada ketidakpuasan hati rakyat yang menetap di Malaysia. Potensi mengukuhkan hubungan antara etnik dengan pembinaan hubungan harmoni antara agama amat besar. Masyarakat Malaysia mempunyai ruang yang luas dan terbuka untuk meraikan hubungan etnik dengan pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama.

















KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, amalan meraikan hari Nuzul Al-Quran merupakan antara amalan yang sangat digalakkan bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan sebagai seorang muslim kepada Sang pencipta-Nya. Amalan ini seharusnya mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat yang beragama Islam khususnya di Malaysia. Hal ini demikian kerana, penglibatan dari golongan belia adalah sangat tidak memberangsangkan. Golongan belia di Malaysia rata-ratanya lebih cenderung dengan hiburan yang dapat memberi kepuasan kepada mereka.
Situasi ini memberi cabaran kepada semua pihak untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat sekaligus meningkatkan penglibatan semua muslimin khususnya di Malaysia. Oleh itu, usaha yang lebih berkesan kearah memantapkan dan memartabatkan hari Nuzul Al-Quran seharusnya terus dijalankan. Semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai keistimewaan hari Nuzul Al-Quran yang jelas kurang mendapat sambutan.
Walau bagaimanapn, masih terdapat beberapa kawasan yang bergitu giat aktif dalam memperkasakan diri dalam ilmu agama dengan melibatkan diri dalam aktivti sebegini. Kesedaran sebegini memberi impak positif kearah pembangunan negara Malaysia di mana agama rasmi bagi negara Malaysia adalah agama Islam. Jelas sekali, amalan meraikan hari Nuzul Al-Quran mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana dapat melahirkan masyarakat yang berpegang teguh dengan Kalam Allah S.W.T.



RUJUKAN
Anatomi  Al-quran,penulis Ammar   Fadzil,terbitan  pertama 2007,dicetak   oleh  BS 
Print   (M) Sdn  Bhd.
Hebatnya  Al-quran  Jika  Kamu  Berfikir,penulis  Mohd  Syamil  Mohd  Yusuff , 
            cetakan  pertama  2010,dicetak  oleh  Percetakan  Zafar  Sdn  bhd.
Mohamad Mohshin, (2013) , Peristiwa nuzul Al-Quran dan kelebihan Al-Quran. Dicapai
pada 23 October 2016 daripada laman web : http://mohamadmohsin.blogspot.my/2013/07/72-               peristiwa-nuzul-al-quran-dan.html.
al-quran-17-atau-24-ramadhan/550109785111019/ .
Rafi Muhamad (2013) , Inilah keutamaan malam nuzul al-quran. Dicapai pada 15
November 2016 daraipada laman web http://rafimuhammadblog.blogspot.my/2013/07/inilah-keutamaan-malam-nuzulul-quran.html
Syarie , (2012) , Nuzul Al_Quran dan kepentingannya. Dicapai pada 22 October 2016
Zunaidah Zainon , (2006) , Kelebihan Nuzul al-Quran pada setiap 17 Ramadan. Dicapai
pada 15 november 2016 daripada laman web
g=ba_02.html.




Comments